Plans
Link 1
Link 2
Link 3
Mudah alih
Roaming bila melancong
Merantau dengan PrepaidMerantau dengan PostpaidUmrahLawat MalaysiaPanduan perantauanInspire
Link 1
Link 2
Di rumah
1. Apakah itu Prime Video?
Prime Video ialah akses kepada hiburan premium yang menampilkan filem blockbuster, Amazon Originals eksklusif dan pelbagai kandungan popular dari seluruh dunia. Strim perlawanan terbesar NBA dan saksikan aksi sengit bintang-bintang mereka, hanya di Prime Video tanpa caj tambahan. Dari siri epik seperti Fallout Season 2 dan A Working Man hingga drama Korea kegemaran ramai seperti Surely Tomorrow dan Nice to Not Meet You, pasti ada sesuatu untuk setiap mood dan setiap detik.
2. Apakah itu Mega Add-Ons Prime Video?
Ia merupakan langganan Prime Video berasaskan kontrak dengan kadar bulanan yang lebih rendah apabila anda komited untuk tempoh tetap selama 12 bulan. Selain akses penuh kepada kandungan Prime Video, setiap langganan juga disertakan dengan kuota tambahan 5GB setiap bulan. Untuk maklumat harga terkini, sila layari laman web CelcomDigi.
3. Di manakah saya boleh menonton Prime Video?
Anda boleh menonton Prime Video melalui pilihan berikut:
4. Adakah saya layak untuk membeli Mega Add-Ons Prime Video?
Berikut ialah pelanggan CelcomDigi Postpaid yang layak untuk membuat pembelian:
5. Apakah pakej Prime Video yang tersedia di bawah Mega Add-Ons?
Nota penting:
- Harga yang dinyatakan di atas tidak termasuk cukai 6%
- Caj penamatan awal akan dikenakan sekiranya anda membatalkan sebelum kontrak 12 bulan tamat.
- Kuota 5GB adalah Internet berkelajuan tinggi dan boleh digunakan untuk tethering/hotspot.
6. Apakah akses yang tersedia untuk Prime Video dengan CelcomDigi?
7. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Prime Video?
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.primevideo.com.
8. Bagaimanakah cara saya untuk melanggan Mega Add-Ons Prime Video?
Langganan boleh dibuat melalui aplikasi CelcomDigi.
Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi
Langkah 2: Pilih Shop dan plilih Mega Add-Ons
Langkah 3: Pilih Mega Add-Ons Prime Video & 5GB Internet
Langkah 4: Klik Confirm Subscription untuk teruskan.
9. Adakah saya akan menerima notifikasi selepas Mega Add-Ons Prime Video berjaya diaktifkan?
Anda akan menerima SMS sebaik sahaja langganan anda berjaya, bersama dengan notifikasi dalam aplikasi CelcomDigi yang mengandungi pautan pengaktifan untuk Prime Video. Kedua-duanya akan dihantar ke nombor mudah alih yang digunakan untuk langganan.
Penting: Untuk mengaktifkan akaun Prime Video anda, anda mesti klik pautan pengaktifan dalam peti masuk aplikasi CelcomDigi. Sila pastikan anda telah memuat turun aplikasi CelcomDigi dan mendaftar akaun sebelum melanggan. Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi kami pada bila-bila masa melalui WhatsApp.
10. Saya tidak menerima OTP pada telefon bimbit untuk mengaktifkan Prime Video. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sila pastikan nombor mudah alih anda adalah nombor CelcomDigi yang sama digunakan semasa melanggan. OTP hanya akan dihantar ke nombor CelcomDigi tersebut. Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui WhatsApp.
11. Saya ada masalah dengan akaun Prime Video, apakah yang perlu saya lakukan?
Untuk sebarang masalah berkaitan akaun Prime Video, anda boleh pergi ke Amazon - Help with Signing In atau hubungi CelcomDigi melalui WhatsApp.
12. Selepas pengaktifan berjaya untuk pakej ini, bagaimanakah cara untuk saya log masuk ke Prime Video?
Sila ikuti langkah berikut untuk mengaktifkan akaun Prime Video anda:
Untuk pelayar desktop:
Untuk aplikasi mudah alih iOS / Android:
Untuk peranti ruang tamu:
13. Saya telah melanggan Mega Add-Ons Prime Video. Berapa lamakah tempoh sah langganan saya?
Langganan akan diperbaharui setiap bulan selama 12 bulan berturut-turut, kecuali jika ditamatkan lebih awal oleh pengguna.
14. Bolehkah saya melanggan pakej Prime Video lebih daripada sekali pada hari yang sama?
Tidak, anda hanya boleh mempunyai satu langganan Prime Video yang aktif pada satu-satu masa. Untuk melanggan StreamMORE Prime Video Add-Ons, anda perlu menamatkan langganan Mega Add-Ons Prime Video sedia ada terlebih dahulu. Jika langganan masih dalam tempoh kontrak, caj penamatan awal akan dikenakan.
15. Bolehkah saya menggunakan langganan Prime Video pada peranti lain?
Ya, anda boleh log masuk pada peranti lain yang serasi menggunakan nombor mudah alih CelcomDigi yang digunakan semasa melanggan.
16. Bolehkah saya menggunakan kuota bonus Mega Add-Ons Prime Video ketika roaming?
Tidak. Kuota ini hanya untuk penggunaan domestik (dalam Malaysia) sahaja.
17. Bolehkah saya membatalkan langganan Mega Add-Ons Prime Video pada bila-bila masa?
Ya, tetapi anda perlu mengunjungi mana-mana Kedai CelcomDigi untuk membuat pembatalan. Namun, jika pembatalan dilakukan sebelum kontrak 12 bulan tamat:
18. Apakah berlaku jika saya menamatkan talian pascabayar saya?
Jika anda menamatkan talian pascabayar, akses Prime Video akan dihentikan serta-merta. Tiada caj pro-rata, dan caj penuh akan dikenakan. Caj penamatan awal juga akan dikenakan berdasarkan baki tempoh kontrak.
19. Saya mempunyai langganan Prime Video sedia ada melalui kaedah pengebilan lain (pengebilan operator/kad bank). Bolehkah saya tetap melanggan Mega Add-Ons Prime Video menggunakan nombor yang sama?
Ya, boleh. Namun, jika kedua-dua langganan aktif, caj bagi kedua-duanya akan dikenakan. Untuk mengelakkan caj berganda, pastikan hanya satu langganan yang aktif dengan membatalkan langganan yang lain.
20. Talian pascabayar saya digantung/dihalang. Apakah yang akan berlaku kepada langganan Mega Add-Ons Prime Video saya?
Anda tidak akan dapat mengakses atau menggunakan manfaat Mega Add-Ons Prime Video serta-merta dan caj penalti akan dikenakan.
21. Bolehkah saya memindahkan manfaat Mega Add-Ons Prime Video ke nombor lain?
Tidak. Akses/manfaat ini tidak boleh dipindahkan ke nombor mudah alih lain.
22. Saya mempunyai beberapa nombor CelcomDigi. Bolehkah saya menukar log masuk Prime Video ke nombor lain?
Tidak, akses tidak boleh dipindahkan ke nombor lain. Pelanggan hanya boleh log masuk Prime Video menggunakan nombor CelcomDigi yang digunakan semasa melanggan.
Jika anda mempunyai nombor CelcomDigi lain, anda perlu membuat langganan baru Mega Add-Ons Prime Video menggunakan nombor tersebut melalui aplikasi CelcomDigi.
23. Saya bukan pelanggan CelcomDigi. Bolehkah saya memindahkan langganan Prime Video sedia ada kepada langganan Mega Add-Ons Prime Video?
Untuk menikmati Mega Add-Ons Prime Video, anda perlu port-in ke pelan CelcomDigi Postpaid dan batalkan langganan sedia ada bagi mengelakkan caj berganda. Setelah selesai, anda boleh melanggan dan mengaktifkan Mega Add-Ons Prime Video mengikut langkah yang dinyatakan.
24. Saya mempunyai pertanyaan lanjut atau masalah dengan langganan Mega Add-Ons Prime Video. Di manakah boleh saya dapatkan bantuan
25. Apakah terma akses saya kepada Prime Video?
Dengan melanggan Prime Video, tanpa mengambil kira sama ada anda log masuk atau melengkapkan proses pendaftaran Prime Video, pelanggan (anda) bersetuju dan mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami, menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut: