Plans
Link 1
Link 2
Link 3
Mudah alih
Roaming bila melancong
Merantau dengan PrepaidMerantau dengan PostpaidUmrahLawat MalaysiaPanduan perantauanInspire
Link 1
Link 2
Di rumah
1. Apakah PhoneCARE?
PhoneCARE adalah pelan penjagaan peranti mudah alih yang membolehkan anda menukar atau menggantikan peranti anda atas sebarang sebab, tertakluk kepada terma dan syarat PhoneCARE CelcomDigi.
Apabila anda membeli peranti secara pembelian terus (outright) dengan CelcomDigi, anda akan menikmati perlindungan PhoneCARE Swap Only selama 12 bulan tanpa sebarang caj tambahan.
2. Siapakah yang layak untuk PhoneCARE?
3. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh PhoneCARE?
Terdapat dua jenis perkhidmatan yang ditawarkan:
Tukar Peranti (Phone Swap):
Ganti Peranti (Phone Replacement):
Nota: Semua perkhidmatan adalah disediakan oleh rakan kongsi kami, Asurion Technology Malaysia Sdn. Bhd. dan caj permohonan perkhidmatan akan dikenakan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://phonecare.asurion.com/.4. Apakah caj yang perlu saya bayar?
Terdapat dua jenis caj akan dikenakan dan ia berbeza bergantung kepada jenis peranti dan harga runcit yang disyorkan (RRP) oleh CelcomDigi. Sila rujuk jadual harga di bawah untuk maklumat lanjut:
Caj ini akan dikenakan sepanjang tempoh langganan anda dan boleh dibayar secara bulanan, dicaj terus ke bil pascabayar anda.
| Harga Runcit Peranti (RRP) | Caj Bulanan | |
Tukar Peranti | Tukar & Ganti Peranti | |
RM0 - RM500 | RM4 | RM8 |
RM501 - RM1,000 | RM6 | RM12 |
RM1,001 - RM1,500 | RM8 | RM18 |
RM1,501 - RM3,000 | RM12 | RM25 |
RM3,001 - RM6,000 | RM21 | RM35 |
Melebihi RM6,000 | RM24 | RM45 |
Semua caj adalah tidak termasuk SST 6%, jika berkenaan.
Perlindungan PhoneCARE Swap Only selama 12 bulan disertakan tanpa sebarang yuran langganan tambahan apabila anda membeli peranti secara pembelian terus (outright) dengan CelcomDigi. Perlindungan ini akan disertakan secara automatik bersama peranti anda.
Nota: Untuk langganan bulanan, pelanggan perlu membayar langganan bulan pertama semasa pendaftaran, dan caj seterusnya akan dimasukkan ke dalam bil bulanan.Caj ini akan dikenakan apabila anda membuat permohonan untuk menukar atau menggantikan peranti. Sila rujuk jadual harga di bawah untuk maklumat lanjut. Bayaran perlu dibuat terus kepada penyedia perkhidmatan PhoneCARE, Asurion, melalui kad kredit atau tunai semasa penghantaran (cash on delivery).
| Harga Runcit Peranti (RRP) | Tukar Peranti (setiap permohonan) | Penggantian Peranti (setiap permohonan) |
RM0 - RM500 | RM60 | RM120 |
RM501 - RM1,000 | RM120 | RM240 |
RM1,001 - RM1,500 | RM220 | RM440 |
RM1,501 - RM3,000 | RM440 | RM880 |
RM3,001 - RM6,000 | RM700 | RM1,400 |
Melebihi RM6,000 | RM1,000 | RM2,000 |
Semua caj adalah tidak termasuk SST 6%, jika berkenaan.
5. Adakah terdapat tempoh kontrak untuk PhoneCARE?
Langganan PhoneCARE akan diperbaharui secara automatik setiap bulan.
Untuk pengguna pascabayar, perkhidmatan PhoneCARE akan diteruskan selagi langganan pelan mudah alih pascabayar anda aktif.
Perlindungan PhonecARE Swap Only selama 12 bulan yang disertakan bersama pembelian pranti secara pembelian terus (outright) tidak empunyai kontrak. Perlindungan anda akan tamat secara automatik apabila tempoh perlindungan 12 bulan berakhir.
6. Saya mempunyai peranti dengan multi-SIM. Bolehkah saya mendaftar untuk PhoneCARE?
Ya, anda boleh mendaftar peranti multi-SIM dalam PhoneCARE. IMEI utama pada peranti ini akan digunakan sebagai 'IMEI berdaftar' untuk rujukan perkhidmatan PhoneCARE anda.
7. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan untuk pendaftaran PhoneCARE?
Anda perlu menyediakan bukti pembelian (resit rasmi peranti) bagi peranti mudah alih anda. Harap maklum bahawa tempoh selama 180 hari (grace period) dari tarikh pembelian peranti diberikan untuk kelayakan pendaftaran PhoneCARE, tertakluk kepada pemeriksaan fizikal di kedai.
8. Adakah saya akan menerima sebarang notifikasi selepas pengaktifan PhoneCARE berjaya?
Bagi langganan PhoneCARE bulanan, anda akan menerima SMS pengesahan sebaik sahaja langganan anda berjaya diaktifkan. SMS tersebut akan dihantar ke nombor mudah alih yang didaftarkan untuk PhoneCARE.
Bagi peranti yang dibeli secara pembelian terus (outright), anda akan menerima e-mel daripada CelcomDigi sebaik sahaja perlindungan PhoneCARE Swap Only selama 12 bulan anda berjaya diaktifkan.
9. Adakah perkhidmatan PhoneCARE meliputi peranti boleh pakai (wearable devices) dengan fungsi SIM seperti Apple Watch (versi selular)?
Tidak, anda tidak boleh mendaftar peranti boleh pakai (wearable devices) dengan fungsi SIM ke dalam PhoneCARE.
10. Berapa banyak peranti yang boleh saya daftar dalam PhoneCARE di bawah pelan mudah alih saya?
Anda hanya boleh mendaftar satu peranti sahaja di bawah pelan mudah alih.
11. Apakah yang akan berlaku kepada PhoneCARE jika saya tidak membayar bil saya?
Perkhidmatan PhoneCARE anda akan ditamatkan secara automatik jika akaun CelcomDigi anda digantung selama lebih daripada 60 hari. Ini tidak terpakai kepada perlindungan PhoneCARE Swap Only selama 12 bulan yang disertakan bersama pembelian peranti secara pembelian terus (outright) dengan CelcomDigi.
12. Apakah langkah yang perlu saya ambil jika saya ingin membuat permohonan perkhidmatan tukar atau ganti?
Jika anda adalah pelanggan PhoneCARE, anda boleh menghantar permohonan tukar atau ganti peranti di sini.
13. Apakah waktu operasi portal dalam talian PhoneCARE?
Portal dalam talian PhoneCARE tersedia 24 jam sehari.
14. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat permohonan perkhidmatan tukar atau ganti?
Tidak ada dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat permohonan perkhidmatan, selagi langganan tukar sahaja atau tukar & ganti anda aktif serta akaun CelcomDigi anda tidak disekat.
15. Adakah saya akan menerima pakej telefon baharu untuk permohonan perkhidmatan tukar atau ganti?
Apabila anda menukar atau menggantikan peranti anda, anda akan menerima:
Peranti anda akan dihantar dalam masa 6 jam jika anda berada di Lembah Klang dan permohonan dibuat sebelum jam 3:00 petang setiap hari.
Sila rujuk jadual penghantaran berdasarkan lokasi di bawah:
Lokasi Penghantaran | Permohonan Penukaran atau Penggantian Diterima | Waktu Penghantaran |
Lembah Klang | Setiap hari dari 9:00 pagi hingga 3:00 petang | Penghantaran hari sama dalam 6 jam |
Setiap hari dari 3:00 petang hingga 9:00 malam | Penghantaran keesokan harinya | |
Bandar-bandar Utama | Setiap hari dari 9:00 pagi hingga 3:00 petang | Penghantaran keesokan harinya |
Setiap hari dari 3:00 petang hingga 9:00 malam | Dalam 48 jam | |
Kawasan Lain | Setiap hari dari 9:00 pagi hingga 3:00 petang | 72 jam |
Bandar-bandar utama termasuk: Alor Setar, George Town, Ipoh, Johor Bahru, Kangar, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuala Terengganu, Kuantan, Melaka, and Seremban.
17. Berapa kali saya boleh menukar atau menggantikan telefon saya?
Anda boleh membuat maksimum tiga permohonan perkhidmatan (sama ada tukar atau ganti) dalam tempoh 12 bulan dari tarikh permohonan perkhidmatan pertama anda. Contohnya, jika anda membuat permohonan perkhidmatan pertama pada 1 Ogos 2024, anda boleh membuat permohonan perkhidmatan kedua dan ketiga pada bila-bila masa sebelum 1 Ogos 2025. Walau bagaimanapun, permohonan perkhidmatan keempat anda hanya boleh dibuat selepas 1 Ogos 2025.
18. Apakah yang akan berlaku kepada PhoneCARE saya jika saya menukar pelan mudah alih saya?
Perkhidmatan PhoneCARE anda akan diteruskan apabila anda bertukar ke pelan mudah alih CelcomDigi yang layak. Peranti anda akan terus dilindungi dan, jika berkenaan, anda tidak perlu membuat bayaran pendahuluan sekali lagi untuk perkhidmatan PhoneCARE.
19. Apakah yang akan berlaku kepada PhoneCARE saya jika saya membeli peranti baharu dari CelcomDigi?
Anda mempunyai dua pilihan:
20. Apakah yang akan berlaku kepada PhoneCARE saya jika saya menukar nombor telefon mudah alih saya?
Perkhidmatan PhoneCARE anda akan kekal aktif di bawah nombor mudah alih baharu anda.
21. Adakah PhoneCARE akan menerima peranti dalam pelan penukaran sahaja jika IMEI tidak dapat dikesan?
Untuk kes di mana peranti tidak dapat dihidupkan atau rosak teruk, kami akan menerima permohonan penukaran berdasarkan jenama dan model yang sama seperti peranti asal yang didaftarkan. Pengesahan akan dilakukan untuk memastikan pertukaran dibuat oleh dan dihantar kepada pelanggan yang didaftarkan.
22. Saya menjumpai peranti saya yang hilang. Bolehkah saya meminta untuk membuka sekatan IMEI?
Jika anda menemui peranti anda yang hilang dan menghubungi kami sebelum menerima penghantaran peranti gantian, kami boleh membuka sekatan IMEI dan membatalkan permohonan perkhidmatan. Namun, jika anda telah menerima peranti gantian, anda perlu memulangkan peranti yang dijumpai kepada CelcomDigi.
23. Bolehkah saya memohon untuk menamatkan perkhidmatan PhoneCARE?
Ya, anda boleh membuat permohonan untuk membatalkan langganan PhoneCARE di mana-mana CelcomDigi Store atau dengan menghubungi menghubungi hotline kami. Sila ambil maklum bahawa setelah langganan PhoneCARE anda ditamatkan, anda tidak akan dapat mendaftar semula PhoneCARE untuk peranti yang sama.
Bagi perlindungan PhoneCARE Swap Only selama 12 bulan yang disertakan bersama pembelian peranti secara pembelian terus (outright), anda tidak perlu membuat permohonan pembatalan. Perlindungan tersebut akan tamat secara automatik apabila tempoh perlindungan 12 bulan berakhir.