Bagaimanakah cara untuk mendaftar dan log masuk ke aplikasi CelcomDigi melalui MyDigital ID?
Diubah suai pada Fri, 5 Dis pada 2:17 PTG
Berikut adalah perkara yang anda perlu ketahui mengenai MyDigital ID dalam aplikasi CelcomDigi.
1. Apakah itu log masuk sekali (single sign on) MyDigital ID dengan Aplikasi CelcomDigi?
Dengan MyDigital ID, semua pelanggan CelcomDigi boleh memilih untuk memaut akaun aplikasi CelcomDigi mereka kepada MyDigital ID untuk menguruskan kaedah log masuk.
2. Siapakah yang boleh menggunakan log masuk sekali MyDigital ID dengan Aplikasi CelcomDigi?
Semua pelanggan CelcomDigi yang mempunyai MyDigital ID boleh menggunakan MyDigital ID untuk log masuk ke aplikasi CelcomDigi.
3. Untuk pengguna yang mempunyai log masuk sedia ada menggunakan Google atau akaun sosial, bolehkah kaedah log masuk ditukar kepada MyDigital ID?
Tidak. Menggunakan log masuk MyDigital ID akan mewujudkan akaun baharu yang berasingan. Namun, pengguna masih boleh menambah mana-mana talian mudah alih sedia ada yang sebelum ini dipautkan kepada akaun Google atau akaun sosial mereka ke dalam akaun baharu tersebut.
Sila ambil perhatian bahawa pengguna tidak akan dapat melakukan eKYC dengan akaun baharu melainkan mereka telah membuang peranti terikat (device binding) asal. Untuk maklumat lanjut tentang cara membuang peranti terikat, klik di sini.
4. Bagaimanakah pengguna tanpa MyDigital ID boleh melakukan log masuk sekali (single sign on)?
Tanpa MyDigital ID, pengguna boleh melakukan log masuk sekali menggunakan Google atau akaun sosial. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.
5. Bolehkah pengguna melihat semua talian yang didaftarkan di bawah NRIC mereka dalam aplikasi CelcomDigi menggunakan log masuk sekali MyDigital ID?
Tidak. Untuk melihat semua talian yang didaftarkan dengan CelcomDigi di bawah NRIC yang sama, pengguna perlu melakukan eKYC terlebih dahulu. Maklumat lanjut mengenai eKYC dalam aplikasi CelcomDigi boleh didapati di sini.
6. Bilakah pelanggan CelcomDigi boleh menggunakan MyDigital ID untuk melakukan Pendaftaran Prabayar dan Pengesahan talian sedia ada yang berdaftar dengan CelcomDigi?
Nantikan maklumat lanjut daripada CelcomDigi mengenai pelaksanaan tambahan MyDigital ID untuk pelanggan CelcomDigi.
7. Bagaimanakah cara untuk log masuk menggunakan MyDigital ID?
Ikuti langkah mudah berikut:
Langkah | Panduan |
Langkah 1: Tekan butang log masuk menggunakan SSO. |
|
Langkah 2: Pilih "MyDigital ID”. |
|
Langkah 3: Anda akan dibawa ke halaman MyDigital ID. Pilih ‘Ya’ |
|
Langkah 4: Pilih ‘Ya’ dan isi maklumat yang diperlukan. |
|
Langkah 5: Setelah selesai, anda telah berjaya log masuk |
|
Adakah artikel ini membantu?
Itu Hebat!
Terima kasih atas maklum balas anda
Maaf! Kami tidak dapat membantu
Terima kasih atas maklum balas anda
Maklum balas dihantar
Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut






