Bagaimanakah cara untuk mendaftar dan log masuk ke aplikasi CelcomDigi?

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menyediakan akaun anda buat kali pertama, serta untuk mengesahkan dan memastikan profil anda selamat.


Langkah 1: Daftar menggunakan nombor telefon anda

Anda kini boleh mengakses semua transaksi utama dan ganjaran eksklusif:

  • Semak maklumat akaun anda
  • Tambah nilai talian anda
  • Langgan add-on
  • Buat pembayaran bil



Langkah 2: Tingkatkan profil anda dengan Single Sign-On dan pengesahan identiti (eKYC)

Pengesahan identiti penting untuk melindungi data peribadi anda. Setelah langkah ini selesai, anda boleh:

  • Menguruskan talian keluarga anda
  • Melanggan pengebilan automatil
  • Membuat perubahan pada kad pembayaran yang disimpan

Pengesahan akaun yang lengkap memastikan hanya pemegang akaun yang disahkan boleh mengakses profil, dan membolehkan log masuk yang lebih pantas dan selamat pada masa hadapan. Ketahui lebih lanjut tentang kepentingan eKYC atau pengesahan akaun penting dan cara melakukannya dengan betul.



Langkah 3: Ingat kaedah log masuk anda

Setelah identiti anda disahkan, sila log masuk menggunakan kaedah yang sama (media sosial, MyDigital ID, atau emel).

Jika anda tidak dapat mengakses ciri tertentu, kemungkinan anda belum log masuk ke profil yang disahkan. Log keluar dan log masuk semula menggunakan kaedah log masuk yang disahkan untuk mendapatkan akses penuh semula.
Share this article
Copy link