Plans
Link 1
Link 2
Link 3
Mudah alih
Roaming bila melancong
Merantau dengan PrepaidMerantau dengan PostpaidUmrahLawat MalaysiaPanduan perantauanInspire
Link 1
Link 2
Di rumah
1. Apakah proses pemasangan CelcomDigi Fiber?
Sebaik sahaja anda mendaftar untuk CelcomDigi Fiber di laman sesawang atau di mana-mana kedai CelcomDigi atau agen fiber yang sah:
2. Adakah pemasangan saya percuma?
Semua pemasangan standard adalah percuma dan berdasarkan kriteria berikut:
Pemasangan standard akan mengambil masa dalam 2 jam. Tempohnya berbeza dari rumah ke rumah bergantung pada jarak kabel fiber dan faktor lain.
3. Adakah terdapat sebarang penggerudian atau pemasangan secara fizikal yang terlibat?
Penggerudian mungkin diperlukan untuk menyambungkan perkhidmatan ke rumah anda. Anda perlu bersetuju dengan penggerudian dan reka bentuk sambungan sebelum pemasangan. Penggerudian dan kerja tambahan mungkin memerlukan perubahan tambahan. Pemasang fiber kami akan menasihati anda tentang bayaran sebelum kerja dimulakan. Jika anda adalah pelanggan fiber sedia ada dengan pembekal telekomunikasi lain, pemasangan fizikal tidak diperlukan kerana penghala (router) akan disambungkan kepada modem yang sama yang anda gunakan pada masa ini.
4. Apakah yang berlaku jika saya sudah mempunyai fiber daripada penyedia perkhidmatan lain di rumah?
Langkah 1: Kunjungi mana-mana kedai CelcomDigi atau bercakap dengan ejen Fiber kami yang sah untuk melanggan CelcomDigi Fiber. Anda perlu memberikan PDF/foto yang diminta bagi bil fiber/bil utiliti anda yang sedia ada dan lokasi Peta Google anda untuk permohonan permintaan pertukaran perkhidmatan.Anda akan diberikan ID Permintaan Pemindahan.
Langkah 2: Anda dinasihatkan untuk membayar sebarang bil tertunggak dan menyemak tarikh tamat kontrak perkhidmatan sedia ada anda.
Langkah 3: Dalam masa 10 hari, anda akan menerima panggilan pengesahan daripada penyedia perkhidmatan semasa anda. Jika anda tidak menerima panggilan atau ingin mempercepatkan proses, anda boleh menelefon cawangan penyedia perkhidmatan semasa anda.
Langkah 4: Kami akan memberitahu anda sebaik sahaja ia diluluskan atau ditolak.
Langkah 5: Setelah berjaya, anda boleh membuat temu janji pemasangan. Anda tidak perlu menyerahkan peralatan fiber anda sehingga pemasangan CelcomDigi dilakukan. Pemasangan CelcomDigi Fiber akan siap dalam masa 10 hari.
Nota: Perkhidmatan fiber semasa anda dari penyedia sedia ada akan ditamatkan dalam tempoh 10 hingga 15 hari selepas tarikh kelulusan permohonan pemindahan.
5. Bagaimanakah jika permintaan saya dianggap sebagai pemasangan bukan standard?
Jika pemasangan anda tidak memenuhi kriteria untuk pemasangan standard, ia akan dianggap sebagai pemasangan bukan standard, iaitu:
Terdapat kos tambahan yang perlu dibayar terus kepada pemasang. Sila minta resit dengan caj yang terperinci dan tempoh jaminan yang dinyatakan dengan jelas. Kerja-kerja tersebut mesti disiapkan atas perbelanjaan pelanggan dan CelcomDigi tidak akan bertanggungjawab di atas kualiti atau kesempurnaan kerja tersebut.
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi kami di sini.