Helaian Pendedahan Produk Raja Kombo 5G

Gambaran Produk:

Pelan Raja Kombo 5G ialah Pelan 5G baharu yang menawarkan pengalaman 5G sepantas kilat, sambungan tanpa kebimbangan dan pengalaman menyemak imbas video dengan sosial tanpa had YouTube tanpa had pada pelan kemasukan mampu milik dari RM30/bulan.

Pelan Raja Kombo 5G dipertingkatkan untuk memberikan lebih nilai dan fleksibiliti kepada pelanggan dengan pilihan tawaran pelan Pembaharuan Automatik Bulanan. Selain itu, pelanggan diberikan pilihan baharu dengan lebih banyak Kuota Tambahan dan Pas Sekali serendah RM1. 

 

Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Mac 2024 – semasa 

Maklumat Produk

Pembaharuan automatik bulanan

Pelanggan yang memilih Pembaharuan Automatik bulanan boleh nikmati Internet 5G dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Pelan prabayar akan diperbaharui secara automatik setiap 30 hari.

Pelan Pas Harga Kuota Asas(5G/4G) Kuota Tanpa Had(5G/4G) Kuota Hotspot Panggilan Minit IDD Tempoh Sah
5G 30(Raja Kombo) RM30 6GB(100Mbps) YouTube, TikTok, Facebook, Instagram, IMO Tanpa Had(3Mbps) Kongsi dengan kuota internet asas N/A 45 minit(Bangladesh, Indonesia, India, China, Vietnam, Thailand, Nepal, Myanmar, Pakistan, Filipina) 30 hari
5G 35(Raja Kombo) RM35 30GB(100Mbp) YouTube, TikTok, Facebook, Instagram, IMO Tanpa Had(3Mbps) Kongsi dengan kuota internet asas Tanpa Had untuk semua rangkaian 60 minit(Bangladesh, Indonesia, India, China, Vietnam, Thailand, Nepal, Myanmar, Pakistan, Filipina) 30 hari
5G 30(Juara Keren) RM30 N/A Tanpa Had(3Mbps) 3GB(100 Mbps) N/A 60 minit(Bangladesh, Indonesia) 30 hari
5G 35(Juara Keren) RM35 N/A Tanpa Had(6Mbps) 3GB(100 Mbps) 120 minit, kemudian RM0.30/minit 120 minit(Bangladesh, Indonesia) 30 hari
Raja Kombo+ 30 RM30 30GB(100mbps) Facebook, INstagram, IMO & TikTok tanpa had(18 Mbps) Kongsi dengan kuota internet asas Tanpa Had untuk semua rangkaian 45 minit(Bangladesh, Indonesia, India, China, Vietnam, Thailand, Nepal, Myanmar, Pakistan, Filipina) 30 hari
Juara Keren+ 35 RM35 - Tanpa Had(18Mbps) Kongs dengan internet tanpa had Tanpa Had untuk semua rangkaian 60 minit(Bangladesh, Indonesia, India, China, Vietnam, Thailand, Nepal, Myanmar, Pakistan, Filipina) 30 hari

‍

Kuota Tambahan & Pas Sekali

Pelanggan boleh memilih Kuota Tambahan Bulanan jika kuota Internet mereka tamat sebelum tempoh sah langganan 30 hari. Pelanggan juga boleh memilih Pas Sekali dengan tempoh sah yang lebih pendek.  

1. Kuota Tambahan 

Kategori Harga Kuota (5G/4G) Tempoh Sah
Semua Penggunaan RM10 20GB Kuota Tambahan mengikut tempoh sah Pas Internet Bulanan

 

2. Pas Sekali 

Kategori Harga Kuota (5G/4G) Tempoh Sah
Setiap Jam RM1Internet Tanpa Had1 Jam
RM210GB4 Jam
RM2.50100GB3 Jam
Setiap Hari RM33GB1 Hari
RM5Internet Tanpa Had (18Mbps)1 Hari
RM69GB3 Hari
RM6300GB Pas Video Pantas4 Hari
RM7Internet Tanpa Had (18Mbps)3 Hari
RM81000GB3 Hari
RM92025GB4 Hari
Setiap Minggu RM8299GB7 Hari(9pm - 9am)
RM1220GB7 Hari
RM15Internet (18Mbps) & Panggilan Tanpa Had + 2GB Hotspot7 Hari
RM162000GB9 Hari

‍

Kadar Asas – Panggilan Suara, SMS dan MMS

Kategori Denominasi
Panggilan RM0.30/ min
60 saat blok pengecasan
SMS RM0.20/ SMS
MMS RM0.50/ MMS

 

Yuran & Pembayaran

1. Bagaimanakah pembayaran untuk pelan Internet pembaharuan automatik bulanan berfungsi?    

Pelan Internet pembaharuan automatik bulanan direka untuk memudahkan perjalanan pembaharuan pelan Internet untuk pelanggan. Sebaik sahaja tempoh sah Internet yang dimaksudkan telah luput, pelan Internet pembaharuan automatik bulanan akan diperbaharui secara automatik dan yuran pelan Internet pilihan akan ditolak secara automatik daripada baki akaun utama prabayar pelanggan bagi melengkapkan pembaharuan langganan. Untuk memastikan proses pembaharuan automatik tanpa gangguan, pelanggan perlu memastikan baki kredit mencukupi dalam baki akaun utama.   

  

2. Apa yang berlaku jika saya tidak mempunyai kredit yang mencukupi untuk pembaharuan automatik bulanan?    

Sekiranya baki akaun utama prabayar pelanggan tidak mencapai jumlah yang diperlukan untuk yuran pembaharuan pelan Internet, pelan Internet pembaharuan automatik bulanan akan digantung apabila tamat tempoh. Hanya apabila pelanggan tambah nilai prabayar dan baki kredit utama yang mencukupi, langganan pelan Internet pembaharuan automatik bulanan akan diperbaharui secara automatik dan yuran akan ditolak secara automatik daripada baki akaun utama prabayar pelanggan untuk melengkapkan pembaharuan langganan.

‍

Daftarkan Pelan Raja Kombo 5G

Pelanggan boleh mendaftar Pelan Raja Kombo 5G melalui: 

  1. Pengaktifan Nombor Baharu: Aktifkan nombor baharu Raja Kombo 5G.  
  2. Pertukaran Pelan Kadar: Tukar pelan prabayar sedia ada kepada Raja Kombo 5G.  
  3. Port-in: Kekalkan nombor mudah alih sedia ada apabila bertukar daripada penyedia perkhidmatan lain kepada Raja Kombo 5G.  
  4. Tukar daripada Pascabayar kepada Prabayar. 

Nota: 

  • Bagi pelanggan yang melakukan pendaftaran SIM baharu di kedai pengedar yang dibenarkan, proses pendaftaran akan dibantu dan diselesaikan oleh pengedar.  
  • Pelanggan bukan MyKad perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri asal. Warganegara asing juga perlu mengemukakan visa pelajar yang sah atau permit kerja semasa proses pendaftaran.  
  • Pemegang MyKad yang mengaktifkan SIM melalui saluran layan diri perlu mempunyai MyDigital ID yang sah.  
  • Pelanggan berumur 12 hingga 17 tahun (termasuk) (“Bawah Umur”) memerlukan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga untuk pendaftaran. Ibu bapa atau penjaga dan pemohon Bawah Umur perlu hadir untuk tujuan pengesahan.  
  • Had maksimum pendaftaran SIM ialah lima (5) SIM bagi pemegang MyKad dan dua (2) SIM bagi pemegang bukan MyKad.

  

Pembelian Pas Internet

Pelanggan Raja Kombo 5G boleh melanggan pass Internet pembaharuan automatik bulanan, Internet tambahan, dan pas sekali melalui saluran berikut: 

  1. Aplikasi CelcomDigi
  2. Dail *118#
  3. Kedai CelcomDigi
  4. Kios CelcomDigi   

 

Kitaran Hayat Pelan Raja Kombo 5G

Status Kitaran Hayat Keterangan
Tempoh Aktif
(Mengikuti tempoh sah langganan Internet)

Akaun prabayar akan diaktifkan apabila pelanggan prabayar CelcomDigi:

  • Melakukan tambah nilai ke akaun prabayar, dengan itu dapat melanjutkan termpoh sah akaun; atau

  • Langgan mana-mana pelan Internet bulanan Pelan Raja Kombo 5G dan pas Internet sekali sahaja. Ini disebabkan oleh ciri Sentiasa Aktif yang menyelaraskan tempoh sah akaun dan Internet semasa langganan Internet.

Tempoh Tangguh
(60 Hari)

Akaun prabayar CelcomDigi akan memasuki tempoh tangguh setelah tamat tempoh sah akaun.

Tempoh tangguh berfungsi sebagai perantara untuk pelanggan prabayar CelcomDigi untuk tambah nilai atau memperbaharui langganan pelan Internet apabila tamat tempoh.

Semasa tempoh tangguh, pelanggan boleh terus menerima panggilan suara dan SMS, tetapi tidak boleh membuat sebarang panggilan suara, menghantar SMS atau menggunakan data mudah alih.

Untuk mengaktifkan kembali akaun prabayar dalam tempoh tangguh, pelanggan dikehendaki melakukan tambah nilai dengan sebarang jumlah.

Penamatan

Akaun prabayar CelcomDigi akan ditamatkan sebaik sahaja tempoh tangguh luput. Selepas itu, nombor akaun prabayar (MSISDN) akan dikitar semula selepas akaun prabayar ditamatkan.

‍

Keutamaan Penggunaan Data

Internet anda akan digunakan berdasarkan keutamaan berikut bergantung pada kategori internet yang tersedia pada bila-bila masa:   

  1. Internet Freebie    
  2. Pas Sekali 
  3. Kuota Tambahan 
  4. Pas Internet Bulanan
  5. Internet Asas Percuma    
Share this article
Copy link