Add-On Panggilan Suara

1. Apakah Add-On Panggilan Suara? 

Anda akan menikmati panggilan tanpa had ke rangkaian Celcom sahaja. 


2. Bagaimanakah saya boleh melanggan Add-On Panggilan Suara? 

Anda boleh melanggan melalui Aplikasi CelcomDigi atau dail *118*3#. 


3. Adakah pembaharuan automatik tersedia untuk Panggilan Tanpa Had ke Rangkaian Celcom Add-On? 

Pembaharuan automatik hanya tersedia untuk Panggilan Tanpa Had mingguan ke Rangkaian Celcom Add-On. 

Anda boleh menghentikan pembaharuan automatik melalui Aplikasi CelcomDigi atau hanya dail *118*3#. 


4. Apakah kedudukan keutamaan penggunaan untuk Panggilan Suara? 

  1. Hadiah percuma (freebies)
  2. Add-On
  3. Bayar setiap penggunaan

  

5. Apakah yang berlaku jika saya melanggan beberapa Add-On Panggilan Suara (Rangkaian Celcom) pada satu masa?

Langganan berbilang tidak tersedia untuk Add-On Panggilan Suara. 


6. Apakah yang berlaku jika saya memanggil nombor yang tidak berada dalam Rangkaian Celcom?

Anda akan dikenakan kadar panggilan suara mengikut pelan prabayar anda.

Share this article
Copy link