Notis: Penaiktarafan Sistem Berjadual CelcomDigi pada 25 November 2025

Diubah suai pada Thu, 20 Nov pada 10:20 PG

Makluman Terkini: Kerja penaiktarafan sistem CelcomDigi pada 18 November telah selesai dan semua perkhidmatan berikut telah dipulihkan. 


Ini adalah notis penting untuk pelanggan CelcomDigi. 

Kami akan menjalankan usaha menaik taraf sistem bermula 11:30 malam pada 25 November (sehingga 24 jam) untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik. 

Sepanjang tempoh ini, anda akan kekal terhubung kerana perkhidmatan panggilan suara, SMS dan Internet kekal tersedia. Anda juga boleh terus membuat pembayaran bil, tambah nilai dan membeli pas tambahan dengan mudah. Muat turun aplikasi baharu CelcomDigi untuk akses segera dan mudah kepada kesemua perkhidmatan ini. 

Walau bagaimanapun, beberapa saluran dan perkhidmatan tidak akan tersedia buat sementara waktu. Anda dinasihatkan untuk merancang aktiviti lebih awal bagi memastikan pengalaman yang lancar.


Ketersediaan saluran semasa penaiktarafan sistem berjadual:

Saluran Tersedia

Saluran Tidak Tersedia

  • Laman web CelcomDigi
  • Aplikasi CelcomDigi
  • Aplikasi MyDigi
  • Kiosk CelcomDigi
  • Perbankan Dalam Talian (Online Banking)
  • UMB/USSD
  • Tambah nilai e-dagang (E-commerce)
  • Aplikasi Celcom Life
  • Kedai Dalam Talian (Online Shop) CelcomDigi


Ketersediaan perkhidmatan di kedai CelcomDigi semasa penaiktarafan sistem berjadual:

Transaksi Tersedia

Transaksi Tidak Tersedia

  • Tambah nilai
  • Pembayaran bil
  • Pembelian pas perantauan & pas tambahan
  • Pendaftaran baharu
  • Penukaran Pelan
  • Penamatan talian
  • Pindah milik talian
  • Penukaran lokasi (relocation) Fiber
  • Penggantian kad SIM


Bagi perkhidmatan port-in dan port-out (Mobile Number Portability):


  • Semasa penaiktarafan sistem pada 25 November: Perkhidmatan MNP tidak akan tersedia dari 23 hingga 26 November 2025 bagi pelanggan korporat; dan 25 hingga 26 November 2025 bagi semua pelanggan lain. Perkhidmatan port-in, port-out dan penghantaran semula permintaan akan disambung semula pada 27 November 2025.


Terima kasih atas kesabaran anda.


Penting: Sentiasa berwaspada terhadap penipuan. CelcomDigi tidak akan meminta OTP atau maklumat sensitif melalui panggilan atau mesej berkaitan penaiktarafan sistem ini. Jika anda menerima panggilan atau mesej sedemikian, sila abaikan dan laporkan kepada CelcomDigi.

Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut