Soalan Lazim: Pelan CelcomDigi Prepaid 5G Biru

Diubah suai pada Fri, 01 Mar 2024 pada 10:01 AM

1. Apakah itu Pelan CelcomDigi Prepaid 5G Biru yang baharu?

CelcomDigi Prepaid 5G Biru ialah pelan baharu yang menawarkan pelanggan lebih kuota untuk pas tanpa had dan Internet pantas. Pas ini terdapat dalam Pas Internet harian, mingguan dan bulanan.

 

2. Bagaimanakah cara melanggan dan menyemak Pas Internet mudah alih saya?

Anda boleh membeli mana-mana perkhidmatan langganan, semak, dan urus akaun anda melalui aplikasi atau dail *118*2#.

 

3. Adakah pelanggan XPAX Prepaid sedia ada layak untuk melanggan Pas Internet baharu?

Tidak, hanya pelanggan CelcomDigi Prepaid 5G Biru layak untuk melanggan Pas Internet baharu ini. Walau bagaimanapun, pelanggan XPAX Prepaid sedia ada boleh menukar ke pelan baharu dengan mendail *118*1*6# melalui UMB atau mana-mana kedai pengedar Celcom atau Digi yang sah.

 

4. Jika saya ialah pelanggan Digi, bolehkah saya memindah / COP (Change of Plan) ke CelcomDigi Prepaid 5G Biru?

Anda tidak boleh COP ke CelcomDigi Prepaid 5G Biru. Walau bagaimanapun, anda boleh port-in ke penyedia perkhidmatan mudah alih baharu (Celcom) sambil mengekalkan nombor mudah alih sedia ada anda.

 

5. Apakah faedah Pas Internet baharu? 

  • Pas bulanan disertakan dengan ciri auto kekal. Rujuk Soalan Lazim: CelcomDigi Prepaid 5G Pembaharuan Automatik untuk maklumat lanjut.
  • Pas Internet disertakan dengan data tanpa had pada rangkaian 5G, Internet pantas dan panggilan tanpa had untuk semua rangkaian.
  • Pelbagai pas Internet bermula daripada RM1.
  • Pas Internet eksklusif yang disertakan dengan VIU atau iQIYI.

 

6. Mengapakah saya tidak dapat mengakses 5G apabila saya sudah melanggan pas Internet 5G?

Pelanggan CelcomDigi Prepaid Biru harus memastikan perkara berikut untuk menggunakan Internet 5G:

  • Pelanggan mesti menggunakan peranti mudah alih yang keupayaan, disokong dan didayakan 5G dengan versi perisian kemas kini untuk mengakses dan/atau menggunakan rangkaian 5G.
  • Pelanggan mesti berada dalam kawasan liputan rangkaian 5G.
  • Pelanggan mesti mempunyai SIM berdaya 4G LTE.

 

7. Apakah keutamaan pengunaan Pas Internet Mudah Alih?

  1. Pas Internet (pantas)
  2. Pas Internet (dengan kelajuan terhad)
  3. Internet Asas (64kbps)

 

8. Apakah yang berlaku kepada kuota Internet saya yang tidak digunakan apabila langganan Pas Internet Mudah Alih saya diperbaharui?

Kuota Internet yang tidak diguna daripada langganan sebelumnya TIDAK akan dibawa ke hadapan semasa pembaharuan.

 

9. Bagaimanakah saya boleh menyemak kuota dan tempoh sah baki Internet saya?

Semak dan urus akaun anda melalui aplikasi Celcom Life atau dail *118*2*4#.

 

10. Apakah yang berlaku jika kuota Pas Internet saya digunakan sepenuhnya sebelum tarikh luput? Adakah saya akan dikenakan bayaran atas dasar bayar setiap penggunaan?

Jangan risau, semua pelan CelcomDigi disertakan dengan Internet asas 500MB (64kbps). Ini akan membolehkan anda melakukan komunikasi asas seperti panggilan VOIP dan pemesejan Internet asas. Walau bagaimanapun, berdasarkan keperluan penggunaan Internet anda, anda juga boleh membeli Kuota Tambahan atau melanggan Pas Internet Bulanan untuk pengalaman Internet yang lebih lancar.

 

11. Bilakah Pas Internet Mudah Alih Mingguan dan Bulanan saya akan tamat tempoh?

Tempoh Pas Internet Mudah Alih berbeza-beza antara jenis pas.

  • Pas Bulanan: Tempoh sah mengikuti kitaran 30 hari. Pas Bulanan akan sah sehingga 11:59 P.M. pada hari ke-30 selepas langganan berjaya.
  • Pas Sekali:
    • Pas Setiap Jam/Harian: Tempoh sah mengikut jam/minit tepat selapas langganan berjaya.
    • Pas Mingguan: Tempoh sah mengikuti kitaran 7 hari. Pas Mingguan akan sah sehingga 11:59 P.M. pada hari ke-7 selepas langganan berjaya.
  • Kuota Tambahan: Tempoh sah mengikuti kesahihan Pas Bulanan yang dilanggan.
    • Contoh 1: Pas Bulanan tamat tempoh pada 30 Jun 2024. Langgan Kuota Tambahan RM6 untuk 15GB pada 1 Jun 2024. Kuota Tambahan akan tamat pada 30 Jun 2024.
    • Contoh 2: Pas Bulanan tamat tempoh pada 30 Jun 2024. Langgan Kuota Tambahan RM6 untuk 15GB pada 15 Jun 2024. Kuota Tambahan akan tamat pada 30 Jun 2024.
Jenis Pas
Tempoh Sah
Tarikh/Masa Langganan
Tarikh/Masa Luput
Pas Bulanan
30 hari
01 Mac 2024 / 9:00 A.M.
30 Mac 2024 / 23:59 P.M.
Pas Sekali
7 hari
01 Mac 2024 / 9:00 A.M.
07 Mac 2024 / 23:59 A.M.
Pas Sekali
1 hari
01 Mac 2024 / 9:00 A.M.
02 Mac2024 / 09:00 A.M.
Pas Sekali
1 jam
01 Mac 2024 / 9:00 A.M.
01 Mac 2024 / 10:00 A.M.
Kuota Tambahan
Mengikuti Tempoh Sah Pas Bulanan

 

12. Bolehkah saya melakukan tethering/hotspot kepada peranti atau komputer lain?

Boleh. Tethering/hotspot boleh dilakukan untuk semua Pas Internet berdasarkan hotspot yang diperuntukkan.

 

13. Apakah yang akan berlaku apabila kuota hotspot saya telah digunakan sepenuhnya?

Setelah menggunakan kuota hotspot sepenuhnya, anda boleh membeli Kuota Tambahan melalui aplikasi Celcom Life atau dail *118*2*3# untuk meneruskan perkhidmatan hotspot.

 

14. Apakah pilihan Internet untuk CelcomDigi Prepaid 5G Biru?

Terdapat 3 kategori utama:

 
Pas Internet Pembaharuan Auto Bulanan 
Kuota Tambahan Pas Bulanan
Pas Sekali
Tempoh Sah
30 hari
Tempoh sah Kuota Tambahan mengikuti tempoh sah Pas Aktif Bulanan
<30 hari (setiap jam, harian, mingguan dan lain)
Sambungan Tempoh Sah Akaun dan Internet (Sentiasa Aktif)
Ya
 Tidak
Ya
Pembaharuan
Pembaharuan Automatik setiap 30 hari.
Pembaharuan Auto tidak berkenaan. Langganan sekali sahaja.
Pembaharuan Auto tidak berkenaan. Langganan sekali sahaja.
Pra-syarat
Tidak berkenaan
Mesti mempunyai langganan Internet Pembaharuan Auto Bulanan yang aktif.
Tidak berkenaan
Eksklusif
Langganan berbilang dibenarkan, namun pembaharuan pas akan mengikuti langganan pas terkini.
Fleksibiliti penuh untuk melanggan seberapa banyak kuota tambahan pada satu-satu masa.
Fleksibiliti penuh untuk melanggan seberapa banyak kuota tambahan pada satu-satu masa.
Kuota Internet
Tidak boleh digabungkan untuk Pas Internet yang sama. Boleh digabungkan dengan pembelian berbilang pas Internet bulanan yang lain pada satu-satu masa.
Boleh digabungkan dengan pembelian berbilang pada satu-satu masa.
Boleh digabungkan dengan pembelian berbilang pada satu-satu masa.


15. Adakah perkhidmatan perantauan antarabangsa diaktifkan secara automatik untuk CelcomDigi Prepaid 5G Biru?

Ya, perkhidmatan perantauan antarabangsa diaktifkan secara automatik untuk CelcomDigi Prepaid 5G Biru. Anda hanya perlu membeli pas perantauan untuk digunakan di luar negara melalui aplikasi Celcom Life atau melalui *118# (semasa di luar negara).

Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut