Notis Penting:
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menambah baik perkhidmatan dan memberikan pengalaman yang lebih baik, pelanggan yang melanggan pelan dengan ciri perkongsian internet tidak akan dapat membuat pelarasan kuota perkongsian kepada talian tambahan buat sementara waktu bermula 1 April 2026 sehingga dimaklumkan kelak.
Sila semak dan kemas kini kuota perkongsian internet anda melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi sebelum 31 Mac 2026. Tetapan perkongsian semasa anda (setakat 31 Mac 2026, 11:59 malam) akan kekal tanpa sebarang perubahan.
Selain itu, pelanggan pelan Celcom MEGA 98/ 128/ 158/ 188 tidak lagi dibenarkan untuk menukar antara pilihan internet Lightning dan Internet Tanpa Had. Bagi mengimbangi perubahan ini, pelanggan MEGA 98/ 128/ 158 akan menikmati peningkatan kuota tanpa sebarang caj tambahan. Pelanggan MEGA 188 akan terus menikmati kelayakan tawaran 2TB atau Internet Tanpa Had yang sama tanpa sebarang perubahan.
Kelayakan kuota yang disemak semula ini akan berkuat kuasa bermula kitaran bil seterusnya selepas Mei 2026.
Harap maklum bahawa pelanggan MEGA 80 atau pelan MEGA dengan pas Lightning atau Unlimited XL, L atau M tidak akan terjejas oleh perubahan ini.
Sebagai alternatif, anda boleh menaik taraf ke pelan CelcomDigi terkini kami yang menawarkan internet tanpa had, kelajuan tanpa had serta diskaun sehingga 50% untuk talian tambahan.
Nota: XPAX Unlimited 75, XPAX Postpaid 40 dan pelan yang lebih tinggi tidak lagi tersedia. Sebagai alternatif, layari pelan CelcomDigi Postpaid 5G yang baru diperkenalkan, menampilkan Unlimited 5G & 4G, diskaun 50% untuk talian keluarga dan perantauan, telefon 5G percuma, telefon 5G terkini bermula dari RM1/ sebulan dan pemasangan fiber percuma untuk pelan terpilih! Untuk maklumat lanjut, layari https://www.celcomdigi.com.
Penerangan Produk:
Pelan pascabayar Celcom MEGA adalah pelan pascabayar paling inovatif Celcom yang memberikan anda kebebasan dan fleksibiliti sepenuhnya. Padankan pelan Celcom MEGA anda dengan Lightning Internet atau Unlimited Internet dan nikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian.
Nota: Berkuat kuasa 1 April 2026, pelanggan Celcom MEGA tidak lagi dibenarkan menukar antara pilihan internet Lightning dan Internet Tanpa Had.
Tarikh berkuatkuasa: 1 Oktober 2021 - 1 Januari 2024
1. Butiran Pelan |
Pelan Utama
| MEGA 80 | MEGA 98 | MEGA 128 | MEGA 158 | MEGA 188 | Komitmen Bulanan
| RM80 | RM98 | RM128 | RM158 | RM188 | Internet Bulanan (Berkuat kuasa Mei 2026 selepas tarikh bil seterusnya)
| 50GB (Lightning Internet) | Dinaik taraf ke 300GB | Dinaik taraf ke 500GB | Dinaik taraf ke 1TB | 2TB Lightning Internet atau Unlimited Internet (tanpa disekat 2TB) | Internet Hotspot
| N/A | 15GB
| 20GB | 30GB | N/A | Panggilan Suara | Tanpa had ke semua rangkaian | | Panggilan Video | RM0.20/ min ke semua rangkaian (60 saat/ blok) | SMS | RM0.20/ SMS ke semua rangkaian | Had Kredit | RM250 | RM350 | RM400 | RM500 | RM600 | | Talian Tambahan | Maksimum 3 talian | Maksimum 6 talian | PERCUMA Perantauan Bulanan (23 negara) | N/A | N/A | N/A | N/A | Ya. Klik di sini untuk maklumat lanjut. | Freedom Add-Ons | 1. Internet Add-Ons 2. Free 5G Access | 1. Internet Add-On/ Hotspot Quota 2. Unlimited Social 3. Unlimited Streaming 4. Free Roaming Data (70 negara) | Penukaran antara Lightning dan Unlimited Internet | N/A | Tidak tersedia berkuat kuasa 1 April 2026 | Talian Tambahan
| MEGA Unlimited Family Line | MEGA Lightning Family Line | | Komitmen Bulanan | RM40/ talian | RM40/ talian | | Internet Bulanan | Unlimited Internet (sehingga 6Mbps) | 30GB | | Hotspot Bulanan | 5GB | N/A | | Panggilan Suara | Tanpa had ke semua rangkaian | | Panggilan Video | RM0.20/ min ke semua rangkaian (60 saat/ blok) | | SMS | RM0.20/ SMS ke semua rangkaian
| | Had Kredit | RM150
| RM150
| | Kongsi Internet | Tidak | Ya | | Freedom Add-Ons | Tambahan Internet | Tambahan Kuota Hotspot |
|
2. Tambahan Kuota Internet
|
Jika anda telah habis menggunakan kuota Internet anda, anda boleh membeli tambahan Internet melalui aplikasi CelcomDigi (tertakluk kepada kelayakan).
|
| 3. Kadar Internet Perantauan |
Pakej perantauan Internet boleh dibeli melalui aplikasi CelcomDigi. Untuk maklumat lanjut mengenai kadar perantauan Internet, layari laman web CelcomDigi.
|
| 4. Kadar Panggilan Antarabangsa |
Pakej panggilan antarabangsa (IDD) boleh dibeli melalui aplikasi CelcomDigi. Untuk maklumat lanjut mengenai kadar IDD dan caj pembayaran mengikut penggunaan, lawati Bantuan CelcomDigi. |
| 5. Keutamaan Penggunaan Data |
Internet mudah alih anda akan digunakan berdasarkan keutamaan berikut bergantung kepada bucket Internet yang ada: - Kuota daripada sebarang pemberian percuma promosi/ freebies
- Kuota daripada tambahan Internet (pembelian satu kali)
- Kuota daripada tambahan Internet dengan kontrak (bulanan berulang)
- Kuota asas daripada pakej
|
Nota Penting:
- Sebarang pembelian Kandungan Mudah Alih VAS dan/ atau OTT, contohnya Video Walla, Add On, Kandungan (CMT/ Permainan/ Aplikasi), IDD, Perantauan, Perkongsian Kredit, dan sebagainya tidak termasuk dalam dasar komitmen penggunaan dan tertakluk kepada terma dan syarat VAS dan/ atau Kandungan Mudah Alih OTT yang berkenaan.
- Sebarang kuota Internet yang tidak digunakan akan terbatal pada bulan kitaran bil anda yang baru.
- Jika anda telah menggunakan sepenuhnya data Internet yang diperuntukkan, anda masih boleh menikmati akses Internet pada kelajuan 64Kbps sehingga 15GB.
- Setelah anda telah menggunakan sepenuhnya hotspot percuma, ia akan diperbaharui dalam kitaran bil seterusnya.
- Semua pelanggan sedia ada pelan MEGA termasuk MEGA Family Line tidak akan dinaik taraf secara automatik kepada tawaran baru. Naik taraf ke pelan MEGA baru atas kehendak anda sendiri melalui saluran yang tersedia.