Berikut adalah beberapa langkah penyelesaian masalah kendiri yang boleh anda lakukan jika mengalami masalah berikut:
1. Periksa liputan rangkaian di kawasan anda dan pastikan tiada gangguan perkhidmatan.
2. Pastikan talian anda aktif. Anda boleh menyemak status talian anda melalui aplikasi Celo
3. Semak tetapan peranti berikut:
Untuk Isu Panggilan
- Pastikan Mod Pesawat (Airplane Mode) pada peranti anda dimatikan.
- Pastikan Mod Jangan Ganggu (Do Not Disturb) pada peranti anda dimatikan.
| iPhone | Android |
- Pergi ke ‘Tetapan’
- Tekan ‘Fokus’
- Tekan ‘Jangan Ganggu’
- Di bawah ‘Setkan Jadual’, matikan mod 'Jangan Ganggu'.
| - Pergi ke ‘Tetapan’
- Tekan ‘Notifikasi’
- Tekan ‘Jangan Ganggu’
- Matikan ‘Jangan Ganggu’.
|
- Pastikan ciri pemajuan panggilan dimatikan pada peranti anda. Anda boleh mematikan tetapan ini dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
| iPhone | Android
|
- Pergi ke ‘Tetapan’
- Skrol ke bawah dan tekan ‘Telefon’
- Tekan ‘Pemajuan Panggilan’
- Alihkan togol ke kiri untuk matikan ciri ini.
| - Pergi ke ‘Tetapan’
- Pilih ‘Tetapan Panggilan’
- Cari pilihan ‘Pemajuan Panggilan’ atau ‘Tetapan Panggilan'
- Matikan ‘Pemajuan Panggilan’.
|
Untuk Isu Internet
- Pastikan Mod Pesawat pada peranti anda dimatikan.
- Pastikan tetapan Data Mudah Alih pada peranti anda dihidupkan.
- Pastikan tetapan APN pada peranti anda betul berdasarkan model peranti anda seperti di bawah:
iPhone | Android |
iOS 17 atau lebih terkini: - Pergi ke ‘Tetapan’
- Pergi ke ‘Data Mudah Alih’
- Pergi ke ‘Rangkaian Data Mudah Alih’
- Masukkan ‘celcom3g’ untuk pelanggan Celcom atau ‘diginet’ untuk pelanggan Digi.
iOS 16 atau lebih awal: - Pergi ke ‘Tetapan’
- Pergi ke ‘Data Mudah Alih’
- Pergi ke ‘Pilihan Data Mudah Alih’
- Pergi ke ‘Rangkaian Data Mudah Alih’
- Pergi ke ‘APN’
- Masukkan ‘celcom3g’ untuk pelanggan Celcom atau ‘diginet’ untuk pelanggan Digi.
| Samsung: - Pergi ke ‘Tetapan’
- Cari ‘Sambungan’
- Pergi ke ‘Rangkaian Mudah Alih’
- Pergi ke 'Access Point Names (APN)'
- Masukkan ‘celcom3g’ untuk pelanggan Celcom atau ‘diginet’ untuk pelanggan Digi.
Huawei: - Pergi ke ‘Tetapan’
- Pergi ke ‘Rangkaian Mudah Alih’
- Pergi ke ‘Data Mudah Alih’
- Pergi ke 'Access Point Names (APN)'
- Masukkan ‘celcom3g’ untuk pelanggan Celcom atau ‘diginet’ untuk pelanggan Digi.
Oppo: - Pergi ke ‘Tetapan’
- Pergi ke ‘Dual SIM & Rangkaian Mudah Alih’
- Pergi ke ‘Maklumat SIM’
- Pergi ke 'Access Point Name (APN)'
- Klik 'Tetapkan Semula'.
|
4. Tetapkan semula tetapan rangkaian telefon anda.
Model Telefon | Arahan Penetapan Semula Rangkaian |
iPhone | - iOS 15 atau lebih terkini: Pergi ke Tetapan > Umum > Pindahkan atau Tetapkan Semula [Peranti] > Tetapkan Semula > Tetapkan Semula Tetapan Rangkaian.
- iOS 14 atau lebih awal: Pergi ke Tetapan > Umum > Tetapkan Semula > Tetapkan Semula Tetapan Rangkaian.
|
Samsung | Pergi ke Tetapan > Pengurusan Am > Tetapkan Semula > Tetapkan Semula Tetapan Rangkaian > Tetapkan Semula Tetapan > Pilih Tetapkan Semula untuk Sahkan. |
Huawei | Pergi ke Tetapan > Sistem & Kemas Kini > Tetapkan Semula > sentuh Tetapkan Semula Tetapan Rangkaian, kemudian ikut arahan pada skrin untuk menetapkan semula tetapan rangkaian. |
Vivo | Pergi ke Tetapan > Pengurusan Sistem/Sistem > Sandarkan dan Tetapkan Semula/Tetapkan Semula Pilihan, Tetapkan Semula Tetapan Rangkaian, dan kemudian cuba lagi. |
Oppo | Pergi ke Tetapan > Tetapan Tambahan > Sandarkan dan Tetapkan Semula > Tetapkan Semula Telefon > Tetapkan Semula Tetapan Rangkaian > Tetapkan Semula Tetapan Rangkaian sekali lagi. |
5. Tukar kad SIM anda ke peranti yang berbeza. Jika masalah panggilan atau Internet masih berterusan dalam peranti yang berbeza, kami mencadangkan agar anda menggantikan kad SIM anda di kedai CelcomDigi terdekat.
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi kami.