Apakah yang saya perlu tahu berkaitan VoLTE?

Diubah suai pada Fri, 08 Mar 2024 pada 11:09 AM

VoLTE dikenali sebagai suara melalui LTE yang membolehkan pelanggan menikmati panggilan suara berkualiti tinggi dengan hampir tiada bunyi latar belakang. Dengan mengaktifkan VoLTE pada peranti anda, anda akan menikmati:

  • Kualiti suara Definisi Tinggi (HD) 
  • Masa persediaan panggilan yang lebih cepat
  • Layari dan bercakap pada masa yang sama dalam rangkaian 4G LTE


Kelayakan

Semua pengguna Celcom dan Digi Postpaid dengan model peranti VoLTE yang layak. 


Aktifkan VoLTE

VoLTE akan diaktifkan secara automatik apabila telefon pintar anda disambungkan ke rangkaian 4G LTE. Sila pastikan telefon pintar anda dikemas kini ke perisian terkini. Kemudian, ikuti langkah-langkah ini untuk mengaktifkan VoLTE:


iOS

Pergi ke 'Tetapan' > 'Selular' > 'Pilihan Data Selular' > Aktifkan 4G > Pilih 'Suara & Data'.


Untuk memeriksa sama ada VoLTE telah diaktifkan: Pergi ke 'Tetapan' > 'Umum' > 'Perihal' > Ketik pada 'Pembawa' > ia akan bertukar kepada Status 'Suara & SMS'.


Android

  • Jika peranti telah disahkan VoLTE, ia akan dihidupkan secara automatik. 
  • Sila rujuk kepada pengeluar peranti untuk maklumat lanjut.
Nota: Jika VoLTE dilmatikan, anda akan mengalami gangguan dan kualiti audio yang rendah kerana panggilan akan beroperasi dalam rangkaian 2G.


Caj

Tiada caj tambahan untuk menggunakan VoLTE. Anda hanya perlu membayar caj panggilan suara biasa mengikut pelan anda. 


Penggunaan Data

Servis VoLTE tidak menggunakan kuota Internet mudah alih sedia ada anda. 


Perantauan dengan VoLTE

VoLTE boleh digunakan semasa merantau. 


Senarai Peranti yang Disokong


Jika anda memerlukan bantuan lanjut, sila kemukakan pertanyaan anda kepada kami.

Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut