Bil Fizikal & E-Billing

1. Berapakah caj yang dikenakan untuk melanggan bil kertas fizikal?  

  • Celcom: Bermula 1 Mei 2024, caj bulanan untuk bil kertas fizikal ringkasan Celcom akan berubah dari RM5 ke RM10. Caj bil adalah seperti berikut:
  • Bil Terperinci: RM10/sebulan atau;
  • Bil Ringkasan: RM10/sebulan


  • Digi: Langganan bil kertas fizikal ialah RM10 sebulan bagi setiap talian telefon untuk bil ringkasan atau bill terperinci.

Nota Penting: Anda boleh melanggan e-billing dan menerima bil anda secara PERCUMA.

 

2. Mengapa saya perlu bertukar ke e-billing? 

Kami menggalakkan pelanggan pascabayar Celcom dan Digi yang masih menerima bil kertas fizikal untuk beralih kepada e-billing bagi mengelakkan caj bil kertas fizikal. E-billing menyediakan akses yang mudah dan percuma untuk melihat dan memuat turun bil pada bila-bila masa, di mana sahaja.

 

3. Saya adalah pelanggan bil kertas fizikal. Bagaimanakah cara untuk bertukar ke e-billing?

Untuk menukar dari bil kertas fizikal kepada e-billing, sila hubungi kami.

Share this article
Copy link