Panduan Penyelesaian
Diubah suai pada Tue, 28 Okt pada 8:24 PG
1. Bagaimana saya boleh mengehadkan penggunaan data?
- Tutup aplikasi yang tidak digunakan.
- Nyahpasang aplikasi yang tidak diperlukan.
- Strim video atau filem menggunakan Wi-Fi, bukan data mudah alih.
- Sambungkan ke hotspot atau Wi-Fi (elakkan untuk transaksi sensitif seperti perbankan online).
- Hentikan data mudah alih apabila baki data hampir habis.
- Hentikan kemas kini automatik aplikasi; kemas kini hanya semasa menggunakan Wi-Fi.
- Tetapkan email ke “Fetch” dan bukannya “Push.”
Tip: Pantau penggunaan data anda dalam Spark app.2. Data saya habis dengan sangat cepat! Kenapa?
Data digunakan lebih cepat apabila anda:
- Menstrim video/muzik (YouTube, Spotify, Facebook).
- Menjalankan aplikasi di latar belakang.
- Bermain permainan dengan iklan pop-up.
- Menggunakan aplikasi navigasi (Waze, Google Maps).
- Menggunakan telefon sebagai hotspot.
- Menghantar email dengan lampiran besar.
- Memuat naik gambar/video ke media sosial.
- Bertukar automatik dari Wi-Fi ke data mudah alih.
3. Kenapa telefon saya tiada isyarat?
- Periksa status rangkaian – mungkin terdapat penyelenggaraan atau isu perkhidmatan sementara.
- Mulakan semula telefon untuk menyegarkan sambungan.
Nota: Sentiasa periksa liputan dan status rangkaian terlebih dahulu.4. Saya kehilangan telefon. Apa yang perlu saya lakukan?
- Log masuk ke aplikasi Spark pada peranti lain dan sekatkan eSIM anda.
- Atau hubungi Live Chat / Submit a Ticket dalam app.
5. Kenapa saya tidak boleh akses akaun saya di Spark app?
Punca kemungkinan:
- Tiada liputan rangkaian – pastikan anda disambungkan ke 4G/5G.
- Lupa kata laluan – tekan Forgot your password? dan reset melalui email.
Tip: Buka pautan reset menggunakan Chrome untuk prestasi terbaik. Jika masalah berterusan, hubungi Customer Care.
6. Bagaimana saya boleh menukar tetapan profil saya?
Maklumat profil (nama, alamat) tidak boleh dikemas kini terus dalam app. Sila hubungi kami melalui Live Chat atau hantar Ticket untuk sebarang perubahan.
7. App tidak boleh padankan gambar ID saya dengan selfie. Apa yang perlu saya lakukan?
- Ambil selfie di kawasan yang terang.
- Pastikan fungsi autofocus kamera dihidupkan.
- Tanggalkan cermin mata atau aksesori kepala.
- Letakkan ID dalam bingkai dengan betul.
- Ikut arahan di skrin dengan teliti.
Jika isu masih berteruaan, sila hubungi kami melalui Live Chat atau hantar Ticket.8. Kenapa Spark app saya tergendala atau tidak boleh dimuatkan?
- Tutup dan buka semula app.
- Mulakan semula telefon.
- Kemas kini Spark app dan OS telefon ke versi terkini.
- Kosongkan cache/storage app.
- Pasang semula app jika perlu.
Jika isu masih berterusan, sila hubungi kami melalui Live Chat atau hantar Ticket9. Apa perlu saya buat jika pengaktifan eSIM saya gagal?
Jika eSIM anda tidak aktif secara automatik, jangan risau — anda boleh aktifkannya secara manual:
- Pastikan peranti anda menyokong eSIM dan disambungkan ke Wi-Fi.
- Mulakan semula (restart) peranti anda.
- Imbas kod QR daripada e-mel anda:
- iOS: Tetapan > Data Mudah Alih > Tambah eSIM
- Android: Tetapan > Sambungan > Pengurus SIM > Tambah eSIM
Jika masih tidak berjaya, pergi ke Bantuan dalam aplikasi Spark > Live Chat atau Hantar Tiket untuk mendapatkan bantuan.
10. Apa perlu saya buat jika pengesahan eKYC saya gagal?
Jika eKYC anda gagal, jangan risau! Ini biasanya kerana gambar ID atau swafoto tidak jelas. Cuba semula dengan langkah berikut:
- Ambil gambar di tempat terang tanpa silau.
- Gunakan kad pengenalan asal (bukan salinan).
- Pastikan keseluruhan ID kelihatan dalam bingkai.
- Pegang telefon dengan stabil untuk swafoto yang jelas.
Tekan “Cuba Semula Pengesahan” dalam aplikasi Spark.
Jika masih gagal, pergi ke Bantuan > Live Chat atau Hantar Tiket untuk bantuan manual daripada pasukan kami.
Adakah artikel ini membantu?
Itu Hebat!
Terima kasih atas maklum balas anda
Maaf! Kami tidak dapat membantu
Terima kasih atas maklum balas anda
Maklum balas dihantar
Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut