Soalan Lazim: Kempen Siri iPhone 17 dan Apple Watch

1. Bilakah tempoh kempen ini?

Kempen ini berlangsung dari 10:00 pagi pada 27 November 2026 sehingga 11:59 malam pada 10 Januari 2027 di semua Kedai CelcomDigi, sementara stok masih ada.

‍

Easy360

‍

2. Apakah tawaran yang tersedia semasa kempen ini?

Tawaran ini tersedia melalui kontrak pembiayaan peranti Easy360. Pelanggan yang melanggan pelan CelcomDigi Postpaid dengan peranti iPhone terpilih layak menikmati rebat tambahan berikut:

Model Peranti yang Layak Pelan Kadar yang Layak Rebat
iPhone 17 Pro (256GB, 512GB, 1TB)
iPhone 17 Pro Max (256GB, 512GB, 1TB, 2TB)
iPhone 17 (256GB, 512GB)
iPhone Air (256GB, 512GB, 1TB)
iPhone 17e (256GB, 512GB)
CelcomDigi Postpaid 5G 100 2026 Rebat RM10 x 24 bulan
CelcomDigi Postpaid 5G 120 2026
CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026
CelcomDigi Postpaid 5G 160 2026
CelcomDigi Postpaid 5G 190 2026
CelcomDigi One Pro 2026
CelcomDigi One Ultra 2026
Rebat RM20 x 24 bulan

‍

3. Siapakah yang layak untuk kempen ini?

Kempen ini terbuka kepada:

  • Pelanggan sedia ada CelcomDigi Postpaid yang tidak mempunyai kontrak aktif dan/atau sekatan panggilan atau sekatan akaun.
  • Pelanggan baharu CelcomDigi, termasuk mereka yang mendaftar talian baharu, membuat port-in atau bertukar daripada prabayar kepada pascabayar.

‍

4. Di manakah saya boleh mendapatkan tawaran ini?

Kunjungi mana-mana Kedai CelcomDigi yang berdekatan atau langgan melalui CelcomDigi Online Store.

‍

5. Bilakah saya akan menerima rebat?

Rebat anda akan diproses dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembelian anda.

‍

6. Apakah akan terjadi jika saya menamatkan kontrak peranti Easy360 lebih awal?

Jika anda menamatkan kontrak peranti Easy360 sebelum tempoh kontrak 24 bulan tamat, sebarang rebat yang masih belum diterima akan terbatal.

‍

7. Bolehkah saya memindahkan rebat tersebut kepada orang lain?

Tidak. Rebat ini tidak boleh dipindahkan atau dikembalikan, serta tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau perkhidmatan lain.

‍

Tanpa Kontrak – Apple Watch

‍

8. Model manakah yang layak untuk kempen ini?

Tawaran ini terpakai untuk model Apple Watch berikut:

  • Apple Watch Series 11
  • Apple Watch Ultra 3
  • Apple Watch SE 3

‍

9. Apakah tawaran yang tersedia untuk Apple Watch (tanpa kontrak)?

  • Apabila anda membeli Apple Watch Series 11, Apple Watch Ultra 3 atau Apple Watch SE 3 tanpa kontrak, anda akan menikmati potongan sebanyak RM200 daripada harga asal. Diskaun akan diberikan semasa checkout.
  • Selain itu, pelanggan CelcomDigi Postpaid sedia ada yang melanggan pelan yang layak seperti disenaraikan di bawah boleh menikmati tawaran WatchSIM berikut:
Tawaran Pelan yang Layak
WatchSIM Percuma selama 12 bulan (diskaun RM20) CelcomDigi Postpaid 5G 100 2026
CelcomDigi Postpaid 5G 100 DS 2026
CelcomDigi Postpaid 5G 120 2026
CelcomDigi Postpaid 5G 120 DS 2026
CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026
CelcomDigi Postpaid 5G 140 DS 2026
CelcomDigi Postpaid 5G 160 2026
CelcomDigi Postpaid 5G 160 DS 2026
CelcomDigi Postpaid 5G 190 2026
CelcomDigi Postpaid 5G 190 DS 2026
CelcomDigi One Pro 2026
CelcomDigi One Pro DS 2026
CelcomDigi One Ultra 2026
CelcomDigi One Ultra DS 2026
Diskaun 50% untuk WatchSIM selama 12 bulan (diskaun RM10) CelcomDigi Postpaid 5G 80 2026
CelcomDigi Postpaid 5G Supp 45 SE 2026
CelcomDigi Postpaid 5G Supp 65 SE 2026
CelcomDigi Postpaid 5G Supp 80 2026
CelcomDigi Postpaid 5G Supp 100 2026
CelcomDigi Postpaid 5G Supp 120 2026
CelcomDigi Postpaid 5G Supp 140 2026
CelcomDigi Postpaid 5G Supp 160 2026
CelcomDigi Postpaid 5G Supp 190 2026
CelcomDigi Postpaid 5G Supp 60 SE 2026 (-RM10)
CelcomDigi Postpaid 5G Supp 100 DS 2026
CelcomDigi Postpaid 5G Supp 60 SE DS 2026 (-RM10)

‍

10. Siapakah yang layak untuk tawaran WatchSIM?

Tawaran ini tersedia untuk pelanggan yang melanggan pelan CelcomDigi Postpaid 2026 yang aktif dan layak, seperti yang disenaraikan di atas (rujuk Soalan Lazim 9). Pelanggan yang sedang melanggan pelan pascabayar terdahulu perlu menaik taraf kepada pelan Postpaid 2026 yang layak sebelum membeli Apple Watch untuk menikmati tawaran WatchSIM ini.

‍

11. Bagaimanakah cara untuk menikmati tawaran WatchSIM ini?

  • Langkah 1: Lengkapkan pembelian Apple Watch tanpa kontrak melalui Kedai CelcomDigi atau CelcomDigi Online Store. Pastikan anda melanggan pelan CelcomDigi Postpaid yang layak (rujuk Soalan Lazim 9)
  • Langkah 2: Daftar dan aktifkan WatchSIM pada Apple Watch anda selepas menerimanya.

‍

Penting: Talian CelcomDigi yang digunakan untuk mengaktifkan WatchSIM mestilah sama dengan talian yang digunakan semasa pembelian Apple Watch tanpa kontrak.

‍

12. Bilakah saya perlu mengaktifkan WatchSIM?

Anda perlu melengkapkan pengaktifan WatchSIM dalam tempoh 7 hari selepas membeli Apple Watch, menggunakan talian CelcomDigi yang sama seperti yang digunakan semasa pembelian.

‍

13. Bilakah saya akan menerima rebat WatchSIM?

Bagi pelanggan yang layak menerima rebat WatchSIM, rebat tersebut akan dikreditkan dalam tempoh 60 hari selepas WatchSIM berjaya diaktifkan.

‍

14. Di manakah saya boleh mendaftar WatchSIM?

WatchSIM boleh didaftarkan dan diaktifkan melalui aplikasi Apple Watch pada iPhone anda yang serasi selepas pembelian Apple Watch selesai. Ketahui lebih lanjut.

Share this article
Copy link