Saluran | Butiran |
Tambah Nilai Automatik melalui Aplikasi CelcomDigi
| Langkah 1: Di halaman utama, klik ‘Lihat Semua’ di bawah bahagian ‘Keperluan Anda’, kemudian, pilih ‘Tambah Nilai Automatik’

Langkah 2: Aktifkan pilihan ‘Tambahan Nilai Automatik Bulanan’

Langkah 3: Pilih tarikh dan jumlah tambah nilai bulanan anda untuk melengkapkan tetapan.
|
| Aplikasi CelcomDigi | Tambah Nilai untuk Diri Saya
Langkah 1: Di halaman utama, pilih ‘Tambah Nilai’

Langkah 2: Pilih jumlah tambah nilai dan klik ‘Seterusnya’

Langkah 3: Pilih kaedah pembayaran dan klik ‘Seterusnya’ untuk melengkapkan pembayaran.

Tambah Nilai bagi Pihak Orang Lain
Langkah 1: Di halaman utama, klik ‘Lihat Semua’ di bawah bahagian ‘Keperluan Anda’. Seterusnya, pilih ‘Tambah Nilai untuk Nombor Lain’

Langkah 2: Pilih atau masukkan nombor telefon yang anda ingin tambah nilai
Langkah 3: Pilih jumlah tambah nilai dan klik 'Seterusnya’
Langkah 4: Pilih kaedah pembayaran dan klik ‘Seterusnya’ untuk melengkapkan pembayaran.
|
Laman Web CelcomDigi | Langkah 1: Pergi ke laman web CelcomDigi Langkah 2: Klik 'Tambah Nilai Prabayar' Langkah 3: Masukkan nombor telefon anda Langkah 4: Pilih jumlah tambah nilai Langkah 5: Teruskan dengan pembayaran. |
Kiosk CelcomDigi | Cari Kiosk CelcomDigi terdekat dan ikuti langkah-langkah yang dipaparkan di skrin untuk membeli tambah nilai. |
e-Dompet atau e-Dagang | Tambahan nilai boleh dibuat di platform berikut: - Grab
- Shopee
- Lazada
- Boost
- Touch 'n Go eWallet
- Z City
|
Kedai CelcomDigi | Kunjungi Kedai CelcomDigi terdekat untuk tambah nilai. |
Perbankan dalam Talian | Bank-bank utama di Malaysia seperti Maybank dan CIMB biasanya menawarkan ciri ini dalam aplikasi perbankan mereka. Sila semak aplikasi perbankan pilihan anda untuk tambah nilai akaun prabayar anda. |
Tambah Nilai melalui PIN | Anda boleh tambah nilai dengan menggunakan PIN dari kad tambah nilai prabayar Celcom atau Digi, kupon atau baucar. Setiap PIN mengandungi 15-digit nombor PIN. 1. Aplikasi CelcomDigi: CelcomDigi Langkah 1: Pada laman utama, pilih 'Semua Perkhidmatan' Langkah 2: Pilih 'Pin Tambah Nilai' Langkah 3: Pilih a. 'Tambah Nilai untuk Saya sendiri', masukkan nombor pin atau b. 'Tambah Nilai untuk Nombor Lain', masukkan nombor telefon dan nombor pin Langkah 4: Klik 'Seterusnya'
2. UMB (Celcom dan Digi) - Dail *122*<nombor PIN 15-digit>#
Nota: Tambah nilai melalui kod UMB *123# masih tersedia untuk tambah nilai PIN Digi sehingga diberitahu.
|