Soalan Lazim: Freedom Add-Ons - Perantauan dan IDD (Bermula 20 Ogos 2026)

1. Apakah Freedom Add-Ons yang tersedia untuk Perantauan & IDD?

Bermula 20 Ogos 2026, dibawah adalah Freedom Add-Ons yang tersedia untuk Perantauan & IDD:

Pelan Freedom Add-Ons (Langganan Bulanan dengan kontrak 12 bulan)

Roaming
(Singapore, Indonesia, Thailand)
Freedom Add-Ons (Langganan Bulanan dengan kontrak 12 bulan)

IDD
(Singapore, China, UAE, Saudi)
CelcomDigi Postpaid 5G 60 SE 2026 (-RM10) x Percuma 30 Minit
CelcomDigi Postpaid 5G 80 2026 x -
CelcomDigi Postpaid 5G 100 2026 x -
CelcomDigi Postpaid 5G 120 2026 Percuma 5GB + 15 Minit Percuma 60 Minit
CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026
CelcomDigi Postpaid 5G 160 2026
CelcomDigi Postpaid 5G 190 2026
CelcomDigi One Lite
CelcomDigi One Pro 2026
CelcomDigi One Ultra 2026

‍

2. Bagaimanakah cara add-ons ini berfungsi?

Servis Butiran
Perantauan – Data Perantauan 5GB PERCUMA untuk 12 Bulan (Kontrak)
  1. Ini adalah tawaran kontrak 12 bulan yang membolehkan anda menikmati perantauan percuma di negara yang disenaraikan di atas.
  2. Sebaik sahaja anda melanggan, anda akan menerima 5GB data percuma perantauan setiap kitaran bil anda untuk negara yang terpilih.
  3. Sekiranya kuota yang diperuntukkan habis digunakan sebelum kitaran bil seterusnya, akses data akan disekat dan caj panggilan suara akan dicaj ikut penggunaan semasa seperti yang diterbitkan di laman web CelcomDigi. Untuk meneruskan penggunaan, anda boleh membeli sebarang pas perantauan.
  4. Tawaran 15 minit ini meliputi:
    1. Panggilan ke Malaysia;
    2. Panggilan dalam negara perantauan;
    3. Panggilan diterima semasa dalam perantauan;
    4. Panggilan ke negara lain semasa dalam perantauan akan dicaj ikut penggunaan yang berkenaan.
IDD – IDD minit PERCUMA untuk 12 Bulan (Kontrak)
  1. Ini adalah tawaran kontrak 12 bulan yang membolehkan anda menikmati panggilan IDD percuma ke negara yang disenaraikan di atas.
  2. Sebaik sahaja anda melanggan, minit panggilan IDD percuma setiap kitaran bil ke negara yang terpilih. Minit yang tidak diguna akan luput.
  3. Jika minit percuma telah habis digunakan sebelum kitaran bil seterusnya, panggilan berikutnya akan dicaj ikut penggunaan.

‍

3. Bagaimanakah cara untuk melanggan?

Anda boleh melanggan melalui aplikasi CelcomDigi:

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi

Langkah 2: Pergi ke tab 'Shop'

Langkah 3: Klik 'Freedom Add-Ons'

Langkah 4: Pilih Freedom Add-Ons yang anda ingini dan langgan.

‍

4. Bagaimanakah saya tahu jika add-ons saya berjaya?

Anda akan menerima notifikasi pengaktifan berjaya selepas langganan anda diaktifkan.

 

5. Bolehkah saya masih membeli pas perantauan/ IDD jika saya mempunyai Freedom Add-Ons? 

Ya. Jika anda membeli pas Perantauan/ IDD, pas yang dibeli akan sentiasa digunakan terlebih dahulu sebelum kuota Freedom Add-Ons percuma anda.

 

6. Bagaimanakah cara untuk menyemak penggunaan saya? 

Anda boleh menyemak penggunaan Freedom Add-Ons Perantauan/ IDD anda melalui aplikasi CelcomDigi dibawah bahagian 'Usage'.

 

7. Apakah yang berlaku jika saya ingin menamatkan perkhidmatan awal atau selepas 12 bulan? 

Penamatan awal atau kontrak tamat akan mengikut terma & syarat Freedom Add-Ons dan Mega Add-Ons. (Rujuk Helaian Pendedahan Produk untuk butiran yuran penamatan awal atau pilihan selepas kontrak tamat).

Share this article
Copy link