Helaian Pendedahan Produk Spark
Diubah suai pada Wed, 24 Jun pada 3:32 PTG
Maklumat Produk: Spark ialah pelan langganan mudah alih serba digital baharu daripada CelcomDigi, berasaskan eSIM, yang direka untuk menawarkan kesalinghubungan yang ringkas, telus dan fleksibel. Dengan pelan berasaskan langganan bermula serendah RM12 sebulan, Spark menyediakan pilihan berasaskan data yang meluas pada rangkaian 4G dan 5G, digabungkan dengan minit panggilan suara, semuanya diuruskan secara digital melalui aplikasi Spark.
Tarikh Kuat Kuasa: 25 Jun 2026
Butiran Produk:
Spark menawarkan pelan langganan bulanan dengan kuota data tetap dan minit panggilan yang disertakan. Pelan diperbaharui secara automatik setiap 30 hari, dengan caj ditolak daripada kaedah pembayaran Spark berdaftar anda.
Pelan mudah alih
| Pelan | Data | Panggilan Suara | Add-On | Harga (RM) | Tempoh Sah |
|---|---|---|---|---|---|
| Spark Lite | 3GB (4G) | - | - | RM12 | 30 hari |
| Spark First* | 20GB (4G/5G) | 100 minit | - | RM15 | 30 hari |
| Spark First – Bola Unlimited | 20GB (4G/5G) | 100 minit | Penstriman RTMKlik Tanpa Had | RM18 | 30 hari |
| Spark Standard | 80GB (4G/5G) | 300 minit | - | RM25 | 30 hari |
| Spark Standard – Bola Unlimited | 80GB (4G/5G) | 300 minit | Penstriman RTMKlik Tanpa Had | RM28 | 30 hari |
| Spark Plus | 400GB (4G/5G) | 1000 minit | - | RM65 | 30 hari |
*Terpakai hanya untuk satu (1) nombor bagi setiap akaun yang didaftarkan pada atau selepas 25 Jun 2026.
Add-On Booster: Bila-bila masa
Spark Booster memberi anda fleksibiliti untuk menambah lebih data, panggilan, atau SMS bila-bila masa melalui aplikasi Spark. Booster tidak diperbaharui secara automatik, boleh dibeli berulang kali, dan mengikut tempoh sah pelan semasa anda.
Kategori | Kuota | Harga |
Internet Pantas | 1GB | RM1 |
Internet Pantas | 3GB | RM3 |
Internet Pantas | 10GB | RM5 |
Internet Pantas | 25GB | RM10 |
Internet Pantas | 100GB | RM30 |
Panggilan | 30 Mins | RM1 |
Panggilan | 500 Mins | RM5 |
SMS | 50 SMS | RM1 |
SMS | 1000 SMS | RM3 |
Bola Passes - Promosi Masa Terhad
Pass | Harga | Tempoh Sah | Hotspot | Kegunaan |
999GB Bola Match Pass | RM3 | 3 Jam | Ya | Penggunaan data mudah alih dan hotspot |
100GB Bola Match Pass | RM2 | 3 Jam | Tidak | Penggunaan data mudah alih sahaja |
Bola Unlimited Pass | RM8 | Mengikut tempoh sah pelan asas | Tidak | Penstriman RTMKlik tanpa had |
Caj & Pembayaran
1. Bagaimanakah pembayaran berfungsi?
Pelan Spark diperbaharui secara automatik setiap 30 hari, dengan caj dikenakan pada kad kredit/debit berdaftar anda (Visa/Mastercard).
2. Apakah yang akan berlaku jika pembayaran gagal?
Jika kad anda tidak sah atau baki tidak mencukupi, langganan anda akan disekatan.
3. Apakah kaedah pembayaran lain yang boleh digunakan?
Untuk pembelian pelan sekali atau Booster, anda juga boleh membayar melalui:
- eWallet: Boost, Touch ‘n Go, GrabPay, Alipay
- Perbankan Dalam Talian (FPX)
- Kad Kredit/Debit
Cara untuk Mendaftar ke Spark
- Muat turun Aplikasi Spark melalui Google Play Store, Apple App Store and Huawei gallery.
- Darfar akaun menggunakan emel anda.
- Pilih pelan pilihan anda - Spark First, Lite, Standard, or Plus.
- Aktifkan eSIM anda serta-merta melalui aplikasi Spark.
Kitaran Hayat Spark
Status Kitaran Hayat | Penerangan |
Tempoh Aktif | Perkhidmatan Spark anda aktif sebaik sahaja Pelan Mudah Alih dibeli, memberikan 30 hari akses panggilan dan internet. |
Tempoh Tangguh | Apabila pelan anda tamat, perkhidmatan anda memasuki Tempoh Tangguh selama 60 hari. Anda masih boleh menerima panggilan masuk dan SMS, tetapi tidak boleh membuat panggilan keluar, menghantar SMS, atau menggunakan data mudah alih. Untuk mengekalkan perkhidmatan, pelan anda mesti diperbaharui dalam tempoh ini. |
Penamatan | Jika tiada pembaharuan dibuat pada akhir Tempoh Tangguh, perkhidmatan Spark anda akan ditamatkan secara automatik dan nombor tersebut tidak boleh diaktifkan semula. Anda perlu melanggan nombor baharu sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan semula. |
Keutamaan Penggunaan Data
Internet anda akan digunakan mengikut susunan keutamaan berikut:
- Quota Percuma (contohnya data promosi/bonus)
- Bola Passes
- Langganan kuota bulanan (termasuk sebarang Booster yang dibeli)
Adakah artikel ini membantu?
Itu Hebat!
Terima kasih atas maklum balas anda
Maaf! Kami tidak dapat membantu
Terima kasih atas maklum balas anda
Maklum balas dihantar
Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut