Soalan Lazim: Pek Permulaan CelcomDigi Prepaid 5G Biru

Diubah suai pada Fri, 1 Mar, 2024 pada 10:01 PG

1. Apakah yang saya dapat dengan Pek Permulaan CelcomDigi Prepaid 5G Biru?

CelcomDigi Prepaid 5G Biru ialah RM10, dan anda akan mendapat 3GB (5G/4G) + Internet Tanpa Had (1Mbps) dengan tempoh sah selama 3 hari selepas pengaktifan pek berjaya.

 

2. Saya telah melakukan transaksi tambah nilai RM10 dan RM30 pada masa yang sama. Berapa lamakah tempoh sah yang ada?

Tempoh sah akan dilanjutkan bermula dari tarikh transaksi tambah nilai yang berjaya. Tempoh sah tidak terkumpul/bertindih.  

 

Contoh:

Anda melakukan tambah nilai RM10 dan RM30 pada 1 Mac 2024: Tempoh sah baharu anda ialah 30 hari dari hari tambah nilai, 31 Mac 2024.

 

3. Di manakah saya boleh mendaftar untuk CelcomDigi Prepaid 5G Biru?

Anda boleh melawat ke mana-mana Celcom bluecube atau pengedar yang sah. Pek ini juga tersedia melalui Celcom Online Shop.

 

4. Bagaimanakah cara untuk saya melakukan pendaftaran sendiri bagi mengaktifkan Pek Permulaan CelcomDigi Prepaid 5G Biru saya?

Sila pastikan pek permulaan dan kad pengenalan telah tersedia.

Langkah 1: Lancarkan aplikasi Celcom Life

Langkah 2: Pilih 'Self Registration' dan ikuti langkah seterusnya untuk mengaktifkan pek anda.

 

5. Bagaimanakah cara untuk menyemak nombor Prepaid di bawah akaun saya?

Semak nombor Prepaid Celcom anda melalui SMS:

MYNUMBER <ruang> Nombor MyKad ke 28882.


Anda juga boleh menyemak melalui aplikasi Celcom Life.

Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut