Penipuan Derma / Amal

Diubah suai pada Fri, 15 Mar 2024 pada 02:15 PM

Penipuan derma/amal melibatkan penipuan individu palsu yang mendakwa menyokong satu tujuan amal, dengan mengeksploitasi kemurahan hati dan kebaikan seseorang. Terdapat pelbagai cara penipuan ini dilakukan. kebiasaannya mereka menggunakan taktik kecemasan dan emosi untuk menekan mangsa membuat keputusan yang impulsif, menyebabkan mereka memberi dana tanpa melakukan penyiasatan yang sewajarnya.


Bagaimana Ia Berlaku

Scammer akan mengeksploitasi orang awam yang ingin menyokong usaha kemanusiaan seperti:

  • Bencana alam
  • Mangsa peperangan 
  • Pelarian
  • Isu potitik
  • Kanak-kanak yang sakit 
  • Kebajikan haiwan

 

  • Scammer akan membangkitkan emosi penonton dengan memuat naik gambar orang tua yang cedera, wanita dan kanak-kanak.
  • Mereka menggunakan pelbagai kaedah termasuk e-mel, mesej teks, halaman media sosial palsu atau melalui panggilan. 
  • Selepas anda memberi derma, anda boleh melihat permintaan yang berterusan daripada mereka untuk membuat lebih banyak sumbangan. Memberi sumbangan kepada satu badan amal palsu boleh mengakibatkan hubungan berterusan daripada pihak yang lain di masa akan datang. 
  • Scammer juga menghantar e-mel terima kasih untuk sumbangan yang anda tidak ingat, membuatkan anda percaya bahawa anda telah menyumbang untuk badan amal tersebut.

 

Perkara yang perlu diingat:

  • Sebelum menderma, cari badan amal itu dalam talian dan sahkan identiti peminta derma itu, untuk mengelakkan penipuan organisasi palsu.
  • Ambil masa anda, badan amal yang sah akan menghormati masa anda membuat keputusan.
  • Sokong badan amal dengan melawat laman web rasmi mereka. Abaikan panggilan, teks, atau emel yang meminta derma. 
  • Jangan kongsi butiran kewangan. Badan amal yang sah tidak meminta maklumat bank atau kad kredit melalui telefon atau emel.


Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini.


Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.

 

Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut