1. Mulakan perantauan
Pengaktifan pas perantauan adalah automatik. Pastikan Data Roaming dihidupkan apabila tiba di negara destinasi. Klik di sini untuk panduan mengaktifkan perantauan.
Sekiranya anda belum membeli pas perantauan, anda boleh membelinya sebaik tiba di destinasi:
- Jika anda mempunyai Wi-Fi: Beli pas perantauan melalui aplikasi CelcomDigi.
- Jika anda tidak mempunyai akses internet: Beli pas perantauan dengan mendail *800#.
Nota: Jika anda pelanggan pascabayar dan tidak bercadang membeli pas perantauan, kami sarankan anda untuk matikan Data Roaming. Jika Data Roaming dihidupkan tanpa pas perantauan aktif, Daily Roaming Pass (RM39/hari) akan diaktifkan secara automatik apabila data perantauan dikesan.
2. Panggilan ke luar negara
Untuk membuat panggilan semasa perantauan, dail +<Kod Negara><Nombor Telefon>, kemudian tekan panggil. Ini memastikan panggilan tersambung dengan betul. Klik di sini untuk melihat kadar caj.
3. Penyelesaian kendiri
Jika anda menghadapi masalah melayari internet semasa perantauan, pastikan Nama Titik Akses atau 'Access Point Name' (APN) pada peranti anda adalah betul dan Data Roaming diaktifkan. Jika anda masih tidak dapat menggunakan perantauan, sila rujuk di sini untuk panduan penyelesaian masalah kendiri.
4. Hubungi kami untuk bantuan semasa perantauan
Sekiranya anda menghadapi sebarang isu semasa perantauan, sila hubungi khidmat pelanggan 24 jam kami dengan mendail *125# atau hubungi kami melalui WhatsApp.
5. Mengoptimumkan penggunaan data perantauan anda
Mod Data Rendah (iOS) dan Penjimat Data (Android) membantu kawal penggunaan data dengan mengurangkan aktiviti latar belakang dan mengehadkan penggunaan data oleh aplikasi. Ini sesuai untuk pelan terhad, sambungan perlahan, atau jika anda ingin data perantauan tahan lebih lama.
Cara untuk aktifkan:
- iOS: Pergi ke 'Tetapan' > 'Selular' > 'Pilihan Data Selular' > 'Mod Data' > 'Mod Data Rendah'.
- Android: Pengaktifan 'Penjimat Data’ adalah berbeza mengikut model peranti. Sila rujuk panduan untuk jenama peranti anda bagi arahan lanjut.
6. Pas perantauan dan add-on
Semua pas perantauan tanpa had hadir dengan kuota internet berkelajuan tinggi harian. Sekiranya anda kehabisan kuota, anda boleh membeli add-on perantauan semasa pas masih aktif. Caj tambahan akan dikenakan mengikut add-on yang dipilih.