Soalan Lazim: Pas Umrah Tanpa Had 15 Hari

1. Apakah itu Pas Umrah Tanpa Had 15 Hari?

Pas Umrah Tanpa Had 15 Hari ialah pas perantauan CelcomDigi yang membolehkan anda kekal berhubung sepanjang perjalanan Umrah dengan manfaat internet tanpa had dan panggilan suara selama 15 hari pada harga RM100.

Harga RM100
Internet Tanpa Had (100GB Internet Pantas, kemudian 1Mbps)
Panggilan suara 30 minit panggilan ke Malaysia dan dalam negara yang dilawati
Panggilan masuk Tanpa Had
Destinasi yang diliputi Saudi Arabia, UAE, Qatar, Turkey, Oman and Kuwait
Tempoh sah 15 hari

‍Rangkaian pilihan di Arab Saudi: STC, Mobily dan Zain. ‍

‍

2. Siapakah yang layak melanggan pas ini dan bagaimana cara untuk melanggannya?

Semua pelanggan baharu aatu sedia ada CelcomDigi Prabayar dan Pascabayar.

Untuk pelanggan CelcomDigi sedia ada:

a) Pilihan 1: Melalui aplikasi CelcomDigi

Langkah 1: Buka aplikasi CelcomDigi dan pilih “Roaming”.

Langkah 2: Cari “Saudi Arabia”.

Langkah 3: Pilih “15-Day Unlimited Umrah Pass”.

Langkah 4: Pilih “Activate now” untuk mengaktifkan pas dengan segera atau buat tempahan awal sehingga 14 hari sebelum tarikh pengaktifan.

Langkah 5: Sahkan pembelian anda dan tunggu SMS pengesahan.

‍

b) Pilihan 2: Melalui kod USSD

Dail *800# sebaik sahaja tiba di Arab Saudi.

‍

3. Bagaimanakah saya akan dimaklumkan sama ada pas saya telah diaktifkan?

Anda akan menerima SMS pengesahan sebaik sahaja pas anda berjaya diaktifkan.

Anda juga boleh menyemak status pas melalui aplikasi CelcomDigi.

‍

4. Di manakah saya boleh menyemak tempahan awal pas perantauan saya? Bolehkah saya membatalkan tempahan tersebut?

Anda boleh menyemak tempahan awal pas perantauan melalui bahagian “Reminder” di halaman utama aplikasi CelcomDigi.

Ya, anda boleh membatalkan tempahan awal pas sebelum pas tersebut diaktifkan.

Untuk membatalkan tempahan, pilih butiran pas yang telah ditempah di halaman utama aplikasi dan tekan “Cancel Pass”. Anda akan menerima SMS pengesahan setelah pembatalan berjaya. ‍

‍

5. Saya bukan pelanggan CelcomDigi. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan pas Umrah?

Pelanggan bukan CelcomDigi boleh mendapatkan Pek Umrah CelcomDigi Prepaid di mana-mana Kedai CelcomDigi, pengedar sah di seluruh negara atau melalui Kedai Dalam Talian CelcomDigi (eSIM) di sini sehingga 100 hari lebih awal.

Pas akan diaktifkan secara automatik apabila anda mula menggunakan perkhidmatan di negara yang diliputi. Caj pengaktifan SIM sekali sebanyak RM5 akan dikenakan.

‍

‍6. Bolehkah saya menggunakan pas ini semasa transit di negara lain?

Pas ini sah digunakan di enam negara, iaitu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Turki, Oman dan Kuwait.

Jika anda menggunakan internet di luar negara-negara tersebut, pelanggan pascabayar akan dikenakan caj RM39 sehari untuk 1GB jika penggunaan internet dikesan. Perantauan data akan disekat bagi pelanggan prabayar. Untuk terus melayari internet, anda perlu membeli pas perantauan yang sah untuk negara destinasi tersebut. ‍

‍

7. Apakah yang berlaku apabila kuota internet pantas saya habis?

Anda masih boleh melayari internet pada kelajuan yang dikurangkan kepada 1Mbps sepanjang baki tempoh sah pas. Perlukan lebih banyak internet? Anda boleh membeli internet tambahan 5GB pada harga RM10, sah selama 24 jam.

‍

‍8. Apakah yang akan berlaku apabila kuota panggilan 30 minit saya habis?

Panggilan tambahan akan dicaj mengikut kadar perantauan bayar mengikut penggunaan yang berkenaan. Untuk menyemak kadar panggilan pay-per-use, rujuk di sini. Kuota panggilan 30 minit anda boleh digunakan untuk membuat panggilan ke Malaysia dan dalam negara yang sedang anda lawati. Jika anda memerlukan lebih banyak minit panggilan, anda boleh membeli tambahan 15 minit pada harga RM20, sah selama 24 jam. ‍

‍

9. Bagaimanakah cara untuk menyemak penggunaan data dan tempoh sah pas saya?

Anda boleh menyemak penggunaan data dan tarikh luput pas melalui bahagian “Usage” dalam aplikasi CelcomDigi. Anda juga akan menerima peringatan 3 jam sebelum pas tamat tempoh dan apabila pas tamat tempoh.

‍

10. Apakah yang perlu saya lakukan jika menghadapi masalah semasa menggunakan perantauan?

Jika anda menghadapi sebarang masalah semasa menggunakan perantauan, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan kami yang tersedia 24 jam sehari secara percuma melalui saluran berikut:

  • Hubungi kami melalui WhatsApp untuk mendapatkan bantuan segera.
  • Dail *125# untuk mendapatkan bantuan.
Share this article
Copy link