CelcomDigi 5G Home WiFi

Soalan Lazim:

‍

1. Apakah pelan yang tersedia untuk CelcomDigi 5G Home WiFi?

CelcomDigi 5G Home WiFi menawarkan data 5G/4G tanpa had, router percuma dan langganan Viu Premium, dengan pilihan untuk melanggan pelan CelcomDigi 5G Home WiFi 99 (Essential) atau CelcomDigi 5G Home WiFi 149 (Premium).

‍

Tarikh Berkuat Kuasa: 18 Disember 2025

‍

Pelan 5G Home WiFi:

PelanCelcomDigi 5G Home WiFi 99 (Essential) CelcomDigi 5G Home WiFi 149 (Premium)
Komitmen Bulanan (RRP)RM99RM149
Rebat Bulanan- RM10- RM40
Komitmen Bulanan BersihRM89RM109
Harga PerantiPercuma
Pendahuluan PerantiRM100RM200
Jenis RouterTozed ZLT C200Brovi H162 by Huawei
Kuota Internet BulananData 5G/4G Tanpa Had
Kelajuan InternetSehingga 200Mbps *Tanpa Had
Sesuai UntukPelajar dan penyewa bilikKeluarga dan penyewa rumah
Keupayaan PerantiMenyokong sambungan sehingga 32 perantiMenyokong sambungan sehingga 128 peranti
Kontrak24 Bulan
Port Gigabit Ethernet1 Gigabit Ethernet Port1 Gigabit + 1 2.5G Ethernet Port
Add-OnsViu Premium Percuma selama 24 bulan

* Tawaran Masa Terhad.

‍

Nota:

  • Deposit peranti RM100 untuk router Tozed ZLT C200 dan RM200 untuk router Brovi H162 by Huawei mungkin dikenakan, tertakluk kepada kriteria kelayakan. Deposit ini akan dikreditkan ke bil bulanan anda secara ansuran selama 10 bulan.
  • Bagi bukan warganegara Malaysia, deposit tambahan sebanyak RM500 diperlukan semasa pendaftaran.
  • Caj pemprosesan sekali sahaja sebanyak RM10 akan dikenakan semasa pendaftaran. Caj SIM sekali sahaja sebanyak RM5 juga akan dikenakan untuk penyediaan kad SIM baru. Kedua-dua caj ini akan dipaparkan dalam bil pertama anda.

‍

2. Apakah perbezaan antara CelcomDigi 5G Home WiFi dan menggunakan pelan data pascabayar atau prabayar CelcomDigi saya untuk hotspot di rumah?

CelcomDigi 5G Home WiFi menyediakan sambungan yang stabil dan berkelajuan tinggi dengan data tanpa had, sesuai untuk pelbagai peranti di rumah. Ia menggunakan router khusus, memastikan prestasi lebih baik untuk penstriman, permainan dalam talian, dan kerja.

‍

Sebaliknya, hotspot pascabayar atau prabayar bergantung pada data mudah alih anda, yang mungkin menyebabkan kelajuan lebih perlahan, gangguan sambungan, dan penggunaan bateri yang tinggi. Untuk penyelesaian internet rumah yang boleh dipercayai, CelcomDigi 5G Home WiFi adalah pilihan yang lebih baik.

‍

3. Siapa yang boleh mendaftar ke pelan ini?

Pelan CelcomDigi 5G Home WiFi terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

‍

4. Bagaimana cara untuk melanggan pelan CelcomDigi 5G Home WiFi?
Anda boleh melanggan pelan CelcomDigi 5G Home WiFi di kedai CelcomDigi terdekat.

‍

5. Bagaimana jika kawasan saya mempunyai liputan 5G yang lemah atau tidak stabil?

Jangan risau! Jika signal 5G anda terputus, router akan beralih secara automatik ke 4G, memastikan sambungan yang lancar.

‍

Kelajuan 4G (20Mbps hingga 100Mbps) masih cukup pantas untuk penstriman HD/4K yang lancar, permainan dalam talian yang responsif (latensi 30–50ms), serta panggilan video atau kerja jarak jauh yang boleh dipercayai. Walaupun liputan 5G lemah, anda masih akan menikmati pengalaman internet yang stabil dan mantap.

‍

6. Bagaimana cara untuk menyemak jika kawasan saya mempunyai 5G?

Anda boleh menyemak liputan 5G di di sini.

‍

7. Bolehkah saya dapatkan pelan ini tanpa kontrak?

Semua pelan CelcomDigi 5G Home WiFi disertakan sekali dengan router dan kontrak 24-bulan.

‍

8. Adakah saya dibenarkan untuk menukar pelan CelcomDigi 5G Home WiFi plan?

Ya, anda boleh menaik taraf pelan pada bila-bila masa, termasuk semasa tempoh kontrak. Setiap naik taraf akan menyambung kontrak sedia ada selama 24 bulan. Penurunan pelan tidak dibenarkan.

‍

9. Bolehkah saya membuat panggilan atau menghantar SMS dengan pelan ini?
Tidak, pelan ini hanya untuk WiFi dan tidak menyokong panggilan atau SMS.

‍

10. Bolehkah saya menggunakan CelcomDigi 5G Home WiFi di luar Malaysia?
Tidak, perkhidmatan ini hanya boleh digunakan di Malaysia.

‍

11. Bagaimanakah cara untuk memasang router?
Tiada pemasangan diperlukan kerana ia adalah penghala pasang dan guna. Ikuti langkah berikut untuk mula menggunakan internet rumah anda:

Langkah 1: Cari lokasi dalam rumah dengan isyarat 5G paling kuat (berhampiran tingkap adalah lokasi terbaik) dan soket elektrik

Langkah 2: Sambungkan router dan hidupkan

Langkah 3: Lampu LED pada router akan menunjukkan kekuatan isyarat.

‍

Jika anda memerlukan maklumat lanjut, sila rujuk e-panduan.

‍

12. Adakah data 5G/4G tanpa had benar-benar tanpa had?

Ya, anda boleh menggunakan data 5G/4G tanpa had. Walau bagaimanapun, kuota tanpa had ini tertakluk kepada Polisi Penggunaan Saksama (FUP) CelcomDigi. Sila rujuk Terma & Syarat kami untuk maklumat lanjut.

‍

13. Adakah router mempunyai tempoh jaminan?
Ya, kedua-dua router Tozed ZLT C200 dan Brovi H162 by Huawei mempunyai jaminan 24-bulan bermula dari tarikh pembelian.

‍

14. Router saya rosak, apa yang perlu saya buat?
Jika router anda mengalami masalah dalam tempoh waranti, anda boleh mendapatkan penggantian di mana-mana kedai CelcomDigi.

‍

Namun, waranti tidak meliputi kerosakan fizikal, kerosakan akibat air, kilat, atau kecuaian. Jika router rosak kerana sebab ini, anda boleh membeli penggantian pada harga runcit biasa.

‍

15. Apakah peranti yang boleh disambungkan ke router?
Anda boleh menyambungkan sebarang peranti yang menyokong WiFi seperti komputer riba, telefon, TV pintar, konsol permainan, dan peranti rumah pintar.

‍

16. Apakah perbezaan antara WiFi 2.4 GHz dan 5 GHz?
WiFi 2.4 GHz mempunyai jangkauan lebih luas tetapi lebih perlahan, manakala WiFi 5 GHz lebih pantas tetapi jangkauannya lebih pendek. Jika anda memerlukan liputan lebih baik, sambungkan ke 2.4 GHz. Jika mahukan kelajuan lebih tinggi dan kurang gangguan, sambungkan ke 5 GHz.

‍

17. Bolehkah saya menyimpan router selepas kontrak tamat?

Ya, setelah kontrak anda tamat, router adalah milik anda tetapi ia hanya boleh digunakan dengan pelan CelcomDigi 5G Home WiFi.

‍

18. Bagaimana saya boleh melanggan langganan Viu Premium percuma 24 bulan saya?
Langganan Viu Premium anda akan diaktifkan secara automatik setelah anda berjaya melanggan ke pelan CelcomDigi 5G Home WiFi. Bagi log masuk kali pertama, lancarkan aplikasi Viu atau layari laman web Viu dan masukkan nombor CelcomDigi 5G Home WiFi anda. Anda boleh merujuk untuk maklumat lanjut di sini.

‍

19. Bagaimana jika saya ingin membatalkan pelan saya?
Untuk batalkan pelan CelcomDigi 5G Home WiFi, sila lawati kedai CelcomDigi terdekat. Jika anda membatalkan sebelum kontrak 24 bulan tamat, bayaran penalti akan dikenakan seperti berikut:

  • Nilai Komitmen Bulanan x jumlah baki bulan, atau
  • Minimum RM500, mana-mana yang lebih tinggi

‍

20. Apakah perbezaan antara CelcomDigi 5G Home WiFi dan CelcomDigi Fibre?

Perbezaan antara kedua-duanya ialah jenis sambungan internet yang digunakan:

  • 5G Home WiFi menggunakan isyarat 5G tanpa wayar, jadi ia sangat mudah untuk dipasang — hanya sambungkan router dan anda terus boleh online. Namun, kerana ia bergantung pada rangkaian mudah alih, kelajuan dan kestabilan boleh berbeza bergantung pada kawasan dan kekuatan isyarat.
  • Fibre menggunakan kabel gentian optik khusus, memberikan sambungan yang lebih stabil dan konsisten dengan kelajuan lebih pantas, latensi rendah, serta tiada gangguan akibat kesesakan rangkaian. Jika anda menonton 4K, bermain permainan, atau bekerja dari rumah, Fibre adalah pilihan terbaik untuk pengalaman yang lancar.

‍

21. Saya telah melanggan ke pelan CelcomDigi 5G Home WiFi 99 (Essential) tapi saya ingin naik taraf ke pelan CelcomDigi 5G Home WiFi 149 (Premium). Bolehkah saya bertukar pelan?

Ya, anda boleh menaik taraf pelan untuk menikmati kelajuan tanpa had. Namun, router baru tidak akan diberikan jika router semasa anda masih dalam tempoh kontrak.

‍

22. Apakah ciri AI yang ada pada Brovi H162 by Huawei?

Router ini dilengkapi dengan App Turbo (AI), satu ciri yang membantu mengoptimumkan prestasi rangkaian anda untuk permainan, penstriman atau mesyuarat dalam talian. Anda hanya perlu memilih senario yang diingini melalui portal web.

‍

Setelah senario dipilih, router akan memberi keutamaan dan mengoptimumkan trafik untuk aplikasi berkaitan, sekali gus membantu mengurangkan latensi serta memberikan pengalaman yang lebih lancar dan responsif.

‍

Sila ambil maklum bahawa App Turbo (AI) tidak meningkatkan isyarat rangkaian yang lemah. Jika anda berada di kawasan dengan liputan yang kurang baik, kekuatan isyarat akan kekal sama. Namun, ciri ini tetap akan mengoptimumkan prestasi rangkaian berdasarkan senario yang dipilih untuk memberikan pengalaman terbaik di bawah keadaan semasa.

23. Bagaimana cara untuk memilih senario App Turbo (AI)?
Langkah 1: Sambung ke rangkaian WiFi rumah
Langkah 2: Akses portal web 192.168.8.1.
Langkah 3: Masukkan akaun admin pengguna dan kata laluan peranti (tertera di bahagian bawah label peranti)
Langkah 4: Pada bahagian atas bar menu, pilih 'Advanced > App Turbo'

‍

Langkah 5: Secara automatik, App Turbo (AI) akan diaktifkan untuk senario permainan. Anda boleh memilih senario yang diingini melalui menu dropdown

A screenshot of a computer Description automatically generated

Langkah 6: Jika aplikasi yang ingin dioptimumkan sudah dibuka sebelum senario dipilih, anda perlu memulakan semula aplikasi tersebut agar pengoptimuman dapat berkuat kuasa.

‍

24. Apakah aplikasi yang disokong bagi setiap senario App Turbo?

Nama AplikasiPlatform dan Versi AplikasiSenario
1v1_LOL
  • Windows:4.701
Permainan
Among Us
  • Android:2023.11.28
  • iPhone:2023.11.28
  • PS4:1.24
  • Windows:2023.11.28
  • XboxOne:2024.3.5.3
Permainan
Apex Legends
  • Android:1.2.886.103
  • iPhone:1.2.886
  • PS4:3.0.2.171
  • Windows:3.0.68.50
  • XboxOne:1.5.7
Permainan
Arena of Valor
  • Android:1.56.1.3
  • iPhone:1.56.1.3
Permainan
BloodStrike
  • Android:1.003.639276
  • iPhone:1.003.60
Permainan
Brawl Stars
  • Android:55.246
  • iPhone:55.246
Permainan
Brawlhalla
  • Android:8.12
  • iPhone:8.12
  • Windows:8.12
Permainan
Call Of Duty Modern Warfare 2
  • Windows:9.29.17.006949
Permainan
Call Of Duty Warzone
  • Windows:2.9.29.17.006949
Permainan
Call Of Duty: Mobile
  • Android:1.9.47.8.7100
  • iPhone:1.9.47.11.7285
    PS4:2.5
  • Windows:1.0.12
  • XboxOne:1.0.33.10436
Permainan
CallOfDutyBlackOps6
  • PS4:1.59
  • Windows:11.2.20428328
  • XboxOne:1.0.58.0
Permainan
CallOfDutyModernWarfare3
  • PS4:1.59
  • Windows:10.19.20169810
  • XboxOne:1.0.58.0
Permainan
Clash Of Clans
  • Android:16.517.16
  • iPad:10.134.15
  • iPhone:16.517.16
Permainan
Clash Royale
  • Android:80256051
  • iPad:3.1051.6
  • iPhone:8.256.47
Permainan
Counter-Strike: Global Offensive
  • Windows:20240710
Permainan
Dead by Daylight
  • Windows:8.3.2
Permainan
Destiny 2
  • Windows:8.0.0.6
Permainan
Diablo Immortal
  • Android:1.7.4
  • iPhone:1.7.4
  • Windows:1.13
Permainan
Dota 2
  • Windows:7.35c
Permainan
EAFC24
  • PS4:20241022
  • Windows:20241018
Permainan
EAFC25
  • PS4:1.06
  • Windows:20241017
  • XboxOne:1.1.116.13833
Permainan
EaFIFA
  • Android:20.1.03
  • iPhone:20.1.02
  • PS4:2021.04.09
  • Windows:2024.03.05
Permainan
FIFA Mobile Soccer
  • Android:23.1.05
  • iPhone:23.1.05
Permainan
FIFA23
  • Windows:2024.03.19
  • XboxOne:2023.06.29
Permainan
Fortnite
  • Android:31.30.36600465
  • iPad:4.3.1
  • iPhone:13.30
  • Switch:29.20.0
  • Windows:31.10.35815136
  • XboxOne:1.0.3282.3644
Permainan
Free Fire
  • Android:1.108.1
  • iPhone:1.108.1
Permainan
Gang Beasts
  • Windows:1.21.992
Permainan
Garena Realm of Valor
  • Android:1.56.1.6
  • iPhone:1.55.1.36
Permainan
Garena Speed Drifters
  • Android:1.47.0.60405
  • iPhone:1.47.0.60411
  • Windows:19636
Permainan
Genshin Impact
  • Android:5.2.0
  • iPhone:5.2.0
  • Windows:5.2.0
Permainan
Grand Theft Auto V
  • Android:1.68
  • Windows:1.0.3095.0
Permainan
HaloInfinite
  • Windows:8.10025.18337.0
Permainan
Hearth Stone
  • Android:22.4.131660
  • iPhone:22.4.131660
  • Windows:24.0.0.145077
Permainan
Honkai Impact 3
  • Android:6.6.0
  • iPhone:6.6.0
Permainan
Identity V
  • Android:1.0.1591972
  • iPhone:1.0.114
  • Windows:2.0.892516
Permainan
Identity V(China)
  • Android:2.0.1917379
  • iPhone:1.5.99
  • Windows:1.0.407150
Permainan
Knives Out
  • Android:1.330.650032
  • iPhone:11.8
  • Windows:1.0.34
Permainan
League Of Legends
  • Android:2.6.4.208
  • Windows:14.23
Permainan
League Of Legends(China)
  • Android:5.2.50.170
  • iPhone:5.2.0.8064
  • Windows:14.23
Permainan
MLBangBang
  • Android:1.9.42.10341
  • iPhone:1.9.08.983.3
Permainan
MagicTiles
  • Android:11.034.005
  • iPhone:11.043.007
Permainan
Minecraft
  • Android:3.0.15.256123
  • iPhone:3.0.20
  • PS4:1.20.73
  • Switch:1.20.72
  • Windows:1.2.16.0
  • XboxOne:1.20.72
Permainan
NBA2K
  • Windows:2022.05.13
Permainan
NBA2K23
  • iPhone:1.20
  • Windows:2022.12.12
Permainan
NBA2K24
  • PS4:1.12
  • Windows:20241024
  • XboxOne:1.0.0.15
Permainan
NBA2K25
  • PS4:1.05
  • Windows:2.0
  • XboxOne:1.0.0.10
Permainan
Nvidia Geforce Now
  • Android:6.09.33963494
  • OS X:2.0.41.103
  • Windows:2.0.59.243
Permainan
OnePunchManWorld
  • Android:1.1.0
  • iPhone:1.1.0
  • Windows:1.0.0
Permainan
Onmyoji Arena
  • Android:1.109.2366
  • iPhone:1.109.2648
Permainan
OverWatch
  • PS4:3.09
  • Windows:2.12.0.1.129218
  • XboxOne:3.09
Permainan
PUBG Mobile
  • Android:3.5.0.19398
  • iPhone:3.5.0.19383
Permainan
PUBG Mobile(China)
  • Android:1.29.13.13065
  • iPhone:1.29.13.12987
Permainan
PUBG PC
  • PS4:2.58
  • Windows:32.2.2
  • XboxOne:528.2.1.27
Permainan
Playhera
  • Android:2.52.2
  • iPhone:2.52.0
Permainan
Princess Integrity
  • Android:2.4.7
  • iPhone:2.4.7
Permainan
RagnarokOnline
  • Android:5.3.5.209
  • iPhone:5.3.5.209
  • Windows:20201009
Permainan
Rainbow Six Siege
  • Windows:20240407
Permainan
Redmatch2
  • Windows:1.36.3
Permainan
Rise Of Kingdoms
  • Android:1.0.64.16
  • iPhone:1.0.64.16
  • Windows:1.0.37.31
Permainan
Roblox
  • Android:2.642.635
  • iPhone:2.642.637
  • PS4:1.27
  • XboxOne:1.620.463.0
Permainan
Rocket League
  • Windows:441123
Permainan
Rust
  • Windows:254
Permainan
Sea of Thieves
  • Windows:2.8.3
Permainan
SquadBusters
  • Android:60420015
  • iPhone:6.420.12
Permainan
StarCraft
  • Windows:5.0.13.92440
Permainan
Stardew Valley
  • Windows:1.5.6
Permainan
Terraria
  • Android:1.4.4
  • iPhone:1.4.49300
  • Windows:1.4.4.9
Permainan
TheFinals
  • Windows:4.9.0
Permainan
Three Kingdoms: Strategic Edition
  • Android:2039.982
  • iPhone:2044.1043
  • Windows:185.205
Permainan
Valorant
  • Windows:09.00.00.2628993
Permainan
Wang Zhe Rong Yao
  • Android:10.1.1.28
  • iPhone:10.1.1.49
Permainan
Warface
  • Android:4.1.3
  • iPhone:4.1.3
  • Windows:1.2.11.28353
Permainan
World Of Tanks
  • Android:11.1.1.164
  • iPhone:11.4.1
  • PS4:28.03.03.1008
    Windows:1.26.1.1
Permainan
World Of Warcraft
  • Windows:11.0.2.56819
Permainan
World Of Warships
  • Android:4.4.4
  • iPhone:4.4.5
  • Windows:2.44
Permainan
WutheringWaves
  • Android:1.2.0
  • iPhone:1.2.0
  • Windows:1.5.3.0
Permainan
Bilibili
  • Android:8.24
  • iPhone:8.21.0
  • Windows:1.14.2
Penstriman
DouYin
  • Android:32.5.0
  • iPhone:32.5.0
  • Windows:4.8.1
Penstriman
KuaiShou
  • Android:12.10.40.39438
  • iPhone:12.10.40
  • Windows:5.80.0.3241
Penstriman
Kwai
  • Android:10.11.10.538003
  • iPhone:10.11.50.502171
Penstriman
MangoLive
  • Android:2.7.8
  • iPhone:2.6.4
Penstriman
Pinterest
  • Android:12.16.0
  • iPhone:12.16
Penstriman
TikTok
  • Android:37.9.3
  • iPhone:37.8.0
  • Windows:1.0.5.0
Penstriman
TwitchTV
  • Android:21.9.1
  • iPhone:21.8
  • Windows:8.0.0
Penstriman
DingDing
  • Android:7.6.32.10
  • iPhone:7.6.35
  • Windows:7.6.35.121610811
Mesyuarat
DingTalk
  • Android:7.6.14.1
  • iPhone:7.6.13
  • Windows:7.6.13
Mesyuarat
GoToMeeting
  • Android:2024.11.2
  • iPhone:2024.12.0
  • Windows:4.11.0
Mesyuarat
GoogleMeet
  • Android:280.0.697572660
  • iPhone:274.0
Mesyuarat
MicrosoftTeams
  • Android:1416.1.0.0.2024182802
  • iPhone:6.22.1
  • Windows:24277.3507.3205.5228
Mesyuarat
Slack
  • Android:24.10.50.0
  • iPhone:24.10.50
  • Windows:4.32.122
Mesyuarat
TencentMeeting
  • Android:3.30.11.425
  • iPhone:3.29.10
  • Windows:3.30.1.471
Mesyuarat
Viber
  • Android:23.9.1.0
  • iPhone:23.9.0
  • Windows:24.0.0.0
Mesyuarat
WebEx
  • Android:44.3.0.109
  • iPhone:44.3.1
  • Windows:44.3.0.28993
Mesyuarat
Zoom
  • Android:6.2.5.25145
  • AndroidPad:5.13.5.11533
  • iPad:5.13.5.6434
  • iPhone:6.2.3
  • OS X:5.13.6.14918
  • Windows:6.3.0
Mesyuarat
Share this article
Copy link