Apa yang perlu saya lakukan jika pemindahan masuk/ port-in saya ke CelcomDigi gagal?

Sekiranya permintaan pemindahan masuk/ port-in anda ke CelcomDigi gagal, sila semak sebab penolakan yang diberikan melalui SMS daripada penyedia perkhidmatan semasa anda. Rujuk jadual di bawah untuk langkah-langkah yang perlu diambil dan kemukakan semula permintaan pemindahan masuk/ port-in anda mengikut panduan yang diberikan.


•  Untuk mengemukakan semula permintaan pemindahan masuk/ port-in anda secara dalam talian, sila klik di sini. 
• Dalam sesetengah kes, penolakan mungkin memerlukan anda mengunjungi ke kedai kami. Klik di sini untuk mencari Celcom bluecube/ Digi Store terdekat.
• Jika anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi perkhidmatan pelanggan.


Sebab Penolakan

Langkah seterusnya

Anda/ talian tambahan anda tidak membalas SMS pengesahan pemindahan keluar / port-out yang dihantar daripada penyedia perkhidmatan semasa anda.

Nota: Untuk penolakan kali pertama pemindahan masuk / port-in ke Digi atas sebab ini, permintaan anda akan dihantar semula secara automatik.
  • Hantar semula permintaan pemindahan masuk / port-in anda secara dalam talian atau hubungi perkhidmatan pelanggan.
  • Anda akan menerima SMS pengesahan pemindahan keluar / port-out yang baru. Sila balas seperti yang diarahkan dalam SMS dalam tempoh yang ditetapkan. Sila rujuk contoh balasan di bawah:

Maxis

U Mobile

Celcom & Digi

PortOut Yes 601XXXXXXX

Confirm PortOut <601xxxxxxxx>

PortOut YES 601XXXXXXX

Anda mempunyai bil tertunggak atau telah melebihi had kredit dengan penyedia perkhidmatan semasa anda.

  • Sila bayar sebarang jumlah tertunggak dengan penyedia perkhidmatan anda sekarang, kemudian hantar semula permintaan pemindahan masuk / port-in anda secara dalam talian atau hubungi perkhidmatan pelanggan.

Anda mempunyai kontrak yang aktif dengan penyedia perkhidmatan semasa anda.

  • Sila hubungi penyedia perkhidmatan semasa anda untuk membatalkan kontrak anda dan menyelesaikan sebarang denda (jika ada), kemudian hantar semula permintaan pemindahan masuk / port-in anda secara dalam talian atau hubungi perkhidmatan pelanggan.
  • Secara alternatif, anda boleh menunggu sehingga kontrak anda tamat, kemudian hantar semula permintaan anda melalui CelcomDigi Online Store atau di Celcom bluecube / Digi Store terdekat.

Butiran pengenalan anda tidak tepat atau tidak lengkap (contohnya: Nama, Nombor MyKad/ Pasport, Nombor Telefon Bimbit, ID Polis/ Tentera, dll).

  • Kunjungi Celcom bluecube/ Digi Store terdekat untuk menghantar semula permintaan anda dengan butiran yang betul.
  • Secara alternatif, jika anda telah menghantar permintaan pemindahan masuk / port-in anda ke Digi secara dalam talian, anda boleh menghantarnya semula permintaan tersebut melalui MyDigi dengan butiran yang betul.

Talian utama/ talian tambahan semasa anda tidak lagi aktif.

  • Sila hubungi penyedia perkhidmatan semasa anda untuk mengaktifkan semula talian anda, kemudian hantar semula permintaan pemindahan masuk / port-in anda secara dalam talian atau hubungi perkhidmatan pelanggan.

Anda memasukkan nombor dari penyedia perkhidmatan mudah alih yang berbeza dalam satu permintaan.

  • Kunjungi Celcom bluecube/ Digi Store terdekat untuk hantar semula permintaan anda dengan maklumat yang betul. 
  • Secara alternatif, jika anda telah menghantar permintaan pemindahan masuk / port-in anda kepada Digi dalam talian, anda boleh menghantarnya semula permintaan tersebut melalui MyDigi dengan butiran yang betul.

Anda tidak memindah masuk / port-in semua talian tambahan anda.

  • Kunjungi Celcom bluecube/ Digi Store terdekat dan pindah masuk / port-in semua talian tambahan anda.

Talian semasa anda bukan talian utama/ principal.
 

  • Sila tukar talian anda kepada talian utama dengan penyedia perkhidmatan semasa anda, kemudian hantar semula permintaan pemindahan masuk / port-in anda secara dalam talian atau hubungi perkhidmatan pelanggan.
Share this article
Copy link