Mengapa eKYC atau Pengesahan Akaun Penting dan Bagaimana untuk Melakukannya dengan Betul?

Diubah suai pada Tue, 7 Okt pada 10:09 PG

Perkara yang anda perlu tahu mengenai eKYC, kepentingannya dan cara melengkapkannya dengan betul sejak awal.


1. Apakah Maksud eKYC atau Pengesahan Akaun?

Proses pengesahan akaun, yang juga dikenali sebagai Electronic Know Your Customer (eKYC), ialah satu proses yang pantas dan selamat untuk mengesahkan identiti anda secara dalam talian. Dalam aplikasi CelcomDigi, pengesahan identiti melalui eKYC amat penting bagi membolehkan anda melihat semua maklumat sensitif berkaitan akaun anda.


2. Apakah yang Boleh Dilakukan dalam Aplikasi CelcomDigi Jika eKYC Belum Diselesaikan?

Jika anda belum melengkapkan proses eKYC, anda tidak akan dapat melihat maklumat peribadi atau sensitif dalam akaun anda. Namun begitu, anda masih boleh melakukan urusan asas seperti:

  • Membayar bil
  • Menambah nilai kredit prabayar
  • Membeli add-on
  • Membeli baucar
  • Mengaktifkan pas roaming


Ini bermaksud anda masih boleh menguruskan perkhidmatan anda, tetapi akses penuh ke akaun hanya akan diberikan selepas eKYC anda berjaya diselesaikan.


3. Apakah Langkah-langkah untuk Melengkapkan Proses eKYC?

Untuk Warganegara Malaysia (MyKad): 

Langkah

Panduan

Langkah 1: Selepas anda memilih jenis ID anda, ikuti arahan yang tertera dan imbas MyKad anda.

Langkah 2: Setelah pengesahan selesai, pastikan makluamat di halaman ‘Confirm Details’ adalah tepat. Jika terdapat butiran yang salah atau tidak lengkap, imbas semula untuk kemas kini.

Langkah 3: Selepas anda sahkan butiran anda, ikuti arahan untuk lengkapkan pengecaman mukan. Klik ‘Take Selfie Now’ untuk mula dan tunggu sebentar untuk pengesahan selesai.

Langkah 4: Setelah pengecaman muka selesai, klik ‘Next’ untuk terukan.

 

Setelah anda telah disahkan, anda boleh menggunakan aplikasi sepenuhnya.


Untuk Bukan Warganegara Malaysia (Pasport): 

Langkah

Panduan

Langkah 1: Selepas anda memilih jenis ID anda, ikuti arahan yang tertera dan imbas Pasport. 


Langkah 2: Setelah pengesahan selesai, pastikan makluamat di halaman ‘Confirm Details’ adalah tepat. Jika terdapat butiran yang salah atau tidak lengkap, imbas semula untuk kemas kini.

Langkah 3: Selepas anda sahkan butiran anda, ikuti arahan untuk lengkapkan pengecaman mukan. Klik ‘Take Selfie Now’ untuk mula dan tunggu sebentar untuk pengesahan selesai.

Langkah 4: Setelah pengecaman muka selesai, klik ‘Next’ untuk terukan.

 

Setelah anda telah disahkan, anda boleh menggunakan aplikasi sepenuhnya.

 

Sekiranya pengesahan akaun atau eKYC anda gagal, anda perlu memulakan semula proses untuk membuka akses penuh ke akaun anda.

4. Apa ciri-ciri yang anda akan dapat bila eKYC berjaya?

Apabila eKYC anda telah diluluskan, anda akan mendapat akses penuh ke akaun anda, termasuk:

  • Melihat sejarah bil dan pembayaran secara terperinci
  • Menyemak butiran kontrak dan pelan anda


5. Apakah Tip dan Trik untuk Memastikan eKYC diluluskan dengan lancar?

Berikut ialah beberapa tips ringkas:

  • Elakkan silau atau pantulan semasa mengambil gambar ID anda.
  • Pastikan gambar anda diambil dalam keadaan pencahayaan yang terang.
  • Pastikan ID anda dimuatkan sepenuhnya dalam bingkai yang disediakan.
  • Pastikan tiada bahagian ID anda yang tertutup atau terhalang semasa gambar diambil.
  • Gunakan sambungan Internet yang stabil semasa proses pengesahan untuk mengelakkan sebarang gangguan.


Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut