2.1 Perlindungan Keselamatan
Perlindungan Peranti (Device Protection): Perlindungan Peranti: - Untuk Android: Menyekat aplikasi berbahaya — termasuk yang dimuat turun dari luar gedung aplikasi.
- Untuk iOS: Melindungi peranti anda dengan memastikan iOS dikemas kini dan skrin dikunci. Akan diberi amaran jika sistem tidak dikemas kini atau tiada kunci skrin — serta panduan untuk membetulkannya dengan segera.
Perlindungan Chrome / Safari: Menyekat laman web berbahaya dan pautan palsu, agar anda boleh melayari dengan yakin.
2.2 Perlindungan Penipuan (Scam Protection)
Perlindungan Perbankan & Beli-belah Dalam Talian: Memberikan label keselamatan apabila anda berada di laman web perbankan dan beli-belah yang sah, memastikan transaksi anda selamat.
Perlindungan SMS: AI pintar mengesan SMS penipuan dan pancingan data. SMS berisiko akan ditapis secara automatik ke folder junk, melindungi anda secara senyap di latar belakang.
Perlindungan Wi-Fi (Android sahaja): Melindungi anda di Wi-\Fi awam dan rumah dengan menyemak jika rangkaian yang anda sambungkan adalah selamat — dan memberi amaran jika tidak.
2.3 Perlindungan Identiti (Identity Protection)
Pemantauan Identiti: Memantau maklumat peribadi anda (seperti e-mel, nombor telefon, kad kredit, dan pasport) dan memberi amaran segera jika ia dikesan di web gelap, supaya anda boleh bertindak pantas untuk lindungi identiti anda.
Loker Kata Laluan: Menyimpan kata laluan, PIN dan maklumat sensitif anda dengan selamat. Boleh diakses di iOS dan Android — hanya log keluar dari satu peranti dan log masuk pada yang lain.
2.4 Perlindungan Privasi (Privacy Protection) VPN Privasi: Menyulitkan sambungan internet anda dan menyembunyikan alamat IP — memastikan aktiviti dalam talian anda kekal peribadi, selamat dan tanpa nama, walaupun di rangkaian WiFi awam. Nota:
CelcomDigi MobileSHIELD direka untuk melindungi peranti mudah alih daripada pelbagai ancaman digital, termasuk tetapi tidak terhad kepada kelemahan keselamatan peranti, penipuan dalam talian, pelanggaran privasi dan kecurian identiti.
Walau bagaimanapun, tiada penyelesaian keselamatan yang dapat menjamin perlindungan sepenuhnya atau menyekat setiap risiko 100% sepanjang masa. Walaupun CelcomDigi MobileSHIELD menyediakan lapisan pertahanan yang kukuh, pelanggan tetap bertanggungjawab untuk berwaspada dan mengamalkan tabiat pelayaran yang selamat. CelcomDigi tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang timbul daripada ancaman yang berjaya melepasi perlindungan yang ditawarkan oleh CelcomDigi MobileSHIELD. |