Notis Penting:
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menambah baik perkhidmatan dan memberikan pengalaman yang lebih baik, pelanggan yang melanggan pelan dengan ciri perkongsian internet tidak akan dapat membuat pelarasan kuota perkongsian kepada talian tambahan buat sementara waktu bermula 1 April 2026 sehingga dimaklumkan kelak.
Sila semak dan kemas kini kuota perkongsian internet anda melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi sebelum 31 Mac 2026. Tetapan perkongsian semasa anda (setakat 31 Mac 2026, 11:59 malam) akan kekal tanpa sebarang perubahan.
Sebagai alternatif, anda boleh menaik taraf ke pelan CelcomDigi terkini kami yang menawarkan internet tanpa had, kelajuan tanpa had serta diskaun sehingga 50% untuk talian tambahan.
Penerangan Produk:
Digi Postpaid Infinite 100 adalah pelan utama yang dilengkapi dengan kuota internet tanpa had dengan bayaran sebanyak RM100 sebulan.
Status: Aktif, Tidak Dijual
1. BUTIRAN PELAN |
| Harga | RM100/sebulan |
| Kuota Internet untuk semua kegunaan (GB) | Internet Tanpa Had |
Pembahagian Internet Kuota Asas (untuk talian Utama dalam Kumpulan Keluarga)
| - Pelanggan yang merupakan pemegang talian Utama disarankan untuk mengagihkan kuota Internet kepada talian Keluarga mereka melalui aplikasi CelcomDigi.
- Ketiadaan peruntukan kuota akan menyebabkan talian Keluarga, SIM Gajet, dan talian tambahan Jalur Lebar Mudah Alih digunakan sepenuhnya dengan kuota asas talian Utama.
|
| Panggilan (minit) | Panggilan tanpa had ke semua rangkaian |
| Kuota Rollover | N/A |
| Had Kredit | RM300 |
| SMS | 300 SMS percuma, caj seterusnya dikenakan pada kadar RM0.10/SMS. |
2. KUOTA INTERNET TAMBAHAN
|
| Jika anda telah habis menggunakan kuota Internet anda, anda boleh membeli Internet tambahan melalui aplikasi CelcomDigi. |
3. KADAR ROAMING INTERNET |
| Pelan roaming Internet boleh dibeli melalui aplikasi CelcomDigi. Untuk maklumat lanjut mengenai kadar roaming Internet, sila rujuk di sini. |
4. KADAR IDD |
Pelan Panggilan Terus Antarabangsa (IDD) boleh dibeli melalui aplikasi CelcomDigi. Untuk maklumat lanjut mengenai kadar IDD dan caj bayar mengikut penggunaan, sila rujuk di sini. |
5. KEUTAMAAN PENGGUNAAN DATA |
Internet mudah alih anda akan digunakan berdasarkan keutamaan berikut bergantung kepada keseluruhan Internet yang ada pada bila-bila masa: - Kuota dari sebarang promosi percuma
- Kuota dari tambahan Internet (pembelian sekali atau berulang bulanan)
- Kuota dari tambahan Hotspot
- Kuota dari kuota asas.
|