1. Bilakah tempoh kempen pra-tempah?
Pra-Tempah HONOR Magic9 Pro Max 5G akan tersedia bermula 10:00AM, 24 November 2026 sehingga 11.59PM, 3 December 2026 di laman web CelcomDigi, sementara stok masih ada.
2. Apakah kelebihan mendaftar semasa tempoh pra-tempah?
HONOR Magic9 Pro Max 5G boleh dipra-tempah dengan kontrak pembiayaan peranti Easy360 bermula dari pelan CelcomDigi Postpaid 5G 100 ke atas.
Pra-tempahan dengan pelan CelcomDigi Postpaid terpilih layak menikmati tawaran eksklusif seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah, selagi stok masih ada. Warna bagi hadiah promosi adalah Tertakluk kepada ketersediaan dan akan diperuntukkan secara rawak. CelcomDigi berhak untuk menggantikan atau menukar hadiah promosi tanpa notis awal.|
| Model Peranti yang Layak |
HONOR Magic9 Pro Max 5G (512GB) |
| Pelan Kadar yang Layak |
- CelcomDigi Postpaid 5G 100 2026
- CelcomDigi Postpaid 5G 120 2026
- CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026
- CelcomDigi Postpaid 5G 160 2026
- CelcomDigi Postpaid 5G 190 2026
- CelcomDigi One Pro 2026
- CelcomDigi One Ultra 2026
|
| Pakej Tawaran yang Layak |
- Harman Kardon Aura Studio 5 (RRP: RM1,599)
- HONOR Magic9 Pro Max Magnetic Swap Case (RRP: RM169)
- Google AI Pro selama 3 bulan (RRP: RM294)
|
| Waranti dan Perlindungan Tambahan Peranti HONOR |
- Waranti Perlindungan Kerosakan Akibat Cecair selama 1 Tahun (RRP: RM549)
- Perlindungan Skrin selama 1 Tahun & Perlindungan Penutup Belakang selama 1 Tahun (RRP: RM399)
- Waranti Lanjutan selama 1 Tahun & Penggantian Bateri selama 2 Tahun (RRP: RM399)
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk
Terma & Syarat HONOR.
|
| Tawaran Terhad |
Nikmati rebat bil selama dua (2) bulan dengan pembelian HONOR Magic9 Pro Max 5G melalui Easy360 menggunakan CelcomDigi Postpaid 5G 120 2026 dan ke atas. Ketahui lebih lanjut di sini. |
3. Bagaimanakah cara untuk membuat pra-tempahan?
- Langkah 1: Log masuk ke laman web CelcomDigi
- Langkah 2: Pilih peranti, pelan, dan tawaran yang berkenaan
- Langkah 3: Teruskan untuk membuat pembayaran. Bayaran pendahuluan mungkin diperlukan.
4. Siapakah yang layak untuk kempen ini?
Kempen ini terbuka kepada:
- Pelanggan sedia CelcomDigi Postpaid tanpa kontrak aktif dan/atau sekatan panggilan atau sekatan akaun.
- Pelanggan CelcomDigi baharu termasuk Pendaftarran talian baharu, Port-In dan pertukaran dari prabayar ke pascabayar.
5. Apakah pilihan penghantaran yang tersedia untuk pra-tempahan dalam talian?
Semasa pra-tempah, hanya penghantaran ke rumah tersedia.
6. Adakah saya akan menerima hadiah percuma saya pada masa yang sama dengan peranti saya?
Ia bergantung kepada hadiah percuma:
- HONOR Magic9 Pro Max Magnetic Swap Case: Ia akan dihantar sekali dalam bungkusan yang sama dengan peranti anda.
- Harman Kardon Aura Studio 5: Ia akan dihantar secara asing dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh pesanan peranti anda dibuat.