Notis berkenaan Perubahan Tarikh Bil
Diubah suai pada Fri, 3 Okt pada 2:58 PTG
Ini adalah notis penting untuk pelanggan Celcom.
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menambah baik perkhidmatan dan memberikan pengalaman yang lebih baik, pelanggan dengan tarikh bil pada 28 haribulan akan dipindahkan ke 26 haribulan setiap bulan, bermula Oktober 2025.
Nota Penting:
- Auto-billing: Pembayaran automatik anda akan diselaraskan sewajarnya. Tiada tindakan diperlukan.
- Pembayaran manual atau berulang (recurring): Jika anda membuat pembayaran secara manual atau telah menetapkan pembayaran automatik (cth: auto-bayar, potongan bank, GIRO), sila kemas kini tarikh pembayaran anda untuk memastikan transaksi anda sepadan dengan tarikh bil baharu (setiap 26 haribulan) dan untuk mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan.
Untuk makluman, penyata bil anda bertarikh 28 September 2025 untuk penggunaan dari 28 Ogos 2025 hingga 27 September 2025 kekal tidak berubah. Anda boleh meneruskan pembayaran seperti biasa bagi mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan. Kitaran/tarikh bil baharu yang tertera/kelihatan di dalam aplikasi Celcom Life/CelcomDigi hanya akan berkuat kuasa pada 26 Oktober 2025.
Lihat bil dan penggunaan anda dalam aplikasi CelcomDigi.
Nota: Muat turun aplikasi CelcomDigi mulai 7 Oktober 2025 untuk terus menikmati perkhidmatan tanpa gangguan. Aplikasi Celcom Life akan ditamatkan pada 31 Disember 2025.
Terima kasih kerana terus setia bersama kami.
Soalan Lazim
1. Bilakah bil pertama saya dengan kitaran bil baharu akan berkuat kuasa?
Bil pertama anda di bawah kitaran baharu akan dijana mulai 26 Oktober 2025.
2. Bagaimanakah perubahan ini memberi kesan kepada bil semasa saya?
Bil anda bertarikh 28 September 2025 tidak berubah. Bil seterusnya pada 26 Oktober 2025 akan merangkumi caj prorata dari 28 September hingga 25 Oktober 2025, bagi menyelaraskan dengan kitaran bil baharu.
3. Adakah perubahan ini menjejaskan kontrak saya yang sedang berjalan?
Tidak, kontrak anda tidak akan terjejas dan akan kekal sama.
4. Adakah perkhidmatan saya akan terganggu semasa perubahan tarikh bil ini?
Tidak, tiada gangguan kepada perkhidmatan atau penggunaan anda. Anda boleh terus menggunakan perkhidmatan seperti biasa.
Adakah artikel ini membantu?
Itu Hebat!
Terima kasih atas maklum balas anda
Maaf! Kami tidak dapat membantu
Terima kasih atas maklum balas anda
Maklum balas dihantar
Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut