Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya mengalami isu panggilan atau Internet?

Diubah suai pada Fri, 08 Mar 2024 pada 10:58 AM

Ini adalah beberapa langkah yang boleh anda lakukan jika anda mengalami masalah rangkaian seperti berikut:

  • Tidak dapat membuat atau menerima panggilan
  • Internet perlahan


Langkah 1: Klik pada logo di bawah untuk menyemak status rangkaian di kawasan anda. Pastikan bahawa tiada gangguan perkhidmatan.


Langkah 2: Semak baki akaun melalui aplikasi Celcom Life/ MyDigi.

  • Jika talian pascabayar anda disekat disebabkan bil tertunggak, sila bayar bil tertunggak anda melalui aplikasi Celcom Life/ MyDigi, JomPAY atau perbankan atas talian.
  • Jika baki prabayar anda tidak mencukupi, sila tambah nilai untuk menambah baki.

 
Langkah 3: Semak tetapan peranti anda dan hidupkan semula telefon anda.

  • Dalam tetapan peranti anda, pastikan mod pesawat dimatikan.
  • Aktifkan VoLTE untuk menikmati panggilan berkualiti tinggi tanpa bunyi latar belakang. Klik di sini untuk mengetahui cara mengaktifkan VoLTE pada peranti anda.
  • Jika anda menghadapi masalah internet yang perlahan di rumah, aktifkan VoWiFi untuk membuat/ menerima panggilan melalui Wi-Fi rumah anda. Kami syorkan anda untuk menghidupkan VoWiFi jika anda mempunyai Internet fiber di rumah. Klik di sini untuk mengetahui cara mengaktifkan VoWiFi pada peranti anda.
  • Jika anda melancong ke luar negara, pastikan anda telah mengaktifkan perkhidmatan perantauan anda. Semak melalui aplikasi Celcom Life/ MyDigi dan hidupkan perkhidmatan peratauan dalam tetapan peranti anda.
  • Aplikasi Celcom Life > Penggunaan > Perantauan
  • Aplikasi MyDigi > Tetapan > Langganan Saya > Perantauan Antarabangsa


Langkah 4: Matikan sebarang pemajuan panggilan atau pelencongan panggilan.

iPhone

Langkah 1: Pergi ke 'Tetapan'

Langkah 2: Skrol ke bawah dan tekan 'Telefon'

Langkah 3: Tekan 'Pemajuan Panggilan'

Langkah 4: Alihkan togol ke kiri untuk mematikan panggilan.

 

Android 

Langkah 1: Buka 'Tetapan'

Langkah 2: Pilih 'Tetapan Panggilan' 

Langkah 3: Cari pilihan 'Pemajuan Panggilan' atau 'Tetapan Panggilan' 

Langkah 4: Matikan 'Pemajuan Panggilan'.


Nota: Langkah-langkah untuk mematikan pemajuan panggilan adalah sedikit berbeza bergantung kepada pengeluar peranti anda dan versi Android. 


Langkah 5: Tetapkan semula tetapan rangkaian telefon anda

Model Telefon

Panduan Penetapan Semula Rangkaian

Apple

  • Untuk iOS 15 atau versi yang lebih baharu, tekan Tetapan > Umum > Pindahkan atau Reset iPhone > Reset > Reset Seting Rangkaian 
  • Untuk iOS 14 atau versi yang lebih awal, tekan Tetapan > Umum > Reset >  Reset Seting Rangkaian

Samsung

Pergi ke Tetapan > Pengurusan Umum > Tetap Semula > Tetap Semula Tetapan Rangkaian > Tetap Semula Tetapan > Pilih Tetap Semula. 

Huawei

Pergi ke Tetapan > Sistem & Kemaskini > Tetap Semula > Pilih Tetap Semula

Tetapan Rangkaian, kemudian ikuti arahan di skrin untuk menetap semula tetapan rangkaian.

Vivo

Pergi ke Tetapan > Pengurusan Sistem/ Sistem > Pemulihan & Tetapan Semula/ Pilihan Tetapan Semula, tetapkan semula tetapan rangkaian dan cuba lagi.

Oppo

Go to Settings > Additional Settings > Back up and Reset > Reset Phone > Reset Network Settings > Reset network settings again

Pergi ke Tetapan > Tetapan Tambahan > Salinan Simpanan dan Tetapan Semula > Tetapkan semula Telefon > Tetapkan semula Rangkaian > Tetapkan semula tetapan rangkaian lagi


Nota: Kata laluan Wi-Fi yang disimpan anda akan dipadamkan dan anda perlu memasukkan semula kata laluan selepas pemulihan rangkaian. Kami menggalakkan anda untuk mencari 'Pemajuan Panggilan' dalam tetapan tetapan telefon anda untuk mencari ciri khas tersebut.


Langkah 6: Kemaskini sistem operasi telefon anda untuk memastikan anda menggunakan versi terkini. Untuk menyemak sistem operasi semasa, pergi ke tetapan peranti anda dan pilih 'Kemaskini Perisian'.



Jika anda telah mencuba semua langkah di atas dan masih mengalami masalah membuat atau menerima panggilan, sila lawati Celcom bluecube atau Digi Store terdekat untuk melakukan penggantian SIM. Bagi masalah kelajuan Internet yang berlarutan, sila hantar pertanyaan kepada kami untuk pemeriksaan lanjut.

Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut