Penerangan Produk:
Digi Postpaid Family 30 2021 ialah pelan tambahan yang ditawarkan dengan 25GB kuota Internet sebulan dengan bayaran RM30/bulan.
Tarikh berkuatkuasa: 1 Mac 2021 - 31 Mac 2024
1. BUTIRAN PELAN |
Harga | RM30/bulan |
Kuota Penggunaan Internet (GB) | 25GB/bulan
Untuk pelanggan yang telah lama mendaftar dan telah dipindahkan secara automatik ke pelan ini: - Kuota Internet tambahan atau rebat bulanan akan diberikan secara automatik untuk sepadan dengan pelan terdahulu anda.
|
Panggilan (min) | Panggilan tanpa had ke semua rangkaian |
Kuota Rollover | N/A |
Had Kredit | Digabungkan dengan Prinsipal (diurus pada peringkat akaun) |
SMS | RM0.10/SMS |
2. KUOTA INTERNET TAMBAHAN |
Jika anda telah habis menggunakan kuota Internet anda, anda boleh membeli Internet tambahan melalui aplikasi CelcomDigi (tertakluk kepada kelayakan). |
3. KADAR INTERNET PERANTAUAN |
Pas Internet perantuan boleh dibeli melalui aplikasi CelcomDigi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kadar Internet perantauan, sila rujuk di sini. |
4. KADAR IDD |
Pas Panggilan Terus Antarabangsa (IDD) boleh dibeli melalui aplikasi CelcomDigi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kadar IDD dan caj pembayaran mengikut penggunaan, sila rujuk di sini.
|
5. KEUTAMAAN PENGGUNAAN DATA |
Internet mudah alih anda akan digunakan berdasarkan kepada urutan keutamaan berikut bergantung kepada keseluruhan Internet yang ada pada masa tertentu: - Kuota dari sebarang promosi percuma
- Kuota dari tambahan Internet (Sekali pembelian)
- Kuota dari tambahan Hotspot
- Kuota dari tambahan Internet dengan kontrak (Bulanan)
- Kuota dari perkongsian Internet
- Kuota dari kuota asas
|