Soalan Lazim tentang pelan, pemasangan & bil CelcomDigi Fiber

Soalan Lazim

‍

Nota: Bil pertama anda akan merangkumi caj bulanan pro-rata dan yuran pemprosesan (sekali sahaja) sebanyak RM10. Rebat mungkin bermula 60 hari selepas pengaktifan perkhidmatan, dan bayaran penuh mungkin diperlukan untuk dua bil pertama.

‍

1. Apakah CelcomDigi Fiber?

CelcomDigi Fiber ialah perkhidmatan jalur lebar rumah yang menawarkan Internet berkelajuan ultra tinggi, tanpa had dengan harga yang berpatutan.

‍

2. Apakah pelan dan caj bayaran bulanan?


CelcomDigi Fiber 100MbpsCelcomDigi Fiber 300MbpsCelcomDigi Fiber 500MbpsCelcomDigi Fiber 1GbpsCelcomDigi Fiber 2Gbps
Kelajuan Muat Turun100Mbps300Mbps500Mbps1Gbps2Gbps
Kelajuan Muat Naik50Mbps50Mbps100Mbps500Mbps1Gbps
Komitmen BulananRM99RM139RM159RM249RM319

‍

3. Siapa yang boleh mendaftar untuk CelcomDigi Fiber?

Sesiapa yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh mendaftar untuk CelcomDigi Fiber. Sila ambil perhatian, bagi warganegara asing, deposit sebanyak RM300 akan dikenakan.

‍

4. Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar untuk CelcomDigi Fiber?

Hanya lengkapkan borang di sini dan ejen kami akan menghubungi anda untuk membuat pengaturan. Sebagai alternatif, kunjungi di mana-mana kedai CelcomDigi yang terdekat.

‍

5. Adakah pelan CelcomDigi Fiber disertakan dengan sebarang peranti?

Berita baik! Semua pelan kami disertakan dengan router WiFi berdaya mesh PERCUMA, seperti di bawah:

Pelan Fiber
Peranti
CelcomDigi Fiber 100Mbps1x router WiFi 6
CelcomDigi Fiber 300Mbps1x router WiFi 7 (untuk pendaftaran baharu selepas 28 Mei 2026)
CelcomDigi Fiber 500Mbps1x router WiFi 7; dan 1x nod mesh (untuk pendaftaran baharu selepas 28 Mei 2026)
CelcomDigi Fiber 1Gbps1x router premium WiFi 7; dan 1x nod mesh (untuk pendaftaran baharu selepas 28 Mei 2026)
CelcomDigi Fiber 2Gbps1x router premium WiFi 7; dan 1x nod mesh (untuk pendaftaran baharu selepas 28 Mei 2026)

‍

6. Saya adalah pelanggan pascabayar, adakah saya boleh menikmati tawaran untuk pelan CelcomDigi Fiber?

Semua pelanggan pascabayar baharu dan sedia ada pada pelan yang layak boleh menikmati rebat bulanan sehingga RM60 untuk pelan fiber anda.

‍

PelanCelcomDigi Fiber 100MbpsCelcomDigi
Fiber 300Mbps
CelcomDigi Fiber 500MbpsCelcomDigi Fiber 1GbpsCelcomDigi Fiber 2Gbps
RRPRM99RM139RM159RM249RM319
Rebat
Bulanan*
N/A- RM10- RM10- RM10-RM10
Rebat Kempen**-RM10-RM30-RM10-RM50-RM50
Komitmen Bulanan Bersih FiberRM89RM99RM139RM189RM259
*Sebarang rebat bulanan hanya akan diterima dalam tempoh 60 hari selepas pengaktifan talian fiber. Rebat bulanan hanya tertakluk sehingga 24 bulan sahaja. **Pelanggan Pascabayar Sedia Ada akan menikmati manfaat Rebat Kempen tambahan selama 24 bulan seperti yang dinyatakan di atas

‍

7. Apakah pelan pascabayar yang layak?

Pelan Pascabayar CelcomDigi  yang mempunyai komitment bulanan RM60 dan ke atas.

‍

8. Berapa lamakah rebat bulanan akan diberikan?

Anda akan menikmati rebat sehingga 24 bulan selagi talian pascabayar kekal aktif.

‍

9. Saya baru mendapat bil pertama saya. Mengapakah saya tidak dapat melihat sebarang rebat?

Ia mungkin mengambil masa sehingga 60 hari untuk sebarang rebat dapat dilihat dalam bil fiber anda.

‍

Oleh itu dalam bulan 1 dan bulan 2 anda mungkin masih perlu membayar jumlah penuh. Walaupun perkara itu berlaku, bulan 3 dan seterusnya anda akan menikmati rebat bulanan.

‍

Begini cara rebat ditunjukkan dalam bulan 2 berfungsi:

TawaranPelan FiberBulan PertamaBulan ke-2 sehingga ke-24
-Rebat bulanan RM10
&
Rebat kempen RM30
CelcomDigi Fiber 300Mbps

Perkara yang anda lihat dalam bil anda:

  • Diskaun & rebat – RM0
  • Caj bulanan RM139
  • Yuran pemprosesan RM10

Perkara yang anda lihat dalam bil anda:

  • Diskaun & rebat – RM10 (Rebate bulanan)
  • Diskaun & rebat – RM30 (Rebat kempen)
  • Caj bulanan RM139
  • Jumlah perlu dibayar RM99 (tidak termasuk 6% cukai perkhidmatan)
Apa yang anda perlu bayar:
RM139 + RM10
(tidak termasuk 6% cukai perkhidmatan)

Nota: Bil pertama anda mungkin diprorata atau sebulan penuh bergantung pada tarikh pendaftaran.
Apa yang anda perlu bayar:
RM99 (tidak termasuk 6% cukai perkhidmatan)

‍

Sebagai alternatif, rebat anda mungkin ditunjukkan mulai bulan pertama:

TawaranPelan FiberBulan ke-1 sehingga 24
Rebat bulanan RM10
&
Rebat kempen RM30
CelcomDigi Fiber 300Mbps

Perkara yang anda lihat dalam bil anda:

  • Diskaun & rebat – RM10 (Rebate bulanan)
  • Diskaun & rebat – RM30 (Rebat kempen)
  • Yuran pemprosesan RM10 (caj sekali sahaja pada bulan pertama)
  • Caj bulanan RM139
  • Jumlah perlu dibayar RM99 (tidak termasuk 6% cukai perkhidmatan
Nota: Bil pertama anda mungkin diprorata atau sebulan penuh bergantung pada tarikh pendaftaran.

‍

10. Adakah saya masih layak untuk promosi jika saya melanggan semasa tempoh promosi tetapi jadual pemasangan selepas ia tamat?

Ya, anda masih layak menerima tawaran selagi anda mendaftar semasa tempoh promosi.

‍

11. Adakah CelcomDigi fiber disertakan dengan kontrak?

Ya, semua pelan CelcomDigi fiber baharu mempunyai kontrak 24 bulan.

‍

12. Bagaimanakah cara saya menamatkan pelan CelcomDigi Fiber saya?

Anda boleh pergi ke kedai CelcomDigi terdekat dan kami akan membantu anda atau hubungi kami secara dalam talian melalui Whatsapp. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ketahui:

  1. Kami akan menyemak dan menyediakan bil terkini untuk anda menjelaskan bil tertunggak terlebih dahulu.
  2. Wakil kami akan menghubungi anda dalam masa empat belas (14) hari untuk membuat pengesahan mengenai permohonan penamatan anda.
  3. Selepas selesai pembayaran bil, permohonan penamatan anda akan diproses.
  4. Anda tidak perlu memulangkan router anda apabila penamatan berjaya.

‍

13. Apakah yang berlaku jika saya menamatkan fiber CelcomDigi saya dalam tempoh kontrak?

Penamatan awal fiber CelcomDigi akan dikenakan penalti. Jumlah baki bulan kontrak x caj bulanan atau RM500, yang mana lebih tinggi, akan dikenakan sebagai penalti penamatan awal.

‍

14. Adakah saya dibenarkan menukar pelan CelcomDigi Fiber saya?

Ya, anda dibenarkan menaik taraf atau menurunkan taraf pelan CelcomDigi Fiber anda pada bila-bila masa walaupun dalam tempoh kontrak. Peningkatan dan penurunan taraf adalah percuma, namun untuk setiap permintaan penurunan taraf, kontrak anda akan dimuat semula kepada kontrak 24 bulan baharu. Anda mesti memastikan bahawa anda tidak mempunyai kontrak dengan nod mesh sebelum membuat permintaan penurunan taraf. Bagi sebarang naik taraf, kontrak anda akan diteruskan untuk tempoh penuh 24 bulan.

‍

15. Apa yang berlaku kepada rebat Fiber saya jika saya menaik taraf pelan CelcomDigi Fiber saya?

Rebat bulanan dan Rebat Kempen anda akan berdasarkan pelan terkini yang anda langgan dan akan diteruskan untuk baki tempoh 24 bulan.

‍

16. Bagaimanakah cara untuk menukar pelan CelcomDigi Fiber saya?

Anda boleh hubungi kami melalui WhatsApp dan kami akan menghubungi anda untuk membuat pengaturan yang diperlukan.

‍

17. Saya pelanggan baharu 1Gbps dengan Router WiFi 7 premium percuma, adakah saya dibenarkan menukar pelan CelcomDigi Fiber saya?

Ya, anda boleh menaik taraf pelan CelcomDigi Fiber anda kepada pelan 2Gbps. Anda tidak dibenarkan menurunkan taraf pelan anda semasa tempoh kontrak.

‍

18. Bolehkan saya membuat penukaran jika router saya rosak atau tidak berfungsi dengan baik?

Ya, kami boleh membantu anda dengan menukar router bergantung kepada status kontrak anda:

  • Jika anda masih dalam tempoh kontrak, anda layak menerima router secara percuma.
  • Jika kontrak anda telah tamat, anda mempunyai dua pilihan:
  1. Sambung kontrak selama 12 bulan untuk mendapatkan penukaran percuma, atau
  2. Beli router baharu pada harga RM300 tanpa sebarang kontrak. Caj akan dimasukkan ke dalam bil anda.

‍

Walau bagaimanapun, jika kerosakan router disebabkan oleh kecuaian pelanggan, caj sebanyak RM300 akan dikenakan tanpa mengira status kontrak.

‍

19. Bolehkah saya menggunakan sistem mesh pihak ketiga dengan router TP-Link CelcomDigi saya?
Ya, router TP-Link CelcomDigi menyokong teknologi EasyMesh. Anda boleh memasangkannya dengan router TP-Link lain yang turut menyokong EasyMesh, seperti model daripada siri Archer, untuk membentuk rangkaian mesh yang lancar.

‍

Namun begitu, sila ambil perhatian bahawa router daripada siri TP-Link Deco menggunakan protokol mesh yang berbeza dan tidak serasi dengan router TP-Link CelcomDigi.

‍

20. Bolehkah saya menukar alamat perkhidmatan CelcomDigi Fiber saya?

Ya, anda boleh menukar alamat perkhidmatan fiber anda tertakluk kepada ketersediaan perkhidmatan. Kunjungi Kedai CelcomDigi atau hubungi kami secara dalam talian melalui WhatsApp untuk memohon pemindahan, dan pastikan anda membawa peralatan semasa ke alamat baharu semasa pemasangan.

‍

Anda akan dapat menikmati tawaran promosi terkini dan dikontrakkan semula selama 24 bulan setelah penempatan semula berjaya.

‍

Sekiranya alamat baharu anda tidak berada dalam liputan fiber CelcomDigi, anda akan ditawarkan dengan 5G Home WiFi sebagai alternatif sehingga port fiber disediakan. Walau bagaimanapun, jika pilihan ini tidak diterima, penalti penamatan awal akaun fiber akan dikenakan jika anda masih dalam kontrak.

‍

21. Bolehkah saya memindahkan perkhidmatan CelcomDigi Fibre saya kepada orang lain?

Ya. Pindah milik hanya dibenarkan apabila perkhidmatan CelcomDigi Fibre anda tidak lagi terikat dengan kontrak yang aktif. Jika perkhidmatan CelcomDigi Fibre anda masih dalam tempoh kontrak, caj penamatan awal mungkin dikenakan.

‍

Dokumen diperlukan:

  • Kad pengenalan/dokumen pengenalan diri yang sah bagi pemilik semasa
  • Kad pengenalan/dokumen pengenalan diri yang sah bagi pemilik baharu

‍

Permohonan pindah milik hanya boleh dibuat di Kedai CelcomDigi. Sila kunjungi Kedai CelcomDigi untuk meneruskan permohonan.

‍

22. Bolehkah pemilikan dipindahkan sekiranya pemegang akaun CelcomDigi Fibre telah meninggal dunia?

Ya. Pindah milik dibenarkan bagi pemegang akaun CelcomDigi Fibre yang telah meninggal dunia. Obligasi dan penalti kontrak akan dikecualikan, kecuali jika terdapat kontrak peranti yang masih aktif pada akaun tersebut.

‍

Dokumen yang diperlukan:

  • Sijil kematian pemegang akaun (bagi kes pemegang akaun yang telah meninggal dunia)
  • Dokumen bukti hubungan dengan pemilik yang telah meninggal dunia (sijil perkahwinan atau sijil kelahiran)
  • Kad pengenalan/dokumen pengenalan diri yang sah bagi pemilik baharu

‍

23. Apakah yang akan berlaku kepada kontrak CelcomDigi Fibre saya selepas pindah milik berjaya?

Setelah pindah milik berjaya, pemilik baharu akan tertakluk kepada tempoh dan jangka masa kontrak baharu yang terpakai untuk perkhidmatan dan pelan yang dilanggan.

‍

24. Adakah terdapat sebarang bayaran tertunggak yang perlu dijelaskan sebelum saya membuat permohonan pindah milik?

Ya. Sebarang bil atau caj tertunggak pada akaun, serta bayaran peranti yang masih belum dijelaskan harus dibayar sepenuhnya sebelum permohonan pindah milik dapat diproses.

‍

25. Apakah jenis IP yang digunakan oleh CelcomDigi Fiber?

Pelan CelcomDigi Fiber menggunakan IP Dinamik Persendirian.

‍

26. Saya melanggan tawaran percuma 3 bulan. Adakah saya juga boleh menikmati rebat bulanan dan rebat kempen?

Ya. Anda akan terus menikmati rebat bulanan dan rebat kempen yang berkenaan walaupun anda melanggan tawaran percuma 3 bulan. Tawaran percuma 3 bulan akan berjalan serentak dengan rebat bulanan dan rebat kempen. Bil anda mungkin dipaparkan seperti contoh di bawah.

‍

Contoh: Pelanggan 300Mbps dengan pelan CelcomDigi 5G Postpaid 80 sedia ada, dengan andaian rebat dipaparkan mulai bulan pertama:

Bulan 1- 3Bulan 4 - 24
Harga Runcit Disyorkan (HRD)RM139RM139
Rebat Percuma 3 BulanYaTidak
Rebat Bulanan-Ya
(RM10 sebulan)
Rebat Kempen-Ya
(RM30 sebulan)
Jumlah Perlu DibayarRM0 sebulanRM99 sebulan

‍

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran percuma 3 bulan, sila rujuk di sini.

Share this article
Copy link