Plans
Link 1
Link 2
Link 3
Mudah alih
Roaming bila melancong
Merantau dengan PrepaidMerantau dengan PostpaidUmrahLawat MalaysiaPanduan perantauanInspire
Link 1
Link 2
Di rumah
1. Apakah Super Savings ini?
Untuk tempoh terhad, semua pelanggan prabayar boleh menikmati pas StreamMORE terpilih pada harga promosi istimewa:
2. Berapa lamakah tempoh kempen ini?
Semua pelanggan yang layak boleh menikmati harga promosi ini dari 30 Oktober 2026 hingga 12 Januari 2027.
3. Siapakah yang layak menikmati promosi ini?
Promosi ini terbuka kepada semua pelanggan CelcomDigi Prepaid.
4. Bagaimanakah cara untuk membeli pas StreamMORE?
Anda boleh membeli pas dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Tekan butang Lifestyle dalam aplikasi CelcomDigi.
Langkah 2: Pilih “Sports” atau “Entertainment”.
Langkah 3: Pilih pas dan perkhidmatan yang dikehendaki.
Langkah 4: Lengkapkan transaksi anda.
Anda akan menerima SMS pengesahan pembelian pada harga promosi.
5. Apakah pas StreamMORE yang ditawarkan di bawah promosi ini?
StreamMORE Sooka Daily
StreamMORE Asian Weekly Bundle
StreamMORE Vision+
6. Adakah terdapat sebarang caj tersembunyi?
Tidak. Anda hanya akan dikenakan caj berdasarkan harga promosi yang dipaparkan untuk pas yang dipilih.
7. Adakah pas ini termasuk kuota Internet mudah alih?
Ya. Setiap pas promosi merangkumi kuota Internet seperti yang dinyatakan dalam penerangan produk.
8. Adakah terdapat had untuk pembelian langganan promosi?
Ya. Terdapat dua jenis had, iaitu had transaksi bagi setiap pelanggan dan had transaksi kempen.
Had Transaksi bagi Setiap Pelanggan
a) Sooka Daily Pass (RM1)
b) Asian Weekly Bundle (RM3)
c) Vision+ Monthly Pass (RM5)
Setiap pas promosi mempunyai kuota kempen sebanyak 100,000 transaksi:
Promosi bagi setiap pas akan tamat apabila kuota yang diperuntukkan telah habis digunakan atau apabila tempoh kempen berakhir, mengikut mana-mana yang terdahulu. Selepas itu, pembelian atau pembaharuan langganan akan dikenakan harga biasa.
9. Apakah yang berlaku apabila kuota 100,000 transaksi telah habis digunakan?
Apabila kuota bagi sesuatu pas telah habis digunakan, pelanggan tidak lagi boleh membeli pas tersebut pada harga promosi, walaupun tempoh kempen masih belum berakhir.
10. Apakah yang saya dapat dengan pas Sooka RM1?
Anda akan mendapat akses kepada Sooka Daily Pass selama 24 jam selepas pengaktifan berjaya, berserta kuota Internet sebanyak 500MB.
11. Berapa lamakah tempoh sah Sooka Daily Pass?
Pas ini sah selama 1 hari (24 jam) dari masa pengaktifan.
12. Bolehkah saya membeli pas Sooka RM1 lebih daripada sekali?
Ya. Anda boleh membeli pas ini sekali lagi selepas pas semasa tamat tempoh, tertakluk pada terma kempen.
13. Apakah kandungan yang boleh saya tonton dengan Sooka Daily Pass?
Ketersediaan kandungan ditentukan oleh Sooka dan mungkin merangkumi acara sukan langsung terpilih, hiburan serta kandungan lain yang tersedia di bawah manfaat Sooka Daily Pass.
14. Apakah yang termasuk dalam Asian Weekly Bundle RM3?
Asian Weekly Bundle RM3 merangkumi:
15. Berapa lamakah tempoh sah Asian Weekly Bundle?
Pas ini sah selama 7 hari selepas pengaktifan berjaya.
16. Bolehkah saya menggunakan Viu Premium dan iQIYI Standard VIP pada masa yang sama?
Ya. Kedua-dua langganan disertakan sepanjang tempoh sah bundle ini.
17. Apakah yang berlaku selepas 7 hari?
Langganan anda akan diperbaharui secara automatik pada harga promosi RM3 sehingga 3 kali pembaharuan, menjadikan jumlah tempoh langganan selama 4 minggu, tertakluk pada ketersediaan promosi.
18. Bolehkah saya menikmati harga promosi jika saya sudah mempunyai langganan Asian Weekly Bundle?
Ya. Pelanggan sedia ada boleh menikmati harga promosi RM3 untuk sehingga 3 kali pembaharuan langganan.
19. Apakah yang saya dapat dengan pas Vision+ RM5?
Anda akan mendapat langganan Vision+ selama 30 hari berserta kuota Internet sebanyak 5GB.
20. Berapa lamakah tempoh sah Vision+ Monthly Pass?
Pas ini sah selama 30 hari dari masa pengaktifan.
21. Bolehkah saya memperbaharui langganan Vision+ selepas pas tamat tempoh?
Ya. Anda boleh membeli pas baharu sepanjang tempoh kempen, tertakluk pada ketersediaan promosi.
22. Bolehkah saya menikmati harga promosi jika saya sudah mempunyai langganan Vision+ Monthly?
Pelanggan yang tidak melanggan Vision+ Monthly dalam tempoh lebih daripada 30 hari sebelum tarikh kempen bermula pada 30 Oktober 2026 layak menikmati promosi ini.
23. Apakah yang berlaku selepas 30 hari?
Langganan anda akan diperbaharui secara automatik pada harga promosi RM5 sehingga 3 kali pembaharuan, menjadikan jumlah tempoh langganan selama 4 bulan, tertakluk pada ketersediaan promosi.
24. Bagaimanakah saya mengetahui sama ada pembelian saya berjaya?
Anda akan menerima SMS pengesahan setelah pembelian berjaya diselesaikan.
25. Saya telah membeli pas tetapi tidak dapat mengakses kandungannya. Apakah yang perlu saya lakukan?
26. Adakah langganan saya akan diperbaharui secara automatik?
27. Bolehkah saya mendapatkan bayaran balik jika saya tidak menggunakan pas tersebut?
Pas yang telah berjaya diaktifkan tidak boleh dikembalikan atau dibayar balik.
28. Apakah yang berlaku jika baki kredit saya tidak mencukupi?
Transaksi anda akan gagal dan pas tidak akan diaktifkan. Sila tambah nilai atau pastikan akaun anda aktif sebelum mencuba semula.
29. Adakah promosi ini akan menjejaskan pelan prabayar sedia ada saya?
Tidak. Kempen ini merupakan langganan berasingan dan tidak menjejaskan pelan prabayar sedia ada anda.
30. Bolehkah kempen ini ditamatkan lebih awal?
Pihak pengendali berhak untuk mengubah suai, menggantung atau menamatkan kempen ini mengikut terma dan syarat kempen.
31. Bolehkah saya membeli ketiga-tiga pas promosi?
Ya, anda boleh membeli ketiga-tiga pas promosi, dengan syarat baki kredit anda mencukupi dan pas tersebut masih tersedia.
32. Di manakah saya boleh mendapatkan terma dan syarat kempen yang lengkap?
Terma dan syarat kempen yang lengkap boleh didapati di halaman kempen dan saluran rasmi CelcomDigi.