Plans
Link 1
Link 2
Link 3
Mudah alih
Roaming bila melancong
Merantau dengan PrepaidMerantau dengan PostpaidUmrahLawat MalaysiaPanduan perantauanInspire
Link 1
Link 2
Di rumah
Umum
1. Apakah itu StreamMORE Family Bundle?
StreamMORE Family Bundle adalah add-on untuk pelanggan CelcomDigi Postpaid yang memberikan akses kepada pelbagai perkhidmatan penstriman keluarga dan hiburan dalam satu langganan, berserta dengan kuota Internet tambahan.
2. Apakah yang termasuk dalam StreamMORE Family Bundle?
Bundle ini termasuk:
3. Siapakah yang boleh melanggan bundle ini?
StreamMORE Family Bundle tersedia untuk semua pelanggan CelcomDigi Postpaid, kecuali:
4. Apakah akses yang saya akan dapat dengan perkhidmatan penstriman ini?
Anda akan menikmati akses bagi semua perkhidmatan penstriman yang disertakan seperti berikut:
a. Disney+ (Premium)
| Akses | |
| Tonton semua tajuk Disney+ | ✓ |
| Muat turun kandungan terpilih | ✓ |
| Profil | Sehingga 7 |
| Penstriman Serentak | 3 |
| Log masuk peranti maksimum | 10 |
| Kualiti Video maksimum | Sehingga 4K |
| Peranti yang serasi | Telefon, Tablet, Komputer Riba, TV |
| Pautan bantuan | Disney+ Helpdesk |
| Versi Terkini | 28 Mei 2026 |
b. sooka (Premium)
| Akses | |
| Iklan | x |
| Sukan | ✓ |
| Rancangan TV, Filem & Siaran Langsung | ✓ |
| Peranti Serentak | 3 Peranti |
| Log masuk peranti maksimum | 4 |
| Resolusi | 1080p Full HD |
| Peranti yang serasi | Telefon Pintar, Tablet, Komputer dan TV |
| Pautan bantuan | sooka Help Center |
| Versi Terkini | 28 Mei 2026 |
c. Viu (Premium)
| Akses | |
| Iklan | x |
| Bilangan peranti | Strim sehingga 5 peranti |
| Akses kandungan | Akses penuh |
| Viu Originals eksklusif | ✓ |
| Akses awal | ✓ |
| Filem | ✓ |
| Muat turun tanpa had | ✓ |
| Peranti serasi | Telefon, Tablet, Laptop/PC, Smart TV |
| Pautan bantuan | Viu Help Centre |
| Versi Terkini | 28 Mei 2026 |
Langganan
5. Bagaimanakah cara untuk melanggan?
Anda boleh melanggan melalui:
6. Bolehkah saya melanggan lebih daripada satu StreamMORE Bundle?
Ya, anda boleh melanggan lebih daripada satu StreamMORE Bundle selagi perkhidmatan penstriman yang disertakan tidak bertindih (overlap).
Jika anda melanggan bundle lain yang mengandungi perkhidmatan penstriman yang sama seperti bundle sedia ada, langganan semasa anda akan diganti serta-merta. Bundle baru akan berkuat kuasa serta-merta dan tiada bayaran balik akan diberikan untuk sebarang tempoh yang tidak digunakan.
Contoh:
Jika anda sudah mempunyai StreamMORE Asian Bundle dan melanggan StreamMORE Family Bundle (yang juga mengandungi Viu), StreamMORE Asian Bundle anda akan digantikan dengan StreamMORE Family Bundle serta-merta.
7. Pelan saya sudah disertakan dengan perkhidmatan penstriman. Adakah saya masih boleh melanggan bundle ini?
Ya, anda masih boleh melanggan. Namun, anda hanya boleh memilih bundle yang tidak mengandungi perkhidmatan penstriman yang sama seperti yang sudah disertakan dalam pelan anda.
Contoh: Jika pelan anda sudah termasuk Viu, anda tidak boleh melanggan StreamMORE Family Bundle.
8. Adakah saya akan dimaklumkan sebelum perubahan tersebut dibuat?
Ya, mesej pengesahan akan dipaparkan sebelum anda meneruskan sebarang langganan atau perubahan bundle.
9. Apakah tempoh sah bundle ini?
Bundle ini sah selama 30 hari dari tarikh langganan.
10. Apakah yang akan terjadi kepada kuota Internet saya yang telah habis digunakan?
Setelah kuota anda digunakan sepenuhnya, penggunaan akan diteruskan daripada pelan data Pascabayar asas anda.
11. Adakah ini langganan pembaharuan automatik?
Ya, bundle akan diperbaharui secara automatik setiap 30 hari melainkan anda membatal langganan.
12. Bilakah saya akan dikenakan caj?
Pengaktifan
13. Bagaimanakah cara untuk mengaktif setiap perkhidmatan penstriman?
Selepas langganan berjaya, anda akan menerima notifikasi pengaktifan melalui SMS dan Push Notification di aplikasi CelcomDigi. Untuk mula menonton:
Nota penting:
Pelanggan perlu menggunakan nombor telefon yang sama digunakan semasa langganan untuk proses pengaktifan dan log masuk.
14. Bilakah saya boleh mula menonton?
Anda boleh mula menonton sebaik sahaja pengaktifan berjaya dilakukan.
Urus Langganan Anda
15. Bagaimanakah cara membatal atau hentikan langganan Family Bundle?
Anda boleh membatal melalui: CelcomDigi App → My Subscriptions → Pilih Family Bundle → Unsubscribe
16. Bolehkah saya membatal perkhidmatan penstriman tertentu dalam bundle terpilih?
Tidak. Bundle perlu dibatalkan secara keseluruhan dan perkhidmatan penstriman individu tidak boleh dibatalkan secara berasingan.
17. Di manakah saya boleh membuat pembatalan atau hentikan langganan bundle?
Pembatalan hanya boleh dilakukan melalui aplikasi CelcomDigi dan tidak boleh dibuat melalui penyedia perkhidmatan penstriman.
18. Apakah yang akan berlaku selepas pembatalan atau hentikan langganan?
Langganan anda akan kekal aktif sehingga tamat kitaran bil semasa. Tiada caj tambahan akan dikenakan selepas itu.
Nota Penting: