Plans
Link 1
Link 2
Link 3
Mudah alih
Roaming bila melancong
Merantau dengan PrepaidMerantau dengan PostpaidUmrahLawat MalaysiaPanduan perantauanInspire
Link 1
Link 2
Di rumah
1. Apakah itu Viu?
Viu adalah platform hiburan pilihan anda, yang membawa anda drama dan filem Korea terbaik, rancangan varieti popular, Viu Originals yang memenangi anugerah, serta pilihan drama Melayu, Cina, Thai, dan Indonesia yang menakjubkan. Dengan sari kata berkualiti tinggi dalam pelbagai bahasa, Viu memastikan anda sentiasa terhubung dengan hiburan Asia terkini. Dari thriller yang mendebarkan, komedi yang lucu, hingga kisah cinta yang tidak dapat dilupakan, Viu adalah tempat anda boleh menonton semuanya, bila-bila masa, di mana sahaja.
2. Apakah itu Mega Add-Ons Viu Premium?
Ia adalah langganan Viu Premium berasaskan kontrak, yang ditawarkan pada kadar bulanan yang lebih rendah apabila anda komited untuk tempoh tetap selama 12 bulan. Selain akses penuh ke kandungan Premium Viu, setiap langganan juga termasuk kuota bonus bulanan sebanyak 5GB. Untuk maklumat harga terkini, lawati laman web CelcomDigi di sini.
3. Apakah akses yang tersedia dalam akses Viu Premium?
Dengan langganan Premium, Viu menawarkan pengalaman penstriman yang dipertingkatkan dengan ciri-ciri eksklusif berikut:
4. Adakah saya layak untuk melanggan Mega Add-Ons Viu Premium?
Di bawah adalah senarai pelanggan Postpaid CelcomDigi yang layak untuk membuat pembelian:
5. Bagaimanakah untuk saya melanggan Mega Add-Ons Viu Premium?
Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi
Langkah 2: Pilih Shop
Langkah 3: Plilih Mega Add-Ons
Langkah 4: Pilih Mega Add-Ons Viu Premium
Langkah 5: Klik Confirm Subscription untuk teruskan.
6. Adakah saya akan menerima mesej pengesahan selepas melanggan Mega Add-Ons Viu Premium?
Ya, anda akan menerima SMS Selamat datang selepas langganan berjaya. SMS ini akan dihantar ke nombor utama telefon bimbit anda dan mengandungi:
Jika anda tidak menerima SMS sambutan, anda masih boleh cuba log masuk ke aplikasi Viu. Jika log masuk gagal, sila hubungi kami melalui WhatsApp.
7. Saya tidak menerima OTP di telefon bimbit untuk mengaktifkan Mega Add-Ons Viu Premium. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sila pastikan anda menggunakan nombor CelcomDigi yang sama semasa membuat langganan — OTP hanya akan dihantar ke nombor tersebut. Jika anda masih memerlukan bantuan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.
8. Selepas langganan berjaya, bagaimanakah cara saya log masuk ke Viu?
Untuk mengaktifkan langganan anda:
Setelah anda klik “Aktifkan”, anda akan dibawa ke Aplikasi Viu, di mana anda akan menerima mesej untuk mengikuti langkah di bawah:
Untuk pelayar web
Untuk aplikasi mudah alih iOS / Android
Untuk peranti ruang tamu
9. Saya telah melanggan Mega Add-Ons Viu Premium. Berapa lamakah tempoh sah untuk langganan ini?
10. Bolehkah saya melanggan perkhidmatan Mega Add-Ons Viu Premium yang sama beberapa kali pada hari yang sama?
Tidak, anda hanya boleh mempunyai satu langganan Mega Add-Ons Viu Premium yang aktif pada satu-satu masa. Untuk melanggan StreamMORE Viu, anda mesti terlebih dahulu menamatkan langganan Mega Add-Ons Viu Premium sedia ada. Jika langganan anda masih dalam tempoh kontrak, caj penamatan awal akan dikenakan.
11. Bolehkah saya menggunakan langganan Mega Add-Ons Viu Premium CelcomDigi saya pada peranti lain?
Ya, anda boleh log masuk pada peranti lain yang serasi menggunakan nombor mudah alih CelcomDigi yang digunakan semasa pendaftaran langganan.
12. Bolehkah saya menggunakan kuota bonus yang disertakan dengan Mega Add-Ons Viu Premium semasa roaming?
Tidak. Kuota ini hanya sah untuk kegunaan domestik sahaja (dalam Malaysia).
13. Bolehkah saya membatalkan langganan Mega Add-Ons Viu Premium saya pada bila-bila masa?
Ya, tetapi anda perlu mengunjungi kedai CelcomDigi untuk membatalkannya. Namun, jika anda membatalkan sebelum tamat tempoh kontrak 12 bulan:
14. Apa yang akan berlaku jika saya menamatkan talian postpaid saya?
Jika anda menamatkan talian postpaid anda, akses ke Viu akan ditamatkan serta-merta. Tiada prorata caj akan dikenakan; caj penuh tetap dikenakan. Caj penamatan awal juga akan dikenakan berdasarkan baki tempoh kontrak.
15. Saya mempunyai langganan Viu sedia ada melalui pengebilan terus (kad bank/pembekal perkhidmatan). Bolehkah saya masih melanggan Viu dengan Mega Add-Ons Viu Premium menggunakan nombor mudah alih yang sama?
Sila ambil perhatian, jika kedua-dua langganan aktif, anda akan dicaj untuk kedua-duanya secara serentak. Untuk mengelakkannya, pastikan hanya satu langganan kekal aktif dan batalkan langganan lain secara langsung dengan pihak Viu.
16. Adakah Mega Add-Ons Viu Premium juga berdasarkan kitaran kontrak 12 bulan?
Ya, caj Mega Add-Ons Viu Premium adalah secara bulanan (berdasarkan kitaran bil bulanan Postpaid anda) untuk tempoh kontrak 12 bulan.
17. Talian postpaid saya telah disekat/digantung. Apa akan berlaku kepada langganan Mega Add-Ons Viu Premium saya?
Anda tidak akan dapat mengakses Mega Add-Ons Viu Premium serta-merta. Anda perlu melanggan semula untuk menikmati perkhidmatan ini.
18. Bolehkah saya memindahkan manfaat Mega Add-Ons Viu Premium CelcomDigi saya kepada nombor mudah alih lain?
Tidak. Akses/manfaat ini tidak boleh dipindahkan ke nombor mudah alih lain.
19. Saya mempunyai beberapa nombor mudah alih CelcomDigi. Bolehkah saya mengemas kini log masuk Mega Add-Ons Viu Premium saya kepada nombor lain?
Tidak, akses ini tidak boleh dipindahkan ke nombor mudah alih lain. Pelanggan hanya boleh log masuk ke Viu menggunakan nombor mudah alih CelcomDigi yang digunakan semasa pendaftaran. Jika anda mempunyai nombor CelcomDigi yang berbeza, anda perlu melanggan semula Mega Add-Ons Viu Premium menggunakan nombor baru tersebut melalui aplikasi CelcomDigi.
20. Saya bukan pelanggan CelcomDigi. Bolehkah saya memindahkan langganan Viu sedia ada ke Mega Add-Ons Viu Premium?
Untuk menikmati Mega Add-Ons Viu Premium, anda boleh port-in ke pelan Postpaid CelcomDigi dan batalkan langganan Viu sedia ada anda untuk mengelakkan caj berganda. Setelah selesai, anda boleh melanggan dan mengaktifkan Mega Add-Ons Viu Premium mengikut langkah yang dinyatakan sebelum ini.
21. Peranti apakah yang serasi dengan Mega Add-Ons Viu Premium?
Viu serasi dengan telefon pintar, tablet, desktop, TV pintar, dan peranti penstriman tertentu.
22. Di manakah saya boleh dapatkan aplikasi Viu?
Anda boleh muat turun aplikasi VIU dari Google Play Store atau Apple App Store.
23. Di manakah saya boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai Viu (Premium)?
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web rasmi Viu di sini.
24. Saya mempunyai pertanyaan lanjut atau isu berkaitan langganan CelcomDigi Mega Add-Ons Viu Premium. Di mana saya boleh mendapatkan bantuan?
Sila hubungi kami melalui WhatsApp.
25. Apakah terma akses saya ke Viu?
Melalui langganan Viu, sama ada anda log masuk atau melengkapkan proses pendaftaran untuk Viu, pelanggan (anda) bersetuju dan mengesahkan bahawa dia (anda) telah membaca, memahami, menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut: