Soalan Lazim: Mega Add-Ons Perantauan (Berkuat kuasa 20 Ogos 2026)

1. Apakah Mega Add-Ons yang tersedia untuk perantauan?

Mega Add-Ons perantauan membolehkan anda menikmati penggunaan perantauan pada harga diskaun dengan kontrak selama 12 bulan.‍

Pelan yang Layak Mega Add-Ons
(Langganan Bulanan dengan Kontrak 12 Bulan)
Data Perantauan 30GB + 15 Minit Panggilan Percuma
(3 Negara)
Data Perantauan 80GB + 15 Minit Panggilan Percuma
(95 Negara)
CelcomDigi Postpaid 5G 80 2026 RM30/bulan RM60/bulan
CelcomDigi Postpaid 5G 100 2026
CelcomDigi Postpaid 5G 120 2026 RM20/bulan RM35/bulan
CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026
CelcomDigi Postpaid 5G 160 2026
CelcomDigi Postpaid 5G 190 2026
CelcomDigi One Lite
CelcomDigi One Pro 2026
CelcomDigi One Ultra 2026

‍

2. Apakah negara yang layak untuk kedua-dua add-ons tersebut?

Mega Add-Ons 30GB Mega Add-Ons 80GB
3 Negara 95 Negara
Singapura, Indonesia & Thailand Albania, *Argentina, Armenia, Australia, Austria, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Belarus, Belgium, Bosnia dan Herzegovina, Brazil, Brunei Darussalam, *Bulgaria, Kemboja, Kanada, *Chile, China, Congo DRC, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Mesir, *El Salvador, Estonia, Finland, Perancis, *Georgia, Jerman, Ghana, Greece, *Guatemala, *Guernsey, Hong Kong, Hungary, Iceland, India, Indonesia, *Iraq, Ireland, Isle of Man, Itali, Jepun, Jersey, *Jordan, Kazakhstan, Kuwait, Kyrgyzstan, Laos, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Macau, Malta, *Mexico, Mozambique, Nepal, Belanda, New Zealand, Norway, Oman, Pakistan, *Peru, Filipina, Poland, Portugal, *Puerto Rico, Qatar, Romania, Rusia, Arab Saudi, Serbia, Singapura, *Slovakia, Slovenia, Afrika Selatan, Korea Selatan, Sepanyol, Sri Lanka, Sweden, Switzerland, Taiwan, Tanzania, Thailand, Timor-Leste, Turki, Ukraine, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Amerika Syarikat, Uruguay, Uzbekistan, Vietnam

‍

3. Bagaimanakah Mega Add-Ons untuk Perantauan berfungsi? ‍

Ini ialah tawaran kontrak selama 12 bulan yang menawarkan kadar perantauan diskaun di negara-negara layak yang disenaraikan di atas. Setelah langganan dibuat, kuota Internet perantauan akan diperbaharui dan dicaj pada permulaan setiap kitaran bil. Kuota Internet yang tidak digunakan akan luput.

Jika kuota Internet perantauan digunakan sepenuhnya sebelum kitaran bil seterusnya, akses data akan disekat. Untuk terus menggunakan data, anda boleh membeli mana-mana pas perantauan sedia ada.

‍

4. Bagaimanakah cara untuk melanggan ke Mega Add-Ons?

Langganan boleh dibuat melalui aplikasi CelcomDigi.‍
Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi
Langkah 2: Pergi ke ‘Shop’
Langkah 3: Pilih 'Freedom Add-Ons'
Langkah 4: Pilih add-ons yang diingini
Langkah 5: Klik 'Confirm Subscription' untuk meneruskan transaksi.

 

5. Bagaimanakah saya akan tahu jika Mega Add-Ons untuk Perantauan saya telah diaktifkan?

Anda akan menerima notifikasi pengaktifan berjaya sebaik sahaja langganan anda aktif.

 

6. Bolehkah saya masih membeli pas perantauan sekali sahaja jika saya telah melanggan Mega Add-Ons?

Ya. Anda boleh membeli pas perantauan sekali sahaja walaupun Mega Add-Ons masih aktif. Kuota akan ditolak daripada pas sekali sahaja terlebih dahulu, diikuti dengan kuota Mega Add-Ons.

 

7. Bagaimanakah cara untuk semak penggunaan?

Anda boleh menyemak penggunaan Mega Add-Ons anda pada bila-bila masa melalui aplikasi CelcomDigi dibawah bahagian 'Usage'.

 

8. Apakah yang berlaku jika saya ingin menamatkan perkhidmatan awal atau selepas 12 bulan?

Penamatan awal atau kontrak tamat akan mengikut terma & syarat Freedom Add-Ons dan Mega Add-Ons. (Rujuk Helaian Pendedahan Produk untuk butiran yuran penamatan awal atau pilihan selepas kontrak tamat).

Share this article
Copy link