Plans
Link 1
Link 2
Link 3
Mudah alih
Roaming bila melancong
Merantau dengan PrepaidMerantau dengan PostpaidUmrahLawat MalaysiaPanduan perantauanInspire
Link 1
Link 2
Di rumah
CelcomDigi Fibre-To-The-Room (CelcomDigi FTTR)
1. Apakah itu CelcomDigi Fibre-To-The-Room (CelcomDigi FTTR)?
CelcomDigi Fibre-To-The-Room menawarkan Internet pantas terus ke bilik yang menggunakan kabel gentian fiber yang direka untuk:
2. Adakah CelcomDigi FTTR eksklusif untuk pelanggan fiber sedia ada?
Ya, ia hanya tersedia kepada pelanggan CelcomDigi Fiber 300Mbps ke atas yang mempunyai langganan aktif.
3. Apakah kepantasan Internet yang boleh saya jangkakan dengan CelcomDigi FTTR?
Anda boleh menjangkakan kepantasan yang sama pada FTTR seperti pelan fiber sedia ada anda.
4. Apakah perbezaan antara CelcomDigi FTTR dan Mesh WiFi?
Perkhidmatan | Mesh WiFi | FTTR |
Kestabilan Rangkaian
| Mesh WiFi bergantung pada gelombang radio yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti ketebalan dinding. Oleh itu, susun atur rumah anda boleh menyebabkan gangguan. | FTTR menghantar data menggunakan fiber optik yang kebal terhadap gangguan elektromagnetik. Dengan itu FTTR memberikan liputan yang lebih konsisten dan stabil. |
Liputan/Kekuatan Signal | Mesh WiFi membolehkan anda terus berhubung semasa anda bergerak di dalam rumah namun kekuatan isyarat ungkin berbeza. | FTTR menyediakan latensi rendah. Ini bermaksud proses menghantar arahan dan menerima respon lebih pantas. Perkara ini penting untuk aktiviti seperti bermain atas talian, panggilan video dan strim, memastikan interaksi lancar tanpa gangguan yang ketara. |
Perantauan Dalaman | Apabila anda bergerak di dalam rumah dengan Mesh WiFi, anda akan mengalami gangguan semasa bertukar antara titik sambungan yang berbeza. | Nikmati perantauan dalaman yang lebih lancar dengan FTTR, memastikan sambungan yang lebih lancar berbanding Mesh WiFi. |
5. Adakah CelcomDigi FTTR terdapat di kawasan saya?
Ya, FTTR terdapat untuk semua pelanggan di seluruh negara
6. Berapakah harga yang perlu dibayar untuk CelcomDigi FTTR?
Harga untuk FTTR bergantung pada kesesuaian yang dicadangkan. Harga adalah seperti yang disenaraikan di bawah. Jumlah keseluruhan boleh dibayar menggunakan Pelan Pembayaran Mudah (EPP) 24 bulan bila anda membayar menggunakan kad kredit Maybank atau CIMB.
CelcomDigi Fibre-To-The-Room (FTTR) | |||
Pelan | 1 + 1 | 1 + 2 | 1 + 3 |
Harga | RM1,176 (RRP: RM1,440) | RM1,800 | RM2,280 |
Kos Pemasangan | Percuma (Yuran biasa: RM480) | RM648 | RM864 |
Jumlah Perlu Dibayar | RM1,176 (RRP:RM1,920) | RM2,448 | RM3,144 |
Pelan Pembayaran Mudah (EPP) 24 bulan
kad kredit Maybank atau CIMB | RM49/bulan | RM75/bulan | RM95/bulan |
7. Apakah kaedah pembayaran yang tersedia?
Pelanggan boleh membeli Tambahan FTTR dengan pilihan pembayaran berikut:
8. Apakah yang termasuk dalam harga yang dikenakan kepada saya untuk CelcomDigi FTTR?
Berikut disertakan dalam pemasangan standard FTTR:
Susun Atur FTTR Item Termasuk | 1+1 | 1+2 | 1+3 |
Unit Induk | 1 unit | ||
Unit Anak | 1 unit | 2 unit | 3 unit |
ATB 4 Port / Splitter | 1 unit | ||
ATB 2 Port | 1 unit | 2 unit | 3 unit |
Kabel Optik Lutsinar | Sehingga 50.5m | Sehingga 80.5m | Sehingga 110.5m |
9. Adakah terdapat kontrak terikat dengan langganan CelcomDigi FTTR dan waranti untuk peranti dan pendawaian fiber optik yang digunakan untuk CelcomDigi FTTR?
Tiada kontrak pada CelcomDigi FTTR, namun kontrak CelcomDigi Fiber anda kekal. Terdapat jaminan 24 bulan, tetapi sila ambil perhatian bahawa ia tidak melindungi sekiranya kecuaian pelanggan.
10. Bagaimana proses pendaftaran untuk CelcomDigi FTTR?
Langkah 1: Pastikan anda melanggan pelan fiber 300Mbps dan ke atas CelcomDigi. Sila berikan butiran diri anda di sini: https://www.celcomdigi.com/ms/fibre/fttr
Langkah 2: Pasukan CelcomDigi fiber kami akan menghubungi anda untuk memahami keperluan anda.
Langkah 3: Anda akan menerima pautan pembayaran dan tarikh pemasangan FTTR. Sila ambil perhatian bahawa penalti mungkin akan dikenakan sekiranya anda membuat pembatalan.
Langkah 4: Pakar pemasangan kami akan menghubungi anda untuk proses pemasangan. Bersedia untuk mengalami kehebatan CelcomDigi fiber!
11. Berapa lamakah masa pemasangan CelcomDigi FTTR?
Masa pemasangan adalah antara 2 ke 3 jam mengambil kira kerumitan persediaan, pengoptimuman sambungan dan konfigurasi peranti Wi-Fi di lokasi anda. Sila jangkakan tempoh pemasangan yang lebih lama untuk FTTR 1+2 dan FTTR 1+3.
12. Apa akan berlaku jika saya berpindah atau menukar tempat CelcomDigi FTTR?
13. Apa yang berlaku jika saya ingin membatalkan CelcomDigi FTTR. Adakah terdapat sebarang penalti yang dikenakan?
Jika anda ingin membatalkan FTTR CelcomDigi anda, sila berhubung dengan pakar fiber kami melalui nombor WhatsApp yang telah anda hubungi. Terdapat yuran pembatalan sebanyak RM85.
14. Saya menghadapi masalah sambungan atau mempunyai pertanyaan tentang tuntutan waranti untuk CelcomDigi FTTR. Apa yang perlu saya lakukan?
Untuk bantuan lanjut, sila hubungi pasukan Khidmat Langgan kami melalui WhatsApp.