Helaian Pendedahan Produk Juara Keren 5G

Gambaran Produk:

Juara Keren 5G ialah pelan 5G baharu yang menawarkan pengalaman 5G yang pantas serta pengalaman melayari video dengan lancar melalui Internet tanpa had pada pelan permulaan 5G yang mampu milik dari RM30/bulan.

Juara Keren 5G dipertingkatkan untuk memberikan lebih nilai dan fleksibiliti kepada pelanggan dengan pilihan pas yang diperbaharui secara automatik setiap bulan. Pelanggan juga mempunyai lebih banyak pilihan Tambah Kuota dan Pas sekali guna serendah RM1.50.  

 

Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Mac 2024 – semasa

Butiran Produk

Pembaharuan Automatik Bulanan

Pelanggan yang memilih pembaharuan automatik bulanan akan menikmati Internet 5G dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Pelan prabayar akan diperbaharui secara automatik setiap 30 hari.  

Pelan Internet Harga Kuota Tanpa Had
(5G/4G)
Hotspot Kuota Panggilan Minit Panggilan Domestik Minit IDD Tempoh Sah
5G 30
(Juara Keren)
RM30 Kuota Tanpa Had
(3Mbps)
3GB
(100Mbps)
RM0.30/min Tidak tersedia 60 min
(Bangladesh + Indonesia)
30 Hari
5G 35
(Juara Keren)
RM35 Kuota Tanpa Had
(6Mbps)
3GB
(100Mbps)
RM0.30/min 120 min 120 min
(Bangladesh + Indonesia)
30 Hari
Raja Kombo+ 30 RM30 30GB (100Mbps) dengan Facebook, Instagram, IMO & TikTok tanpa had (18Mbps) Dikongsi dengan kuota asas - Panggilan tanpa had ke semua rangkaian 45 minit (Bangladesh, Indonesia, India, China, Vietnam, Thailand, Nepal, Myanmar, Pakistan, Filipina) 30 Hari
Juara Keren+ 35 RM35 Tanpa had (18Mbps) Dikongsi dengan kuota tanpa had - Panggilan tanpa had ke semua rangkaian 60 minit (Bangladesh, Indonesia, India, China, Vietnam, Thailand, Nepal, Myanmar, Pakistan, Filipina) 30 Hari

 

Kuota Tambahan & Pas Sekali

Pelanggan boleh memilih Tambah Kuota Pas Bulanan sekiranya kuota Internet habis sebelum tempoh langganan 30 hari tamat. Pelanggan juga boleh melanggan Pas sekali guna dengan tempoh sah yang lebih pendek. 

‍

1. Kuota Tambahan

Kategori Harga Kuota (5G/4G) Tempoh Sah
Semua Penggunaan RM10 20GB Kuota Tambahan mengikut tempoh sah Pas Internet Bulanan

‍

2. Pas Sekali

Kategori Harga Kuota (5G/4G) Tempoh Sah
Setiap JamRM1.50Internet Tanpa Had1 Jam
RM210GB4 Jam
Setiap HariRM33GB1 Hari
RM5Internet Tanpa Had (18Mbps)1 Hari
RM69GB3 Hari
RM6300GB Pas Video Pantas4 Hari
RM7Internet Tanpa Had (18Mbps)3 Hari
RM81000GB3 Hari
RM92025GB4 Hari
Setiap MingguRM8299GB7 Hari
(9pm - 9am)
RM1220GB7 Hari
RM15Internet (18Mbps) & Panggilan Tanpa Had + 2GB Hotspot7 Hari
RM162000GB9 Hari
Setiap BulanRM59SpeedStream Disney+ (Asas) + 55GB + Internet (12Mbps) & Panggilan Tanpa Had + 3GB Hotspot30 Hari
RM65500GB Kuota Asas & Hotspot + Panggilan (Bayar untuk setiap penggunaan)28 Hari

‍

Kadar Asas – Panggilan Suara, SMS and MMS

Kategori Denominasi
Panggilan RM0.30/ min
60 saat blok pengecasan
SMS RM0.20/ SMS
MMS RM0.50/ MMS

‍

Yuran & Pembayaran

1. Bagaimanakah pembayaran untuk pelan Internet pembaharuan automatik bulanan berfungsi?   

Pelan Internet pembaharuan automatik bulanan direka untuk memudahkan perjalanan pembaharuan pelan Internet untuk pelanggan. Sebaik sahaja tempoh sah Internet yang dimaksudkan telah luput, pelan Internet pembaharuan automatik bulanan akan diperbaharui secara automatik dan yuran pelan Internet pilihan akan ditolak secara automatik daripada baki akaun utama prabayar pelanggan bagi melengkapkan pembaharuan langganan. Untuk memastikan proses pembaharuan automatik tanpa gangguan, pelanggan perlu memastikan baki kredit mencukupi dalam baki akaun utama.   

 

2. Apa yang berlaku jika saya tidak mempunyai kredit yang mencukupi untuk pembaharuan automatik bulanan?   

Sekiranya baki akaun utama prabayar pelanggan tidak mencapai jumlah yang diperlukan untuk yuran pembaharuan pelan Internet, pelan Internet pembaharuan automatik bulanan akan digantung apabila tamat tempoh. Hanya apabila pelanggan tambah nilai prabayar dan baki kredit utama yang mencukupi, langganan pelan Internet pembaharuan automatik bulanan akan diperbaharui secara automatik dan yuran akan ditolak secara automatik daripada baki akaun utama prabayar pelanggan untuk melengkapkan pembaharuan langganan.

 

Melanggan Juara Keren 5G 

Anda boleh mendapatkan Juara Keren 5G melalui pilihan berikut: 

  1. Pengaktifan Nombor Baharu: Aktifkan nombor Juara Keren 5G baharu.  
  2. Tukar Pelan: Tukar pelan prabayar sedia ada anda kepada Juara Keren 5G.  
  3. Port-In: Kekalkan nombor mudah alih sedia ada anda apabila bertukar daripada penyedia perkhidmatan lain kepada Juara Keren 5G.  
  4. Tukar daripada Pascabayar kepada Prabayar 

Nota:

  • Bagi pelanggan yang membuat pendaftaran SIM baharu di kedai pengedar sah, proses pendaftaran akan dibantu dan dilengkapkan oleh pengedar.  
  • Pelanggan yang tidak menggunakan MyKad perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri asal. Warganegara asing juga perlu mengemukakan visa pelajar yang sah atau permit kerja yang sah semasa proses pendaftaran.  
  • Pemegang MyKad yang mengaktifkan SIM melalui saluran layan diri perlu mempunyai MyDigital ID yang sah.  
  • Pelanggan berumur 12 hingga 17 tahun (termasuk) (“Bawah Umur”) memerlukan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga untuk membuat pendaftaran. Ibu bapa atau penjaga dan pemohon Bawah Umur perlu hadir untuk tujuan pengesahan.  
  • Had maksimum pendaftaran SIM ialah lima (5) SIM untuk pemegang MyKad dan dua (2) SIM untuk pemegang bukan MyKad. 

‍

Pembelian Pas Internet

Pelanggan Juara Keren 5G boleh melanggan pass Internet pembaharuan automatik bulanan, Internet tambahan, dan pas sekali melalui saluran berikut:

  1. Aplikasi CelcomDigi
  2. Dail *118#   
  3. Kedai CelcomDigi
  4. Kios CelcomDigi  

‍

Kitaran Hayat Juara Keren 5G

Status Kitaran Hayat Keterangan
Tempoh Aktif
(Mengikuti tempoh sah langganan Internet)

Akaun prabayar akan diaktifkan apabila pelanggan prabayar CelcomDigi:

  • Melakukan tambah nilai ke akaun prabayar, dengan itu dapat melanjutkan tempoh sah akaun; atau

  • Langgan mana-mana pelan Internet bulanan Juara Keren 5G dan pas Internet sekali sahaja. Ini disebabkan oleh ciri Sentiasa Aktif yang menyelaraskan tempoh sah akaun dan Internet semasa langganan Internet.

Tempoh Tangguh
(60 Hari)

Akaun prabayar CelcomDigi akan memasuki tempoh tangguh setelah tamat tempoh sah akaun.

Tempoh tangguh berfungsi sebagai perantara untuk pelanggan prabayar CelcomDigi untuk tambah nilai atau memperbaharui langganan pelan Internet apabila tamat tempoh.

Semasa tempoh tangguh, pelanggan boleh terus menerima panggilan suara dan SMS, tetapi tidak boleh membuat sebarang panggilan suara, menghantar SMS atau menggunakan data mudah alih.

Untuk mengaktifkan kembali akaun prabayar dalam tempoh tangguh, pelanggan dikehendaki melakukan tambah nilai dengan sebarang jumlah.

Penamatan

Akaun prabayar CelcomDigi akan ditamatkan sebaik sahaja tempoh tangguh luput. Selepas itu, nombor akaun prabayar (MSISDN) akan dikitar semula selepas akaun prabayar ditamatkan.

‍

Keutamaan Penggunaan Data

Internet anda akan digunakan berdasarkan keutamaan berikut bergantung pada kategori Internet yang tersedia pada bila-bila masa:  

  1. Internet Freebie   
  2. Pas Sekali
  3. Kuota Tambahan
  4. Pas Internet Bulanan  
  5. Internet Asas Percuma   
Share this article
Copy link