Perantauan dengan 5G & VoLTE

Diubah suai pada Tue, 7 Okt pada 2:23 PTG

1. Bolehkah saya menggunakan perkhidmatan 5G semasa perantauan (roaming) di luar negara?
Jika anda layak untuk mengakses perkhidmatan 5G di Malaysia, anda turut layak menggunakan perkhidmatan 5G di luar negara. Langgan mana-mana pas perantauan dan sambungkan dengan pengendali rangkaian 5G untuk menikmati 5G apabila anda sedang mengembara dengan peranti 5G anda.


2. Pengendali rangkaian 5G manakah yang menyokong perantauan 5G?
Perkhidmatan perantauan 5G kini tersedia di lebih 50 negara dan lebih banyak negara akan ditambah tidak lama lagi.


3. Bolehkah saya menggunakan 5G dengan pas perantauan Celcom / Digi?
Ya, 5G tersedia di negara dan rangkaian terpilih dengan pas perantauan Celcom / Digi. Klik di sini untuk melihat senarai penuh negara dan rangkaian yang menyokong perantauan dengan 5G.


4. Apakah perantauan VoLTE?
Panggilan perantauan VoLTE merujuk kepada panggilan perantauan suara yang dibuat melalui LTE. Untuk menggunakan VoLTE semasa perantauan, pastikan anda memilih operator rangkaian pilihan VoLTE kami dengan peranti VoLTE terpilih.

5. Peranti apakah yang disokong?
Semua peranti mudah alih terkini yang dijual melalui kedai pengeluar rasmi di Malaysia diaktifkan dengan VoLTE. Sebagai alternatif, semak dengan pengeluar telefon anda untuk mengesahkan keserasian VoLTE.


6. Berapakah kadar bayaran akan dikenakan jika saya menggunakan VoLTE dengan perantauan?
Panggilan VoLTE dicaj mengikut kadar panggilan perantauan semasa, tiada caj tambahan untuk VoLTE.


Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut