Berikut adalah beberapa cara yang boleh membantu anda mengoptimumkan pengalaman rangkaian semasa waktu puncak penggunaan atau di lokasi yang sesak:
1. Hadkan Penggunaan Data Latar Belakang
Matikan pengemaskinian aplikasi dan sistem automatik, cloud backup (contohnya iCloud dan Google Drive), dan aktiviti data latar belakang lain seperti perkhidmatan lokasi, pengemaskinian media sosial, dan notifikasi.
2. Aktifkan Tetapan Penjimatan Data
- Kebanyakan peranti mudah alih akan mempunyai ciri-ciri penjimatan data yang membantu menghadkan penggunaan data dan mengurangkan tekanan pada rangkaian.
- iPhone: Pergi ke ‘Tetapan' > 'Selular' > 'Mod Data' > Pilih ‘Mod Data Rendah’.
- Andriod: Pergi ke ‘Tetapan’ > 'Rangkaian & Internet' > ‘Penjimat Data’ > Hidupkan ‘Penjimat Data’.
- Menonton video dalam resolusi yang lebih rendah juga akan membantu mengurangkan tekanan pada rangkaian.
3. Tukar Mod Sambungan Rangkaian
Cuba bertukar antara rangkaian selular, contohnya 4G atau 5G.