Plans
Link 1
Link 2
Link 3
Mudah alih
Roaming bila melancong
Merantau dengan PrepaidMerantau dengan PostpaidUmrahLawat MalaysiaPanduan perantauanInspire
Link 1
Link 2
Di rumah
1. Apakah peraduan konsert KL Headline Season?
Peraduan konsert KL Headline Season ialah kerjasama istimewa antara Live Nation dan CelcomDigi yang memberi peluang kepada pelanggan yang layak untuk memenangi dua (2) tiket konsert Live Nation bagi konsert yang berlangsung di bawah kalendar KL Headline Season.
2. Bilakah tempoh peraduan berlangsung?
Peraduan ini berlangsung dari 17 Ogos 2026 hingga 25 Oktober 2026 dan akan dijalankan dalam tiga (3) pusingan. Setiap pusingan mempunyai tempoh transaksi kelayakan yang tersendiri.
Untuk menyertai peraduan, anda hanya perlu melengkapkan transaksi yang layak dan menghantar penyertaan peraduan dalam tempoh transaksi kelayakan bagi pusingan yang ingin anda sertai.
Pusingan | Hadiah Konsert | Tempoh Transaksi Kelayakan |
Pusingan 1 |
| 17 Ogos 2026 hingga 30 Ogos 2026 *Konsert yang dijadualkan pada 27 September 2026 tidak akan diteruskan seperti yang dirancang, susulan makluman daripada Live Nation. Peserta yang layak akan dihubungi oleh CelcomDigi untuk mendapatkan maklumat lanjut. |
Pusingan 2 |
| 31 Ogos 2026 hingga 27 September 2026 |
Pusingan 3 |
| 28 September 2026 hingga 25 Oktober 2026 |
3. Konsert manakah yang boleh saya menangi tiket?
Peserta yang layak berpeluang memenangi dua (2) tiket konsert Live Nation untuk salah satu konsert berikut:
*Hadiah tiket konsert adalah tertakluk kepada ketersediaan tiket.
4. Bagaimanakah cara untuk menyertai peraduan?
Langkah 1: Lengkapkan transaksi kelayakan
Belanja RM20 atau lebih untuk mana-mana pelan CelcomDigi yang layak dan lengkapkan salah satu transaksi yang layak berikut dalam tempoh transaksi kelayakan bagi pusingan yang ingin anda sertai:
Langkah 2: Hantar penyertaan peraduan anda
Selepas melengkapkan transaksi yang layak, hantar penyertaan peraduan anda melalui celcomdigi.com/livenationmy.
Penting: • Nombor mudah alih yang digunakan dalam penyertaan peraduan mestilah sama dengan nombor mudah alih yang digunakan untuk melengkapkan transaksi yang layak. • Pastikan anda menghantar penyertaan dalam tempoh transaksi kelayakan bagi pusingan yang ingin anda sertai.
5. Bagaimanakah saya boleh mengetahui jika saya layak?
Peserta yang layak dan telah berjaya melengkapkan salah satu transaksi yang layak serta menghantar penyertaan peraduan akan menerima mesej WhatsApp daripada CelcomDigi selepas setiap pusingan tamat.
6. Apakah yang perlu saya lakukan selepas menerima mesej WhatsApp?
Anda hanya perlu memilih jawapan yang betul bagi soalan yang diberikan dalam mesej WhatsApp tersebut untuk melayakkan diri bagi peluang memenangi tiket konsert.
7. Bagaimana jika saya tersilap memilih jawapan dalam mesej WhatsApp?
Setelah jawapan dihantar, anda tidak boleh meminda atau menukar jawapan tersebut. Sila pastikan anda memilih jawapan yang betul sebelum menghantarnya.
8. Bagaimanakah pemenang dipilih?
Pemenang yang disenarai pendek akan dipilih berdasarkan:
9. Bolehkah saya menyertai atau memenangi peraduan lebih daripada sekali?
Setiap peserta yang layak hanya boleh memenangi satu (1) hadiah tiket konsert bagi setiap pusingan.
10. Bilakah saya akan tahu jika saya terpilih sebagai pemenang peraduan?
Jika anda terpilih sebagai pemenang peraduan, anda akan menerima panggilan telefon daripada 010-2011423 (wakil rasmi CelcomDigi) selepas setiap pusingan tamat. Sebanyak tiga (3) percubaan panggilan akan dibuat. Jika pemenang yang disenarai pendek tidak menjawab selepas percubaan panggilan ketiga, dua (2) tiket konsert Live Nation tersebut akan dibatalkan.
11. Bagaimanakah cara untuk menebus tiket konsert saya?
Anda dikehendaki mengambil tiket konsert sendiri di lokasi, tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Maklumat mengenai pengambilan tiket akan dikongsikan kepada anda melalui panggilan telefon dan WhatsApp.
12. Untuk pengambilan tiket secara fizikal, bolehkah orang lain mengambil tiket konsert bagi pihak saya?
Tidak. Pemenang peraduan mesti mengambil tiket konsert sendiri di lokasi, tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
Untuk tujuan pengesahan dan penebusan tiket, pemenang perlu mengemukakan:
13. Bolehkah saya memindahkan atau menukar tiket konsert?
Tidak. Tiket konsert tidak boleh dipindah milik atau ditukar.