Plans
Link 1
Link 2
Link 3
Mudah alih
Roaming bila melancong
Merantau dengan PrepaidMerantau dengan PostpaidUmrahLawat MalaysiaPanduan perantauanInspire
Link 1
Link 2
Di rumah
Maklumat Produk:
CelcomDigi Postpaid 5G 2026 menawarkan Internet tanpa had pada kelajuan tanpa had bermula dari RM120/sebulan, telefon 5G percuma, diskaun 50% untuk pas perantauan, serta faedah keselamatan dan hiburan terbina dalam. Pelanggan boleh memilih mana-mana pelan baharu CelcomDigi Postpaid 5G 2026 sebagai pelan talian tambahan, dengan talian tambahan tersebut menikmati faedah yang sama seperti pelan talian utama, tidak termasuk Pakej MegaJimat dan Easy360. Pelanggan juga boleh menikmati diskaun sehingga 50% bagi pelan talian tambahan, selain akses kepada rangkaian peranti 5G premium yang paling luas.
Tarikh Berkuat kuasa: 7 Julai 2026 - kini
1. Caj yang dipaparkan tidak termasuk semua cukai yang berkenaan, termasuk cukai perkhidmatan.
2. Kuota tanpa had adalah tertakluk kepada Polisi Penggunaan Saksama CelcomDigi. Maklumat lanjut boleh didapati di sini untuk pelanggan rangkaian Celcom (rujuk halaman 36) dan di sini untuk pelanggan rangkaian Digi (rujuk halaman 42).
3. Pelanggan boleh memilih mana-mana pelan baharu CelcomDigi Postpaid 5G 2026 sebagai talian tambahan. Talian tambahan menikmati faedah pelan yang sama seperti talian utama yang sepadan, kecuali akses kepada Pakej MegaJimat, Easy360 dan penambahan talian tambahan, yang terpakai secara eksklusif kepada talian utama. Semua talian tambahan mesti didaftarkan di bawah pelan utama CelcomDigi Postpaid 5G 2026 yang aktif.
4. “Pelan Suara” merujuk secara khusus kepada pelan postpaid talian tambahan yang merangkumi perkhidmatan panggilan suara.
1. Berapakah jumlah yang saya perlu bayar semasa pendaftaran?
Komitmen bulan pertama anda akan diproratakan.
2. Jika saya port-in talian dari penyedia perkhidmatan lain ke CelcomDigi, adakah saya akan menikmati pengecualian bayaran pendahuluan pelan?
Ya, anda akan mendapat pengecualian bayaran pendahuluan untuk semua talian yang anda port-in ke CelcomDigi di kedai fizikal sahaja.
3. Siapa yang akan dikenakan caj pemprosesan?
Semua pendaftaran baharu, penukaran talian prabayar ke pascabayar dan port-in dari penyedia perkhidmatan lain akan dikenakan caj pemprosesan dalam bil pertama.
4. Siapa yang akan dikenakan caj SIM?
Semua pendaftaran baharu, penukaran talian prabayar ke pascabayar dan port-in dari penyedia perkhidmatan lain akan dikenakan caj pemprosesan dalam bil pertama.
Anda boleh mendaftar untuk pelan ini di:
Semua warganegara Malaysia, pemastautin tetap atau warga asing dengan permit jangka panjang; yang berumur 18 tahun dan keatas boleh mendaftar untuk talian pascabayar dengan CelcomDigi.
Freedom Add-Ons & Mega Add-Ons adalah faedah eksklusif yang boleh anda boleh nikmati dengan pelan Pascabayar anda; sesuai dengan gaya hidup anda. Semua Freedom Add-Ons & Mega Add-Ons disertakan dengan kontrak 12 bulan. Jika anda menamatkan kontrak anda lebih awal, caj penamatan awal akan dikenakan.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Freedom Add-Ons & Mega Add-Ons, sila rujuk Helaian Pendedahan Produk: CelcomDigi Postpaid Freedom Add-Ons & Mega Add-Ons.