1. Adakah terdapat perubahan pada perkhidmatan Disney+ dengan CelcomDigi?
Ya. Mulai 7 Oktober 2026, Disney+ akan melancarkan aplikasi baharu dan semua pelanggan Disney+ perlu memuat turun aplikasi baharu tersebut untuk terus menikmati perkhidmatan ini.
Seiring dengan pelancaran aplikasi baharu ini, Disney+ Basic akan dijenamakan semula sebagai Disney+ Standard, dengan beberapa kemas kini pada ciri pelan tersebut. Disney+ Premium juga akan menerima kemas kini pada ciri pelannya.
Sila rujuk jadual di bawah untuk melihat ciri pelan yang dikemas kini:
2. Bagaimanakah cara untuk memuat turun dan menonton Disney+?
Mulai 7 Oktober 2026, semua pelanggan Disney+ perlu memuat turun aplikasi Disney+ baharu untuk terus menikmati kandungan kegemaran mereka di Disney+.
Aplikasi Disney+ baharu boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store mulai 7 Oktober 2026.
Bagi pelanggan sedia ada yang telah mengaktifkan langganan Disney+, anda tidak perlu mengaktifkan langganan sekali lagi. Hanya muat turun aplikasi Disney+ baharu dan log masuk menggunakan nombor telefon mudah alih sedia ada anda.
3. Saya kini melanggan CelcomDigi Postpaid ONE Pro yang disertakan dengan Disney+ Basic. Apakah kesannya kepada saya?
Mulai 7 Oktober 2026, langganan Disney+ Basic anda akan ditukar secara automatik kepada Disney+ Standard. Untuk terus menikmati kandungan kegemaran anda, hanya muat turun aplikasi Disney+ baharu dan log masuk menggunakan nombor telefon mudah alih sedia ada anda.
Nota: Anda tidak perlu mengaktifkan semula langganan Disney+ sekiranya anda telah mengaktifkannya sebelum 7 Oktober 2026.
4. Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan langganan Disney+ saya?
Mulai 7 Oktober 2026, pelanggan yang belum mengaktifkan langganan Disney+ boleh berbuat demikian melalui aplikasi CelcomDigi.
Untuk mengaktifkan langganan Disney+ anda:
- Langkah 1: Buka aplikasi CelcomDigi
- Langkah 2: Pergi ke Shop > Lifestyle > Entertainment > My Subscription
- Langkah 3: Pilih langganan Disney+ anda yang aktif
- Langkah 4: Di bahagian Access via, pilih pautan yang disediakan
- Langkah 5: Ikut arahan pada skrin untuk melengkapkan proses pengaktifan.
Sekiranya anda telah mengaktifkan langganan Disney+ sebelum 7 Oktober 2026, anda tidak perlu mengaktifkannya semula. Hanya muat turun aplikasi Disney+ baharu dan log masuk menggunakan nombor telefon mudah alih sedia ada anda.
5. Adakah profil Disney+ sedia ada saya akan dipindahkan ke aplikasi Disney+ baharu?
Tidak. Profil Disney+ sedia ada anda tidak akan dipindahkan ke aplikasi Disney+ baharu. Anda perlu mencipta semula profil selepas log masuk ke aplikasi Disney+ baharu.
6. Bilakah aplikasi Disney+ lama akan ditamatkan?
Aplikasi Disney+ sedia ada akan ditamatkan pada 5 November 2026. Sila muat turun dan gunakan aplikasi Disney+ baharu untuk terus menikmati kandungan kegemaran anda.