Plans
Link 1
Link 2
Link 3
Mudah alih
Roaming bila melancong
Merantau dengan PrepaidMerantau dengan PostpaidUmrahLawat MalaysiaPanduan perantauanInspire
Link 1
Link 2
Di rumah
1. Apakah itu Pas Perantauan Haji Tanpa Had 50-Hari?
Pas Perantauan Haji Tanpa Had 50-Hari adalah tawaran perantauan terhad yang menyediakan ketersambungan lancar selama 50 hari sepanjang musim Haji.
Tawaran ini boleh dilanggan dari 1 April sehingga 30 Jun 2026.
| Harga | RM148 |
| Kuota Data | Data tanpa had (150GB internet laju, sah selama 50 hari) |
| Panggilan Suara | Percuma 30-Minit panggilan suara termasuk:
|
| Negara | Saudi Arabia |
| Operator Rangkaian | STC Mobily Zain |
| Tempoh Sah | 50 Hari Nota: Tempoh sah bermula apabila sambungan pertama dengan rangkaian roaming di Arab Saudi dikesan. |
2. Siapakah yang boleh melanggan tawaran ini?
Pas Perantauan Haji tersedia untuk:
3. Bagaimana untuk membeli Pas Perantuan Haji dan bila saya boleh membelinya?
| Saluran | Cara Pembelian |
| Aplikasi CelcomDigi | Langkah 1: Log masuk ke Aplikasi CelcomDigi Langkah 2: Klik ‘Shop’ Langkah 3: Di bawah bahagian ‘Connecting Across Borders’, pilih ‘Hajj’ Langkah 4: Klik Pas Haji Tanpa Had 50 Hari untuk pembelian Langkah 5: Klik ‘Confirm’ Sebagai alternatif, anda boleh membelinya dengan mendail *800# selepas tiba di negara destinasi. Tiada fungsi pra-tempahan melalui *800#. |
Anda boleh melanggan lebih awal semasa masih berada di Malaysia. Pas hanya akan diaktifkan apabila sambungan pertama dengan rangkaian roaming di Arab Saudi dikesan dan tempoh sah akan bermula dari tarikh pengaktifan tersebut.
Pelanggan baru boleh membeli Pakej Haji melalui saluran berikut:
Nota: Caj SIM RM5 dikenakan untuk pembelian Pakej SIM Haji.
4. Jika saya telah mencapai kuota 150GB internet pantas, adakah saya masih boleh menggunakan Internet semasa perantauan tanpa caj tambahan?
Ya, anda masih boleh menikmati Internet tanpa had tanpa caj tambahan. Setelah kuota berkelajuan tinggi 150GB digunakan sepenuhnya, kelajuan Internet akan dikurangkan kepada 1Mbps.
5. Adakah Pas Haji Tanpa Had 50 Hari diperbaharui secara automatik? Boleh beli lebih dari satu pas?
Tidak, pas ini tidak diperbaharui secara automatik selepas 50 hari dan perlu dibeli semula. Anda boleh membeli lebih daripada satu pas, dan tempoh sah semua pas akan berjalan serentak.
6. Bolehkah saya menggunakan pas ini jika transit di Singapura atau negara lain?
Tidak. Tawaran ini hanya sah digunakan di Arab Saudi.
Jika penggunaan Internet dikesan semasa transit di negara lain, Daily Roaming Pass RM39 akan diaktifkan secara automatik.
7. Adakah terdapat sebarang add-on tambahan untuk pas ini?
Ya, anda boleh membeli add-on untuk data dan panggilan suara tambahan:
Nota: Panggilan dikira berdasarkan blok 60 saat.
8. Bolehkah saya membeli pas perantauan lain? Apa akan berlaku kepada pas sedia ada saya?
Ya, anda boleh. Pas sedia ada anda akan kekal aktif.
9. Apakah yang perlu saya lakukan jika menghadapi masalah semasa perantauan?
Jika anda menghadapi sebarang masalah semasa perantauan, anda boleh menghubungi Sokongan pelanggan 24 jam percuma melalui saluran berikut: