Plans
Link 1
Link 2
Link 3
Mudah alih
Roaming bila melancong
Merantau dengan PrepaidMerantau dengan PostpaidUmrahLawat MalaysiaPanduan perantauanInspire
Link 1
Link 2
Di rumah
1. Apakah itu Pas Perantauan Bulanan?
Pas Perantauan Bulanan ialah add-on bulanan yang ditawarkan kepada semua pelanggan CelcomDigi Postpaid. Ia akan diperbaharui secara automatik pada setiap kitaran bil, jadi anda tidak perlu melanggan semula setiap bulan.
2. Adakah ini tawaran berkontrak?
Tidak. Ini ialah tawaran tanpa kontrak. Anda boleh membatalkannya pada bila-bila masa mengikut keselesaan anda.
3. Apakah tawaran yang disediakan di bawah Pas Perantauan Bulanan?
Nota: Peruntukan panggilan selama 15 minit merangkumi panggilan ke Malaysia, panggilan dalam negara perantauan, serta panggilan masuk semasa perantauan. Panggilan ke negara lain semasa perantauan akan dicaj mengikut kadar bayar ikut penggunaan yang berkenaan.
4. Apakah negara yang diliputi di bawah tawaran ini?
5. Bagaimanakah pembaharuan bulanan berfungsi?
Kuota perantauan yang diperuntukkan akan diperbaharui dan dicaj pada permulaan setiap kitaran bil. Sebarang kuota internet yang tidak digunakan daripada kitaran sebelumnya akan luput dan tidak akan dibawa ke kitaran seterusnya.
6. Apakah saluran langganan?
Langganan boleh dibuat melalui aplikasi CelcomDigi atau dengan mendail *800# semasa berada di luar negara (roaming).
7. Bagaimanakah saya tahu jika pas saya telah diaktifkan?
Anda akan menerima notifikasi pengaktifan berjaya setelah langganan anda aktif.
8. Apakah yang akan berlaku jika kuota saya habis sebelum kitaran bil seterusnya?
Sekiranya kuota data yang diperuntukkan telah digunakan sepenuhnya sebelum kitaran bil seterusnya, akses data akan disekat dan panggilan suara akan dicaj mengikut kadar Bayar Ikut Penggunaan yang berkuat kuasa. Anda boleh membeli mana-mana Pas Perantauan yang tersedia untuk meneruskan penggunaan.
9. Bagaimanakah cara untuk menyemak penggunaan saya?
Anda boleh menyemak penggunaan pada bila-bila masa melalui aplikasi CelcomDigi di bahagian Penggunaan.
10. Bolehkah saya mempunyai lebih daripada satu pas perantauan berulang pada masa yang sama?
Ya. Anda boleh mempunyai beberapa Pas Bulanan yang aktif serentak. Semua pas yang aktif akan diperbaharui pada masa yang sama pada permulaan setiap kitaran bil.
11. Bagaimanakah cara untuk membatalkan langganan tawaran ini?
Anda boleh membatalkan langganan dengan mengunjungi mana-mana Kedai CelcomDigi yang berdekatan. Kakitangan kami akan membantu anda dengan proses penamatan.
12. Apakah yang akan berlaku jika saya membatalkan langganan sebelum tamat kitaran bil dan adakah caj akan dikira secara prorata?
Sekiranya anda membatalkan langganan sebelum tamat kitaran bil, caj penuh bagi kitaran semasa tetap akan dikenakan. Namun begitu, anda masih boleh menikmati tawaran ini sehingga kitaran bil seterusnya bermula.
13. Bolehkah saya melanggan semula selepas membatalkan langganan?
Ya. Anda boleh melanggan semula pada bila-bila masa. Sila ambil perhatian bahawa caj pemprosesan akan dikenakan semasa melanggan semula.