Info Keseluruhan Produk:
Easy360 merupakan program ansuran/permilikan peranti dengan tawaran terbaik untuk telefon terkini. Bergantung kepada kelayakan, pelanggan dapat menikmati:
- Pelbagai pilihan peranti 5G
- Pelan ansuran termudah dengan pilihan antara kontrak 24 bulan ataupun 36 bulan
- Tiada bayaran pendahuluan
Tarikh berkuatkuasa: 7 Julai 2026
1. Kelayakan Pelan dan Peranti
- Pelan selain dari yang disenaraikan di atas tidak berkenaan dengan Easy360.
- Lihat senarai peranti Easy360 di sini.
2. Kelayakan Pelanggan
- Warganegara Malaysia
- Pelanggan CelcomDigi:
- Perubahan pelan
- Prabayar-ke-Pascabayar
- Pelanggan bukan CelcomDigi:
- Port-in daripada syarikat telekomunikasi lain
- Pendaftaran talian baharu
Pelanggan yang layak harus membenarkan pengambilan cap jari biometrik semasa pendaftaran. Cap jari ini harus sepadan untuk menyelesaikan proses pendaftaran.
Untuk transaksi kad kredit:
- Langgan auto-bayaran adalah wajib sepanjang tempoh kontrak.
- Kad kredit pihak ketiga tidak dibenarkan.
Nota: Talian individu korporat dan SME tidak layak untuk Easy360.
3. Pendaftaran
Anda boleh melanggan Easy360 di mana-mana cawangan CelcomDigi Store atau secara atas talian.
4. Bayaran Pendahuluan Peranti
- Pelanggan mungkin perlu membuat Pembayaran Pendahuluan Peranti, tertakluk kepada kelayakan pelanggan.
- Bayaran pendahuluan akan berbeza berdasarkan peranti yang anda pilih.
- Bayaran pendahuluan peranti akan dikembalikan kepada anda sepanjang tempoh kontrak peranti anda.
5. Yuran
Yuran Bulanan
Yuran Penamatan
Jika pelanggan membatalkan atau keluar daripada kontrak Easy360, pelanggan yang layak akan dikenakan yuran penamatan awal berdasarkan baki yuran bulanan bagi tempoh kontrak.
Yuran penamatan tertakluk untuk:
- Penamatan awal
- Penamatan secara sukarela
- Pembaharuan awal
- Turun taraf pelan
Yuran penamatan akan dikecualikan jika pelanggan menaik taraf pelan pascabayar kepada pelan dengan nilai komitmen yang lebih tinggi. Namun, sila ambil perhatian bahawa tempoh kontrak Easy360 akan diteruskan dan yuran peranti bulanan akan kekal sama.