Nota: Celcom MEGA Postpaid & EasyPhone tidak lagi tersedia di Celcom Online Store. Sebagai alternatif, terokai pelan CelcomDigi Postpaid 5G yang baru diperkenalkan, yang menawarkan 5G & 4G Tanpa Had, diskaun 50% untuk talian keluarga dan perantauan, telefon 5G percuma, telefon 5G terkini bermula dari RM1/bulan dan fibre percuma untuk pelan terpilih! Untuk maklumat lanjut, layari https://www.celcomdigi.com.
1. Apakah Bundle Peranti MEGA Pascabayar?
Bundle Peranti MEGA Pascabayar ialah pelan khas yang menawarkan harga peranti yang lebih rendah dengan kontrak 12 atau 24 bulan pada pelan MEGA. Daftar sekarang di Celcom bluecube terdekat atau Rakan Kongsi Certified Celcom.
Rujuk jadual di bawah untuk tawaran Bundle Peranti:
- Semua pembelian VAS dan/atau kandungan mudah alih OTT contohnya Video Walla, Add On, Content CMT/Games/Apps), IDD, Roaming, Airtime Share dsb tidak termasuk dalam komitmen penggunaan dan tertakluk kepada terma dan syarat VAS dan/atau kandungan mudah alih OTT masing-masing.
- Panggilan Tanpa Had hanya sah untuk semua rangkaian dan kegunaan domestik sahaja (iaitu dalam rangkaian Malaysia) tidak termasuk panggilan video, panggilan ke nombor bebas tol atau nombor dengan caj khas (iaitu 1-300/ 1-800/600, 121, TM100, 1MOCC, IDD, panggilan ke Singapura & IDD /panggilan sempadan ke Brunei).
Nota: Pelanggan mesti berjaya membuat pemindahan masuk/ port-in ke Celcom sebelum sebarang peranti diberikan.
2. Siapakah yang layak melanggan Bundle Peranti MEGA Pascabayar?
- Pelanggan baru dan sedia ada
- Pelanggan port-in
- Penukaran pelan
- Prabayar kepada Pascabayar
3. Apakah pelan yang layak untuk daftar Bundle Peranti MEGA Pascabayar?
4. Bolehkah saya melanggan lebih daripada 1 peranti melalui Program Bundle Peranti dengan Pelan MEGA?
Ya, anda boleh mendaftar sehingga 2 peranti melalui Kontrak Bundle Peranti:
5. Bolehkah warga asing melanggan Bundle Peranti MEGA Pascabayar?
Ya, warga asing boleh melanggan Bundle Peranti MEGA Pascabayar dengan bayaran deposit sebanyak RM500 selain daripada bayaran pendahuluan yang diperlukan.
6. Berapakah bayaran pendahuluan untuk Bundle Peranti MEGA Pascabayar?
Bayaran pendahuluan untuk Bundle Peranti MEGA Pascabayar bergantung kepada pelan dan peranti.
7. Adakah saya layak untuk pengecualian bayaran pendahuluan?
Jumlah pengecualian akan bergantung kepada skor CTOS.
8. Adakah bayaran pendahuluan akan dikembalikan?
Tidak, namun bayaran pendahuluan akan dikreditkan semula ke dalam bil anda dalam tempoh 10 bulan. Sekiranya berlaku penamatan awal, baki bayaran pendahuluan akan dibatalkan.