Roam Like Home Digi Postpaid (Tawaran Tanpa Kontrak)
Jika anda sedang melanggan tawaran Roam Like Home tanpa kontrak sebelum ini, sila rujuk butiran tawaran di bawah.
Negara yang Layak
Nota: Pemilihan operator akan dilakukan secara automatik pada operator tempatan pilihan. Pemilihan manual hanya diperlukan jika anda menghadapi masalah menyambung ke rangkaian pilihan.
Butiran Tawaran
Tawaran 1: Roam Like Home Bulanan + IDD
Perantauan Internet 10GB di 10 negara
Panggilan Roaming 60 minit di 10 negara
(membuat dan menerima panggilan ke/dari
mana-mana negara, semasa merantau di 10 negara)
Panggilan IDD 60 minit ke 10 negara
(membuat panggilan ke 10 negara dari Malaysia)
1. Bagaimanakah pembaharuan Digi Roam Like Home/Freedom Add-Ons Bulanan berfungsi?
Roam Like Home diperbaharui secara automatik mengikut kitaran pengebilan pelan Pascabayar anda. Kesahan standard untuk Roam Like Home Bulanan adalah dari 00:00AM pada tarikh mula sehingga 23:59PM pada tarikh tamat kitaran bil anda, waktu Malaysia. Jika langganan dilakukan pada bila-bila masa dalam kitaran pengebilan, kesahan Roam Like Home Bulanan akan bermula dari masa langganan.
Setelah kuota roaming data percuma digunakan sepenuhnya, pelayaran data akan terhenti. Pelanggan tidak akan dicaj RM39 Roaming Internet Harian. Pelanggan boleh terus melayari Internet dengan membeli Pas Roaming semasa merantau. Untuk panggilan roaming, caj roaming standard akan dikenakan jika minit roaming pakej Roam Like Home telah habis. Butiran Pas Roaming boleh didapati di sini.
2. Bagaimanakah penggunaan Roam Like Home ditolak?
Minit panggilan perantauan Roam Like Home akan dipotong berdasarkan:
Panggilan dibuat ke mana-mana negara semasa merantau di negara yang layak.
Panggilan diterima daripada mana-mana negara semasa merantau di negara yang layak.
Minit IDD Roam Like Home akan ditolak berdasarkan:
Panggilan dibuat ke negara yang layak dari Malaysia.