Celcom Postpaid 4G+5G QTU

1. Apakah 4G+5G Quota Top Up (QTU)?

4G+5G QTU adalah tambahan internet yang akan memberikan anda tambahan Kuota 4G & 5G di atas kuota asas anda untuk memastikan anda mempunyai pengalaman tanpa gangguan dengan rangkaian 5G.

 

2. Bolehkah saya menggunakan kuota 4G+5G di kawasan liputan 4G dan 5G?

Ya, kuota data yang diperuntukkan boleh digunakan di kedua-dua kawasan liputan 4G dan 5G.

 

3. Apabila kuota 4G+5G saya habis, bolehkah saya menggunakan kuota internet sedia ada di kawasan liputan 5G?

Ya, selagi 4G+5G QTU anda masih aktif, semua kuota yang anda perolehi boleh digunakan di kedua-dua kawasan liputan 4G dan 5G, bergantung kepada kawasan liputan yang anda berada.

 

4. Bagaimanakah saya boleh menyemak sama ada pelan saya layak untuk 4G+5G QTU?

4G+5G QTU Harga Pelan Yang Layak
10GB (4G+5G) RM10
  • MEGA™ Family Line Lightning
  • XPAX Postpaid™ 40
  • XP Lite™ Plan with M Pass
30GB (4G+5G) RM20
  • MEGA™ Family Line Lightning
  • XPAX Postpaid™ 40
  • XP Lite™ Plan with M Pass
60GB (4G+5G) RM10
  • XPAX Postpaid™ 60
  • XP Lite™ Plan with L Pass
  • MEGA™ 80
90GB (4G+5G) RM10
  • MEGA™ 98 Lightning
  • MEGA™ 128 Lightning
  • MEGA™ 158 Lightning
  • MEGA™ 188 Lightning
  • MEGA™ Lightning with M Pass
  • MEGA™ Lightning with M+ Pass
  • MEGA™ Lightning with L Pass
  • MEGA™ Lightning with L+ Pass
  • MEGA™ Lightning with XL Pass

 

5. Bagaimanakah cara untuk melanggan 4G+5G QTU?

Anda boleh melanggan 4G+5G QTU melalui aplikasi CelcomDigi. Anda akan menerima SMS setelah langganan anda berjaya. 

Jika anda melanggan pada pertengahan kitaran bil anda, anda akan dikenakan dengan bayaran penuh langganan

 

6. Adakah saya perlu melanggan semula 4G+5G QTU pada bulan seterusnya? 

QTU akan diperbaharui secara automatik untuk anda setiap bulan mengikut kitaran bil anda. Anda akan menerima SMS setelah pembaharuan automatik berjaya. 

 

7. Bolehkah saya menghentikan pembaharuan automatik selepas melanggan?

Anda boleh menghentikan pembaharuan automatik di aplikasi CelcomDigi kami dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Buka aplikasi CelcomDigi, dan klik tab 'Pelan Saya'

Langkah 2: Di halaman 'Pelan Saya', klik 'Langganan Internet'

Langkah 3: Pilih QTU yang anda ingin hentikan pembaharuan automatik dan matikannya

Langkah 4: Sahkan pembatalan langganan.

 

8. Saya menggunakan Celcom Mega 80 dan melanggan 10GB(4G+5G) QTU di pertengahan kitaran bil saya, adakah saya akan dikenakan bayaran penuh RM10?

Ya, anda akan dikenakan bayaran penuh RM10.

Share this article
Copy link