Apa yang perlu saya lakukan jika saya tidak boleh menerima kod OTP/TAC?

Diubah suai pada Tue, 14 Okt pada 8:38 PTG

Jika anda tidak boleh menerima OTP (One-Time Password) atau TAC (Transaction Authorization Code), ia mungkin disebabkan oleh:

  • Perkhidmatan anda dalam mod tidak aktif (tidak digunakan untuk tempoh yang lama)
  • Premium SMS tidak diaktifkan dalam tetapan peranti anda

Berikut adalah beberapa langkah penyelesaian ini untuk mengatasi masalah tersebut:


1. Semak mesej spam atau disekat

  • Periksa folder mesej spam untuk OTP/TAC
  • Jika anda menggunakan Truecaller, semak folder spam dalam aplikasi tersebut
  • Pastikan kod pendek OTP/TAC tidak disekat pada telefon anda:
    • Untuk iPhone: Pergi ke 'Tetapan' > 'Telefon' > 'Kenalan Disekat' >  Nyahsekat penghantar jika tersenarai.
    • Untuk Android: Pergi ke 'Tetapan' > 'Mesej' > 'Nombor Disekat' > Nyahsekat penghantar jika tersenarai.


2. Aktifkan akses Premium SMS

Sesetengah peranti Android memerlukan Premium SMS diaktifkan untuk menerima OTP. Berikut cara untuk mengaktifkannya:
  • Langkah 1: Buka 'Tetapan'
  • Langkah 2: Cari 'Akses Khas' atau 'Akses Premium SMS'
  • Langkah 3: Pilih 'Sentiasa Benarkan' untuk perkhidmatan mesej.


Nota: Ciri Premium SMS adalah percuma. Pengaktifan ciri ini tidak akan dikenakan kos tambahan. Walau bagaimanapun, caj SMS standard akan dikenakan untuk menghantar atau membalas SMS.


3. Hantar ‘SMS IN’ ke kod pendek peniaga atau merchant

Sesetengah bank dan perkhidmatan mungkin memerlukan pengaktifan SMS masuk dengan menghantar mesej ke kod pendek mereka. Sebagai contoh, untuk mengaktifkan perkhidmatan ini bagi Maybank, hantar ‘SMS IN’ ke 66628. 


4. Mulakan semula peranti anda

Restart atau mulakan semula peranti anda untuk refresh semula sambungan rangkaian.


Jika anda telah mencuba semua langkah di atas dan masih tidak dapat menerima kod OTP/ TAC, sila hubungi kami.



Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut